CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Ramai Usahawan Muda Yang Gagal Dalam Perniagaan

[Copy link]
Post time 7-4-2012 12:48 PM | Show all posts
I rasa kebanyakkannya terlalu gelojoh...pada masa yang sama nak menunjuk-nunjuk yang mereka ada bisnes besar...kalau buka kecik2 mereka malu..tak da kurlast katanye

Apa salahnya mula dari kecil-kecilan..belajar dari pengalaman...then baru la besarkan sikit2...kejayaan tu bukan datang bergolek..ia datang sikit2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 12:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 14:02

Saya pernah dengar kata2 hikmah dari sesorang dia kata semua orang dilahirkan dengan bakat berniaga...cuma beza setiap individu adalah jenis perniagaannya/minatnya
Lagi satu kalau nak berniaga..kuncinya adalah uolz kena jadi kedekut..n tak boleh boros...biasa orang yang camni akan catat setiap perbelanjaan dia...untuk memastikan kewangan dia tak menganggu perniagaan dia...terutama orang yang berniaga jenis Milikan Tunggal...kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 19:21

Pada pendapat saya kelemahan setiap peniaga yang baru adalah kekurangan pengetahuan dlm keje2 mencatat/merecord setiap transaksi..

Saya nak share la pengalaman keje di sebuah farmasi yang sangat kurlasttt kat Malaysia ni...

Mula2 kita cam biasala kan order barang..nak order barang kita kena la buat Purchase Order (PO) kepada supplier tu...semua PO yang kita buat ni kene la letak dalam satu file ikut abjad nama supplier tu (biar senang nak cari)...then bila barang dah sampai, kita kene amik PO tu dan Invoice (dibawa bersama oleh orang yg hantar barang tu)..pastikan barang tu barang kita n quantity sama dgn apa yg ditulis dalam Invoice..n pastikan juga barang tu ok dan tak expired/short expiry...

Bila dah dapat barang boleh la display..n recordkan ketibaan barang tu dalam Receive in Register Book...dalam Register Book tu tulis la nama Company Supplier dan Total Price barang tu dan Sign(penerima)...Biasanya orang yang receive barang tu akan cop invoice tu dengan Received cop dan Sign supaya kita tahu siapa yang menerima barang tu...so dia kene la bertanggungjawab kalau salah cek antara apa yg tertulis dgn physical stock yg dia terima.

Staplekan la sekali PO dan Invoice..letak atas meja pengurus kedai...dan dia akan buat batching...dia akan cek apa yg kita buat tadi...bila semua dah ok..baru la dia buat Receiving...compny saya tu pakai software windss dan manager/person in charge akan buat receiving dalam tu..So akan keluar satu form iaitu Received Purchase Order (RPO)..so hq n supplier tahu la yg dia dah receive barang tu...tinggal nak bayar je la...RPO+PO+INVOICE mesti bersama...

Bila dah ok...letakkan PO+ Invoice+RPO dalam satu file dengan kemas...sebab menda ni penting untuk dirujuk semasa nak buat account...jangan lupa serta kan sekali Salinan dari Register Book (buat mengikut bulan)...sebab Accountant akan merujuk pada menda ni semua...biasanya Accountant berbayar buat akaun hujung tahun untuk perniagaan biasa2..kalau kedai busy yang besar2 tu tiap2 bulan la kowt...aku galakkan buat akaun sendiri tiap2 bulan (nnt marah lak persatuan akauntant semalaysia)

Lagi satu...apa yang korang amik dari kedai korang untuk kegunaan sendiri kena la dicatat..kalau boleh buat satu form..atau buat satu list...

Lagi satu apa2 discount yang korang bagi kat customer catatkan la juga...kalau boleh catat dalam Cash Memo...tapi kalau orang meniaga makanan x tulis dalam cash memo kot...n ada juga peniaga yg jenis tak catat apa yang dijual...Sebaik-baiknya/sekurang2nya buat satu list apa barang yang dah dijual...so baru la kita tahu ada short/excess dekat cashier counter..n satu lagi kebaikannya kita boleh tahu keuntungan jualan kita hari tu dan kita boleh tahu barang apa yang laku pada hari tersebut...so korang boleh la order barang tu lg kalau ramai yang beli...

Tu pengalaman aku sbg staff management bidang retail..nanti aku citerkan lg pasal urusan kat cashier counter...supaya kita boleh pastikan Cashier Counter kita ni tetap lancar walaupun ramai customer..n camne nak buat closing n opening
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 07:36 PM | Show all posts
Aku bukan budak retail...aku dari bidang lain..secara jujur ramai graduan2 dr bidang retail tak mahu keje dlm bidang ni...so orang macam aku dapat la menimba pengalaman dalam bidang retail secara real...

