CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 3

Tiada cadangan naikkan harga gula - Felda

[Copy link]
Post time 31-7-2025 11:00 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Felda menegaskan tiada cadangan untuk menaikkan harga gula ketika ini susulan bantuan insentif yang disalurkan kerajaan kepada syarikat pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM).


Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, MSM yang dimiliki oleh FGV Holdings Berhad (FGV) dan Koperasi Permodalan Felda sebelum ini berdepan kerugian berikutan harga gula mentah dunia yang tinggi, sedangkan harga jualan dalam negara dikawal kerajaan.


Menurut beliau, keadaan tersebut pernah menyebabkan peneroka secara tidak langsung menanggung beban apabila setiap satu kilogram gula yang dijual di pasaran pengguna disubsidikan kira-kira RM1, sekali gus mengurangkan dividen yang mereka terima.


“Harga gula bukan sekadar memberi kesan kepada minuman, tetapi juga pelbagai produk makanan lain yang menggunakan gula.


“Keadaan ini secara tidak langsung menjejaskan pendapatan peneroka sebagai pemegang saham,” katanya pada pelancaran Festival FGV 2025 dan Aplikasi FGV Edugames di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.


Ahmad Shabery berkata, langkah kerajaan Madani menyalurkan insentif telah membantu MSM mengurangkan kerugian, sekali gus memberi manfaat kepada peneroka Felda yang merupakan pemegang saham syarikat berkenaan.


“Dengan bantuan kerajaan ini, bukan sahaja pengguna mendapat manfaat, malah peneroka Felda juga gembira kerana pendapatan mereka tidak terjejas.


“Tiada perbincangan untuk menaikkan harga gula selagi kerajaan meneruskan pemberian insentif ini. Tempohnya bergantung kepada keputusan kerajaan,” ujarnya.


Sementara itu, Ahmad Shabery turut memuji penganjuran karnival mega sempena Hari Peneroka tahun ini yang disifatkan sebagai sinergi berkesan antara Felda, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi berkaitan.


Penganjurkan festival tersebut bersempena dengan Hari Peneroka Felda 2025 dalam Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) yang berlangsung di MITEC pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2025 11:21 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Sembang... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi sesetengah orang, kalau boleh untung RM1000, tapi dapat untung RM900 tu dikira rugi. Yg RM900 tu bukan untung?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap lagi ada la macai berbayar masuk bagi komen general macam budak tadika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.045887 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list