CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Ramai Usahawan Muda Yang Gagal Dalam Perniagaan

[Copy link]
Post time 15-6-2011 02:46 PM | Show all posts
mula2 berniaga kita masih dlm proses pembelajaran lagi sebab tu la susah nak dapat untung,,kadang2 tak balik modal....tp bila sekali dapat untung (walaupun sikit), kita kembali excited nak meniaga....itulah kena sabar sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 01:44 PM | Show all posts
BUKAN SEMUA ORANG BOLEH BERNIAGA/BUAT BISNES sebab dalam takdir/nasib/rezeki dia memang tak boleh berniaga. Rezeki tak masuk jika dia berniaga. Orang jenis ini terpaksa kerja seumur hidup.
cmf_WonBin Post at 14-6-2011 10:29



    Boleh jelaskan.... nak tahu juga pendapat TT
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by crystal_biru at 16-6-2011 14:37

Yup tak semua orang yg berniaga boleh berjaya.

Contoh terdekat asben saya sendiri. Masa kerja dgn orang, company tu tipu pekerja. Gaji tak bayar 6 bulan. Pastu  mengenangkan nak tolong dia, saya support dia buat bisnis cyber cafe share partner dgn cousin dia. Sbb dia mmg giler mende-mende computer dgn ITni walaupun pada hakikatnya saya langsung tak bersetuju. tapi biarkan dia mencuba.

Tapi kena tipu dgn cousin dia sendiri. Cousin dia yg cakap tak de untunglah, then akaun tak buat. Last-last saya suruh dia tarik diri. Lebur jugak 5 angka modal saya bagi .. memang sedey.

Pastu, asben saya join ntah kelab diamond dgn perniagaan insurance apa ntah. Tapi tak bg tau pun.. Konon nak buktikan pd saya dia boleh buat & berniaga. Tak mo kerja bawah orang. Saya senyap jer.

Lepas setahun tak berjaya jugak, sbb attitude dia &  tak de org guide secara betul.

Saya bekerja sepenuh masa ttp mengenangkan nak survive kat kl ni mmg payah, saya buat part time tupperware atas nama dia. Secara halus, saya suruh dia buat sama. Mula-mula dia pandang sepi jer.... tp saya buat & terus buat dan pada masa yg sama ajak dia sertai aktiviti.

Bila dah dapat cek yang setimpal dgn usaha, lama-kelamaan dia dah boleh run bisnis Tupperware ni dgn sendirinya.  Skang dia yg fulltime buat tupperware dgn income yang boleh tahan.

Maybe mmg rezeki & takdir nya dia boleh berjaya buat bisnis tupperware berbanding dgn komputer atau bidang it dia tu.

Sometime, mmg tak boleh buat atas minat shj. Minat kena pupuk. Yg penting, if nak buat bisnis, kalau baru, mmg kena ada org yg guide. Juga fikiran mesti terbuka. Jangan asik nak dengar apa yg kita nak dengar. Tp mesti juga dengar apa yg tak sedap didengar tp merupakan kenyataan & realiti  hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply 19# aarie

bro, u kena tanam lada merah sekali... kalau durian "over cooked".. bole buat sambal tempoyak.

Me...mmm... i believe nak berniaga ILMU KENA ADA,


dan setiap rezeki perniagaan tu bukan 100% hak kita, ada hak orang lain dalam tu.. so rajin2lah keluarkan zakat perniagaan utk membersihkan wang perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 10:49 PM | Show all posts
Saya pon percaya, ilmu buat bisnes ni perlu ada, dan harus lah pandai cari peluang. Saya ada sorang mak sedara (belah husben). mmg nak kata berpelajaran tinggi tu, mmg tak la. Tp lebih berjaya dan berharta berbandng orang lain yg ada pHd semua. Mula2 dengan hanya bukak kedai kain saja kat KOMTAR. Pada awal dulu kerja dia sbg guard saja. Dan lps tu sbb kenal2 orang kat situ, dapatla pulak gerai kecik kat tangga. Lpas tu dia resign, buat full time . Lps tu dia bukak kedai runcit kat rumah dia. Lps tu ambik tender kilang. lps tu dia nampak peluang bukak kedai mkn dekat kawasan kilang. Mmg laku.. rasa2 purata pendapatan kasar dia bulan2 beratus2 ribu tiap2 bulan. Tp dia mmg jenis yang tak kedekut dan tak sombong. Tak de plak nak berlagak mcm sesetengah orang yang gaji baru 5K, tp lagak mengalahkan dato2.. sebab tu rasanya dia boleh bertahan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 10:52 PM | Show all posts
Kdg2 rasa malu dengan diri sendiri, sbb umur dah nak mencecah 32 thn..tp hidup mcm tak ada improvement saja. Mungkin ada satu perangai saya yang tak boleh nak ubah..(dalam proses nak berubah)..sula bertangguh2. Sebab tu business tak maju2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 26# julia5094


   satu lagi kelemahan usahawan melayu - boros berbelanja. Kalau ada untung sikit, sekejap je dah hilang.. berbeza dgn peniaga cina, diaorang akan simpan bagi membesarkan bisnes.
"Sekadar pintar berniaga tidak memberikan hasil yang kekal. Ia perlu disusuli dengan agresif, berani, tahan lasak, bersemangat dan sanggup berjuang bagi merebut segala peluang yang tersedia."-Ann Wan Seng (Rahsia Bisnes Orang Cina)
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:17 AM | Show all posts
kejayaan kadangkala bermula dengan kegagalan.....
belajar dari kesilapan orang lain, elakkan kita dari melakukan kesalahan yang sama...sebab itu, utk belajar biz, kena cari MENTOR (org yg sudah ada pengalaman) utk mintak tunjuk ajar.... =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2011 11:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by elle_gogo at 23-6-2011 23:14

assalamualaikum...

tiba2 rasa janggal pula.. masuk this forum ramai usahawan2 baru sekarang
suka this topic. yes memang ramai usahawan pernah gagal dalam perniagaan.
tapi, kerana kegagalan itu kita belajar bagaimana untuk bangkit dan berjuang dengan lebih gigih lagi.

kerana gagal saya belajar teknik2 yang dulunya saya tidak ketahui. kerana gagal, saya mendapat ilham dan mendapat idea mencurah curah. dan kerana gagal, saya berada ke peringkat ini.

dulu, mungkin jika bercerita tentang org2 berjaya. dato2, tan sri2.. saya merasa diri saya begitu kerdil dan tidak layak utk berdamping..dulu mungkin kita umpama kepmpong ulat bulu.. dan usahawan2 yg telah berjaya umpama kupu2 yang indah beterbangan. tapi, saya percaya untuk kita menjadi seperti kupu2, prosesnya amat perit. kita kena menahan lapar dan dahaga yang amat lama semasa dikepompong.. kita perlu menjadi ulat yang kadang kala dipijak dan di jijik oleh manusia.

percayalah.. bahawa rezeki allah itu luas. kita sebagai manusia hanya perlu keluar dan mencarinya. jangan pernah menyerah selama kita menyakini sesuatu yang sudah pasti kebenaranya dan pernah dicontohkan walaupun itu perlu dilalui dengan kepahitan, kegetiran dan sesuatu yang tidak disukai, yakinlah ada sesuatu yang manis untuk diperoleh kelak. dan insyallah kita akan menikmati jerih payah atas apa yang telah kita lakukan itu. yakinlah.

alhamdulillah.. berkat perjuangan yang tidak putus akhirnya tertubuh satu company security, mining , dan beberapa syarikat lagi yang sedang dalam proses berkembang sekarang.
percayalah bahawa sabar itu pahit tetapi buahnya sungguh manis.
semoga usahawan melayu terus maju dan berjaya...

kepada kawan2 lama.. jom singgah office elle... dulu kita takde office.. malu nak invite.. skg dah ada ni.. nak invite la... pm or sms elle k... minum2 kopi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:01 AM | Show all posts
elle... salam jumaat...

ni dah masuk gear berapa??

so tak nak lepak ofis akak lagi ker???

anyway... bila dah rasa kemanisan tu - just precaution - sebab tak bermakna yg pahit tu tak akan datang menjengah kembali...

but of coz - after the kepahitan - akan datang semula kemanisan -

... sesungguhnya sesudah kesulitan, akan ada kemudahan.... Alam Nasyrah - ayat 5 & 6
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:15 AM | Show all posts
wah eden semangat n gabra gak dgr cito korang suma sal bisness ni..anyway then dah stat 5 ari meniaga ni alhamdulillah lah ado jugak rezeki den..mudahan akan makin bertambah la rezeki den insyaallah...teruskan share cito2 korang yo..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:23 AM | Show all posts
Mungkin usahawan muda terlalu 'gelojoh ' untuk dapatkan projek yang besar2 tanpa pengalaman yang banyak. Saya ada seorang kawan, mulanya buat join venture dengan kawan dia untuk buat kerja-kerja pasangan networking cable kat satu egensi kerajaan. Duduk di Johor tapi dapat projek kat kl. Mula2 ok..tapi bila dah dapat first payment, share partner dia cabut lari..tinggal lah dia terkontang-kanting ngan pekerja2. To solve problem, isteri dia terpaksa buat loan untuk cover cost hidup kat sana. Bila dapat full payment, memang cukup2 balik modal je...nasib baik la balik modal, termasuk bayar hutang isteri dia

Sekarang bila tanya pasal projek..dia kata nak fokus pada projek yg kecik2 dulu..bila dah cukup duit nanti baru start fikir projek besar2. dah serik katanya nak berpatner ngan org. tapi alhamdulillah even nilai projek tak besar tapi dia selalu dapat suply barang2 opis kat kerajaan. Yang penting tiap2 bulan 'masuk'. Boleh lah tanggung anak bini

P/S :  sesapa ada kod bidang 221105 dan 221106? saya amat memerlukan bantuan  
         especially yang kat johor. Kat luar johor pun boleh dengan syarat boleh turun cni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:22 AM | Show all posts
besides kena ada ILMU dalam berniaga...

2) PENGALAMAN...pun sama penting

its very subjective... pengalaman boleh didapati melalui

i) semasa bekerja
kalau semasa bekerja makan gaji tu, usahawan tersebut memang kaut pengalaman dari segala sudut (operating, mktg, financing, logistic ect ) InsyaAllah... dia boleh adapt bila dia memulakan perniagaan sendiri

ii) pengalaman dari usahawan lain
setiap usahawan perlu ada mentor/role model - tak kiralah usahawan muda atau tak berapa muda - sebab lagi tinggi level perniagaan kita, lagi byk benda yg kita kena tau.

iii) pengalaman sendiri
hah!! ni letih sikit - kadang2 baru berniaga 6 bulan (jagung pun tak masak lagi) - baru nak rasa susah nak rolling modal - terus give up..

atau baru 1-2 tahun berniaga - sekali lesen tak renew - terus stop

pengalaman sendiri lebih manis - sebab kita ni umpama khazanah. Masa tu kalau orang lain "kencing" pun kita boleh tau...

Peluang, yer... dalam perniagaan, peluang pasti akan tiba, masalahnya - kebanyakan usahawan - bila PELUANG datang - either they are not ready or they are not aware.

itu sebab - kadang2 tuah datang, peluang datang - tapi usahawan tak ready- tak der pengalaman - tak der ilmu - tak der back up plan - so projek million2 pun rugi ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:04 AM | Show all posts
yup, peluang mmg ade.... kkdang mmg tak aware, tp kbyakan peluang tu dpan mata jek... tp  MLAS nak pikir sbnor-benornya - trmasuk la diri sya sndiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 03:38 PM | Show all posts
bagi saya orang berniaga ni berbeza dari orang makan gaji... mereka yang benar - benar kental je boleh ceburi bidang perniagaan sepenuh masa...

gagal itu mesti wujud bagi setiap peniaga yang berjaya... tiada siapa yg berjaya tanpa pernah menemui kegagalan...

saya sendiri bukan seorang yg berani mengambil risiko
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 08:48 PM | Show all posts
i'm of them.......

partly, not having enough experiences in what i was doing & partly too trusted/depended on partner....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 02:35 AM | Show all posts
peluang tetap ada didepan , kena bangkit dan rajin buat kajian
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 29# elle_gogo


   kat mane?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 11:22 AM | Show all posts
kalau gagal, kaji punca kegagalan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 12:28 PM | Show all posts
apa apa peluang, memang terbuka luas..kadang kadang kita pun tak sangka..cuma, cara kita berniaga la..

orang yang cepat kaya tu sebab dia cekap ambil peluang (lainlah peluang yang tak betul, lain ceritalah...)

orang yang lambat kaya dalam business ada banyak sebab la..tu kena ada kajian..

prinsip berniaga bagi aku...
sekarang ni.. " biar aku pakai selipar burok pun takpe, daripada aku pokai ............"

aku lebih malu kalau pokai dari segala hal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079950 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list