Keje bidang retail ni memang stress sangat tapi disebabkan ilmu aku gigihkan juga...mana taknya...aku dari bidang jurusan yang jauh beza dengan retail...n budak2 retail sendiri x mo keje dlm bidang ni...antara sebab nya customer yang macam2 perangai...terutama yg jenis cerewet...so kita kena ada ilmu (product knowledge) n kene lak aku bukan budak farmasi...bidang aku ngan farmasi jauh beza...nak tak nak kene amik tahu gak pasal ubat-ubat neh...tapi at least aku dah tahu sedikit ubat2 yg perlu orang amik time sakit...

Antara cabarannya korang akan dipandang rendah oleh customer termasuk budak2 lepasan SPM yg keje kat situ sebab korang lulusan universiti keje kat kedai runcit..orang akan padang ko macam tak da ilmu..

Aku rasa menda yang sama la jugak graduan2 universiti yg nak ceburi bidang perniagaan ni akan hadapi..iaitu rasa malu n dipandang rendah kononya rasa cam dak lepasan SPM...sebab tu la aku rasa kebanyakkan derang ni x mo berniaga n kurang yg jadi peniaga..padahal mereka ni berpotensi untuk berniaga kalau merendah diri pada masa yg sama dada penuh dengan ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 09:52 PM | Show all posts
Mia pun nak share la....walau mia ni takla sebesar mana...pengalaman mia...

setahun mia berniaga nasi lemak....ada masa turun dan naik, ada masa semangat berkobar dan ada masa sangat down. dalam masa sama macam macam masalah datang menimpa. Dalam masa yang sama..ALLAH tetap berikan rezeki dan raya tahun lepas mia dapat durian runtuh.

Sayang seribu kali sayang...ni mia nak pesan kat semua kaum wanita...jangan sesekali cepat kesian dengan lelaki suami ke kekasih ni berlaku pada mia. Mia hilang fokus dan mia dah buat silap..personal matter buat mia tak fokus and end up...rezeki tu terbantut...now mia start all over again...and mia tak give up...cuma sekarang ni...mia dah tak jual nasi lemak tepi jalan...lagi...muga ALLAH kuatkan semangat mia. Pergi jauh semua lelaki jahat nih!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Reply 85# Mia_Sara


   Susahkan berniaga kalau dah berkeluarga...tu la yang saya banyak tengok di kalangan Melayu yang keje dalam bidang retail...mereka ada pengalaman tapi terus keje sampai ke tua sebab nak menyara anak2..nak tolong suami, mak ayah dll
Sebab tu ada yg cakap kena mula berniaga dari muda..kalau masa dh tua dah tak da banyak peluang berusaha/memikirkan camne nak membesarkan perniagaan tu...n pengalaman pon x banyak. Sebab tu la kita tengok kebnyakkan golongan yang berumur n berkeluarga ni berniaga sekadar cukup2 makan n x da kemajuan pun dalam berniaga...sesetengah tu berjaya mengembangkan perniagaan mereka dan orang2 ni la yang layak digelar sebagai Usahawan bukan sekadar peniaga. Contoh orang yg berjaya walaupun ada tanggungan macam arwah Sosilawati tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2012 10:58 PM | Show all posts
Nak citer sikit la pasal Cashier Counter ni...sebab aku tengok kadang2 ada peniaga yang pakai duit poket sendiri pasal x da duit pecah la...amik duit berniaga pergi shopping la..duit kecik x da la (ada jgak yg x pasal2 kene jual barang lebih murah pasal x da duit nak bagi baki)...

Masa nak buat Opening Store/memulakan perniagaan..korang kena la sediakan awal2 duit korang...pastikan korang ada duit  5 sen, 10 sen,20 sen, 50 sen, rm1, rm5, rm10..ni semua sebagai langkah berjaga2 kalau korang kehabisan mana2 duit tersebut...

Biasanya duit2 ni kita simpan dalam Safe (peti besi)...duit2 yang korang akan guna untuk perniagaan tu kita panggi Safe Float...jumlah yang biasa untuk kedai yg busy adalah RM900 . Safe Float ni terdiri dari 5 sen hingga ke RM10...korang boleh dapatkan duit Loose Change ni kat cashier maybank. Korang Pack la duit tu elok2...supaya mudah dikira nanti...

