Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 908399   


ISTANBUL: Perkhidmatan Kesihatan Ghana pada Ahad mengesahkan kematian pertama berkaitan jangkitan mpox di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi hantaran di platform X, pihak berkuasa kesihatan Ghana memaklumkan sebanyak 23 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 257 setakat 22 Julai.

Mpox merupakan penyakit virus zoonotik yang kali pertama dikenal pasti menjangkiti manusia pada 1970 di Republik Demokratik Congo.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 sekali lagi mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Membimbangkan di Peringkat Antarabangsa susulan peningkatan mendadak kes dan kematian, khususnya melibatkan strain Clade I yang lebih teruk di Congo dan negara jirannya di Afrika.


Sumber : Utusan Borneo
442 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch