|
View: 1648|Reply: 12
|
Tujuh lelaki didakwa culik ahli perniagaan Bangladesh
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik ahli perniagaan warga Bangladesh bagi menuntut wang tebusan.
Mereka ialah dua lelaki Bangladesh, Sohel Rana, 40, dan Sahajahan, 37, serta lima warga Myanmar iaitu Abdul Majid Abdul Malik, 25, Soforodin Fozol Korim, 25, Mokhtar Huson Zaher Huson, 26, Mohammad Ismail Azita Rahman, 23, dan Mohammad Arafat Hussein Jamal Mustafa, 24,.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.
Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama-sama menculik seorang lelaki Bangladesh berusia 47 tahun untuk menuntut wang tebusan di Sentul di sini pukul 11.30 malam, 26 Jun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani, manakala peguam K. Komagan yang mewakili Sohel Rana. Enam lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan tarikh 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Sumber- KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bukan jiran aku sebab dia baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Time covid ade kes seakan mcm ni. Bangla jgk culik another bangla. Polis cwgn cover bangla yg menculik. Entah mcm mana Bukit Aman tau terus digegarnya polis cwgn tu. Baru reti nk buat ape patut selamatkn mangsa. Lahanat betul org2 jahat & tukang cover ni…. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 31-7-2025 11:43 AM
Warga asing : bangladesh , Pakistan , myanmmar , indon
Pelancong : china , India , Japan , US , Eu ...
Yess |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ejen mossad laki bini pro ph yang kes culik tu pi mana dah? dah dakwa ke belom  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis, jakim, mahkamah, hospital, penjara, dbkl, majlis daerah dll tak penat ka handle masalah wargasing |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesama warga asing pun dah tak selamat
Hantar balik la...
Buat onar dkt sini nnt lg bertambah kata tempat kita tak selamat utk pelancong
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mereka senang2 masuk Malaysia tanpa diselidik latarbelakang masing-masing. Silap kita juga. Nasi dah jadi bubur. Ada kawasan kita dah jadi perkampungan warga asing sampai kita terpaksa keluar dari situ
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 3-8-2025 03:35 PM
Polis, jakim, mahkamah, hospital, penjara, dbkl, majlis daerah dll tak penat ka handle masalah warga ...
ni game drng...tak nak...bayor free jer.Tu yg gomen 'panggil' warga asing mai..ada la penjawat awam buat kerja 'SIKIT'. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 4-8-2025 04:25 PM
https://www.youtube.com/watch?v=FG3avkSv3_Y
Translation:
....sini parampuan pon suka cinta kita bangla.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 4-8-2025 03:53 PM
Dah mereka senang2 masuk Malaysia tanpa diselidik latarbelakang masing-masing. Silap kita juga. Na ...
Nak buat mcm mana yg dah digajikan utk jaga part ni tak amanah...
Mmg makin ramai le yg masuk. Halal ke haram semua boleh aman2 je berumah tangga kat sini
Org2 kita lak lembut2 bertolak ansur dgn diarg ni... Malah ada gak yg tergamak nak jdkan pasangan hidup
Susah dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|