RM900 ni adalah Safe Float yg korang simpan dalam Safe je. Dan kemudian korang buat la 2 atau 3 beg yg berisi Loose Change money (duit pecah) dengan jumlah setiap bag RM200(bergantung jenis perniagaan)...dalam ni korang mesti pastikan ada banyak duit syiling, duit RM1 dan RM5 (bergantung jenis perniagaan).

Bila nak keluarkan duit pastikan korang cek semua jumlah duit dalam bag Float dan Safe adalah sama...katakan ada 3 beg float setiap satu RM200 dan Safe Float berjumlah RM900 so total duit dalam safe ada RM1500..tulis dalam buku rekod Safe dan orang yg periksa kena sign...dan pastu baru boleh keluarkan satu beg Float untuk buat opening..

Duit RM200 tu korang akan buat berniaga untuk bagi baki pada customer...bila agak2 duit antara duit2 tu dah nak abis cepat2 pergi amik kat Safe Float yg berjumlah RM900 tu...katakan korang kekurangan duit 10 sen...korang pergi ke Safe bawa note RM10 dan ambil duit 10 sen yang dipackkan RM10 setiap satu...note RM10 tu korang letak dalam Safe sebagai ganti untuk 10 sen yg berjumlah RM10 yg korang dah amik tadi...so kira jumlah duit dalam safe tetap sama...

Bila nak tukar shift...korang tukar la beg float yg dipakai td dengan beg yang baru yg ada dalam safe tadi..pastikan korang dah buat float dalam beg yang lama dengan jumlah RM200(mesti banyak duit2 kecik/Loose change) pastu pastikan check duit dlm Safe sama macam nak buka kedai tadi untuk pasti duit dalam Safe tak short/excess...lepastu rekod dalam buku (masa dan jumlah) n sign...kalau buat camni...kita akan dapat mengurangkan kes2 staff yang x jujur/mencuri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 23:23

Bila sampai satu tahap korang akan sedar yang duit korang tu dah banyak kat Cashier Counter...so korang x boleh biarkan duit tu melambak...sebab bahaya biarkan banyak2 camtu...kalau kene rompak siapa nak jawab...so korang kena buat Pick-up iaitu ambilan...jumlah Pick up yang korang nak amik bergantung pada korang la...sama ada RM100,RM200, RM500(bergantung kepada perniagaan korang)...korang kena catat Cash Pick-up yg korang dah amik..kita panggil form tu sbg sebagai Till Balance Slip..termasuk masa korang amik dan sign (untuk tahu siapa yg buat pick-up)...

Duit Pick-up tu masukkan dalam bag Sales Money dan simpan dalam Safe elok2.

Camtu la seterusnya...dan pastikan korang pegang duit x banyak kat counter paling bagus cukup2 RM 200 je yang ditinggalkan semasa buat Pick-up.

Bila nak buat Closing Store...Korang kena buat float RM200 untuk beg Float yg dah dipakai tadi (pastikan banyak duit2 kecik je)...so korang pon akan dapat la Closing Cash (baki selepas diasingkan duit float)...tulis dalam Till Balance Slip  jumlah Closing Cash...So bila korang totalkan semua Pick-up dan termasuk Closing Cash korang akan dapat Total Cash Sales (jumlah keseluruhan jualan).

Nak tahu excess atau short perniagaan korang, korang kene la catat setiap jualan dalam Cash Memo atau resit...Amik total jualan tolak dengan jualan kredit..maka korang akan dapat Nett Cash Sales...

Nett Cash Sales ni mesti sama jumlah dengan Total Cash Sales...kalau kurang dari Total Cash Sales maksudnya duit korang dah short (cashier kene bayar )..kalau lebih maksudnya duit korang excess...mungkin ada  orang yg korang x bagi baki..atau mungkin juga transaksi korang x dicatat dalam Cash memo/resit

Duit Pick-up dan Closing Cash masukkan dalam beg Sales Money...tu la duit jualan korang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 11:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 7-4-2012 23:33

Jangan sesekali usik duit perniagaan hari tersebut untuk pergi shopping...ibaratnya anda telah mencuri/menyelewngkan duit syarikat..ini adalah satu kesalahan yg besar:@
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 01:57 AM | Show all posts
Reply 89# nobito


   err tapi kan nobito sy solo je....ada keluarga tak ke pemangkin semangat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 09:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 8-4-2012 21:50

