CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 7237|Reply: 71

[Jenayah] Anak Imigresen Tak Menjadi- Sindiket di KLIA: Thanos ‘dihukum’ pindah ke unit baru

[Copy link]
Post time 30-7-2025 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 30-7-2025 03:11 PM




Berita


Sindiket di KLIA: Thanos ‘dihukum’ pindah ke unit baru

B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Jul 30, 2025 9:30 AM
Dikemaskini: 4:30 AM

Seorang pegawai Imigresen dikenali sebagai “Thanos” yang didakwa terlibat dengan sindiket ‘fly’ dan 'phantom travels' (pengembara hantu) dipindah unit, menurut sumber.

Dia dikatakan dipindah daripada satu pasukan pengurusan imigresen Terminal 2, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada unit lain, yang terlibat dalam kerja-kerja pejabat.

"Saya anggap pertukaran itu sebagai 'hukuman' pada dia," kata satu sumber ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada Malaysiakini.

Perkara itu dianggap sebagai hukuman kerana tugas baru itu memerlukan Thanos berada di pejabat pada kebanyakan masa, sekali gus membatas pergerakannya daripada meneruskan sindiket, kata sumber.

Dalam modus operandi baru sindiket fly, maklumat diserahkan kepada pegawai kaunter melalui nota kecil

Katanya, Thanos melapor diri ke unit baru itu pada minggu lepas.

Terdapat empat pasukan pengurusan–dari A ke D–di setiap terminal di KLIA yang ditugaskan secara bergilir-gilir bagi menguruskan pelbagai perkara antaranya menjaga kaunter, pintu pagar dan pemantauan.

Sindiket fly merujuk kepada kegiatan pemalsuan status imigresen, membersihkan rekod individu yang melebihi tempoh visa atau disenarai hitam.

Sementara sindiket ‘pengembara hantu’ melibatkan kakitangan kerajaan yang terbang ke luar negara tanpa butiran perjalanan mereka ditunjukkan dalam rekod imigresen.

Sementara itu, satu sumber lain dari KLIA memberitahu Malaysiakini bahawa Thanos terus terlibat dengan sindiket fly sebagai 'runner', walaupun selepas perkara itu didedahkan media.

"Saya tidak pasti sama ada beliau disiasat atau tidak.

“Tapi, saya pasti lepas Malaysiakini bongkar sindiket dia, dia hilang seketika dan juga tak masuk kerja hampir dua minggu.

"Kemudian, dia masuk semula bertugas dan masih terlibat dengan sindiket fly," kata sumber itu.

Terdapat laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada 19 Julai berhubung dakwaan sindiket fly melibatkan seorang warganegara China.

Menurut maklumat dalam laporan yang dibuat di Balai Polis KLIA2 itu mendapati tiada cop masuk di dalam pasport lelaki China itu.

Mesej dari ejen kepada pengembara untuk masuk melalui kaunter mana

Bagaimanapun, difahamkan dalam maklumat sistem kemasukan pelawat asing menunjukkan dia masuk ke negara pada 10 Julai dan tinggal di Malaysia melebihi masa, hampir dua bulan.

"Saya boleh katakan Thanos masih bertindak sebagai 'runner' dan mengutip dalam RM1,000 untuk satu pasport," dakwa seorang ejen sindiket.

Malaysiakini telah menghubungi AKPS dan masih menunggu maklum balasnya. Portal ini juga sedang cuba mendapatkan komen Thanos.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2025 03:11 PM | Show all posts
sape2 jumpa thanos ni jom kita pukul dia beramai-ramai
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 03:23 PM | Show all posts
eh knp x buang je eh
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 03:25 PM | Show all posts
mcm tu je ke hukumannya, xkena buang kerja ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 03:31 PM | Show all posts
memang gitular keje gomen, bahagia

ko ponteng memanjang pun boleh dapat APC

buat kesalah disiplin, tukar department je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2025 03:37 PM | Show all posts
teori anak imigresen, anak polis, anak pejabat tanah, anak kastam tak menjadi ni sebenarnya sah dan benar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
wah senangnya tak kena buang keje pun. padahal kira talibarut negara dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya pindah sana pindah sini je la korang punya hukuman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2025 04:05 PM | Show all posts
copy_paste replied at 30-7-2025 03:25 PM
mcm tu je ke hukumannya, xkena buang kerja ke

sebab org kerajaan pn memerlukan org mcm ni, cth cam tu la,  terbang hantu, org kerajaan keluar negara tp taknak ada rekod dlm imegresen, haha,

jd kisah altatuya tu benar lah ye , boleh di padam  rekod tu atau tiada rekod langsung..

kalo meninggal kat luar negara, accident ke apa, nasib la, menjawab la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 04:57 PM | Show all posts
Ringan nyer hukuman...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KENAPA TAK BUANG..BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanos ni direveal tak sapa orgnya? senang betul eh..masuk jel pun tidak? apa beza dgn dulu2 kalau camni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la besar kesalahan ...melibatkan kedaulatan negara dan undang2...gitu ajer dia punya hukuman?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkhianatan kepada kedaulatan negara dihukum tukar pejabat sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi pengkhianat mcm ni pun itu je ke hukuman? Patutnya kena penjara dan sebat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 07:49 PM | Show all posts

Banyak makan duit haram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke hr tu kata diserahkan ke SPRM ke? Klu x silap aku, klu ada kes2 mcm ni, pegawai digantung kerja sementara menunggu siasatan dan dakwaan kt mahkamah. Klu didapati bersalah, boleh dibuang kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari artikel tadi, yang aku faham wartawan temu bual orang dalam.
Maknanya, isu ni belum ada laporan sampai ke AKPS dan SPRM.

Bila jabatan tu sendiri yang tukar mamat tu ke dept lain tanpa maklum kepada AKPS dan SPRM, ini indikasi jelas ada orang pangkat tinggi dalam dept. tu takmau isu ni terbongkar sampai ke luar.
Mungkin Thanos ada simpan rahsia orang atas. Kita jaga kita.

Hanya secangkir pendapat aku semata.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumber pulak dari ibu pejabat Jabatan Imigresen. Bermakna orang atasan kat  ibu pejabat aware benda ni.
Mintak SPRM tolong gegar sikit ibu pejabat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2025 09:05 AM | Show all posts
Yoonggi replied at 30-7-2025 07:59 PM
Bkn ke hr tu kata diserahkan ke SPRM ke? Klu x silap aku, klu ada kes2 mcm ni, pegawai digantung ker ...

kalau didapati salah kena buang kerja, maknanya dia x salah kot,cuma ikut arahan atasan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.242851 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list