Korang baca la pengalaman penulis blog ni...pengalaman buka kedai hardware dengan husband dia. Peringatan dia 1 sen pon kene masuk akaun..so fikirkan baik2 kalau nak bagi hutang.  Kagum sungguh aku ngan mereka ni

http://farizalife.blogspot.com/s ... 8:00&max-results=48



Antara pengalaman dia bawah ni:-

Nota: Kepada peniaga2 lain, anda perlu bertegas, tiada lagi slogan " customer is always right".
- Buat syarat2 anda sendiri sebagai hak anda, supaya anda tidak rugi dan terseksa.
- Berhati2, jangan termakan dengan kata2 yang sangat manis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 04:14 PM | Show all posts
Korang baca la pengalaman penulis blog ni...pengalaman buka kedai hardware dengan husband dia. Perin ...
nobito Post at 8-4-2012 21:41

keje farmasi mmg best..huhuhu..daku pernah keje dekat dua farmasi, satu guardian , satu vitacare..adalah jugak belajar retail sikit2, tapi rasanya yang compile semua benada2 tuh farmasi as store manager atau supervisor...cashier cam aku tolon jual barang, dgn terima stok jerk
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 10:55 PM | Show all posts
keje farmasi mmg best..huhuhu..daku pernah keje dekat dua farmasi, satu guardian , satu vitacare..adalah jugak belajar retail sikit2, tapi rasanya yang compile semua benada2 tuh farmasi as store manager atau supervisor...cashier cam aku tolon jual barang, dgn terima stok jerk
remizati Post at 10-4-2012 16:14



   Owh..tak jugak aku semua keje kene buat dari selling floor sampai dalam opis.....jadi cleaner, clerk..security guard pon...pernah sekali tu kejar pencuri vitamin sampai ke luar pagar...dah la i ni keyholder kita jugak la yang kene kejar...Cashier bleh cakap "Ada aku kesah...bukan barang aku yg kene curi"...lemah semangat keje saya tengok manusia kat2 tempat keje tu:@
Maklumlah...lelaki terakhir kat situ..konpirm kene buli...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 12:37 AM | Show all posts
Kat bawah ni link pasal kedai Guitar n alat2 muzik...dia orang Cina tapi mula2 ingatkn Melayu..

http://guitarempire99.blogspot.c ... &max-results=25

Jangan ingat Cina tak nak kongsi pengalaman dan pengetahuan pasal perniagaan...

Tak kira Cina, India, Melayu atau apa2 saja ramai yang kedekut nak kongsi ilmu walaupun dia sebangsa dengan kita...

sebab tu Allah tak masukkan kita ke Syurga mengikut apa bangsa dan keturunan kita...so menuntut la ilmu walau apa keturunan guru2 anda
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 11:14 AM | Show all posts
Apa yang penting jangan tamak dan terlalu inginkan kejayaan dengan cepat..ada sat kawan ni..Dia buat perniagaan online..saya rasa perniagaan dia amatlah berjaya. Tapi tengok dia jenis yang suka bermewah..sepatutnya duit perniagaan dia gunalah untuk langsaikan hutang kad kredit (Ada beberapa kad kredit kena block).

Bila kad kredit di block, nak buat pinjaman perniagaan pun tak boleh. Lepas tu, nak dapat duit cepat dia main kutu online. Berpuluh2 kutu, dia ambil turn 1 @ 2. Mula2 dapat duit tu syok la..ye la berbelas2 ribu skali dapat (bila di kumpulkan semua turn dia dapat). Tapi lumrah manusia, bil nampak duit banyak..mcm2 benda nak kan. Tak sedar yang duit tu hanya pinjaman je. Then after that, ada sesetengah yang tak jujur, tak bayar duit turn orang lain. Sekarang, bila time bayar giliran oarang, dia sangkut..sbb dah terguna duit tu..

Sekarang, nak beli brang meniaga pun duit tak cukup..dok berhutang lg dengan oarang. Nak beronline pun tak boleh..orang dok kejar..Rumah nak kena jual, byar anak mengasuh pun tak mampu..

Jadi moralnya, berbelanja la ikut kemampuan..bukan perasaan. Ada duit lebih, simpan buat modal dan byar la segala hutang2 yang ada..biarla bersusah2 dahulu..bersenang kemudian..ameen (di tujukan untuk diriku jua)..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 11:49 AM | Show all posts
Pasal akaun tu mmg kantoi..sbb tak paham basic asas nak buat akaun. Biasa buat sekerat jalan..pas tu semangat luntur balik..haru!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.088366 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list