CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1807|Reply: 23

“Zaman Tsumawi Belum Tamat” – Paknil

[Copy link]
Post time 10-8-2025 06:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-8-2025 10:39 AM

Selepas penantian yang panjang dan pelbagai spekulasi bertebaran, akhirnya Konsert Tsumawi Mawi World Live In Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada Julai lalu, sah dibatalkan secara rasmi.

Pengumuman itu dibuat oleh pihak penganjur, Showtag Asia, menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka semalam.

Konsert Dibatalkan
Menurut kenyataan tersebut, keputusan membatalkan konsert ini terpaksa diambil selepas mempertimbangkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakannya.

Pembatalan itu nyata mengecewakan ramai peminat yang ternanti-nanti kemunculan semula Mawi, penyanyi yang pernah mencipta fenomena luar biasa dalam industri hiburan tanah air.

Namun begitu, tular pula satu video AI di media sosial yang memperlihatkan wajah Mawi disunting seolah-olah sedang bercakap kepada Dato’ Aznil Haji Nawawi (Paknil), sambil mendakwa “zaman Mawi dah habis”.

“Zaman Tsumawi Belum Tamat” – Paknil
Sebagai individu yang rapat dengan Mawi sejak awal kemunculannya, Paknil tampil mempertahankan dalam satu video di Instagram.

Paknil nak bagi semangat kepada Mawi.
Paknil tak tahu dari mana datang statement ‘zaman Mawi dah habis’.
Itu satu benda yang tak patut diucapkan.

Paknil turut mengimbau kembali bagaimana fenomena “Tsumawi” suatu ketika dahulu mencipta sejarah tersendiri dan belum ada lagi yang berjaya mengatasi kehebatannya.

Baginya, era Mawi bukan sekadar momen biasa, tetapi satu penanda aras dalam industri hiburan dan Paknil yakin dengan kemampuan Mawi untuk bangkit dan kembali berdiri di pentas besar.

Tak jadi buat konsert tu perkara biasa.
Ramai artis besar pun pernah batal konsert.
Tapi itu bukan pengakhiran.

Paknil juga menyatakan rasa kagum terhadap usaha keras Mawi dalam membina kerjaya dan menjaga keluarganya dan menyatakan bahawa semangat dan kepercayaan harus dikekalkan, bukan dijatuhkan dengan spekulasi kosong.

Saya percaya ramai peminat masih ingin melihat Mawi beraksi di pentas.
Banyak momen indah yang kita boleh imbau semula

Walaupun konsert dibatalkan, satu perkara yang pasti – zaman Tsumawi belum berakhir. Selagi ada peminat setia dan rakan seperjuangan yang menyokong, semangat itu akan terus hidup.

Murai.My



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2025 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sebenarnya....sebab ape ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
papepun, moga terus berjaya dan terus ada pendapatan dari sumber lain untuk terus menyara keluarga. hidup kini kerassss
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa perlu in denial sebegini rupa?
Terima hakikat zaman kau dah berlalu, lagipun lagu cuma ada 2,3 ketul, sadar diri lah sblm feeling2 nak berkonsert 2 jam penuh stadium
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 07:57 AM | Show all posts
Ini masaalah celebrity tak boleh terima boleh popularity nya menurun. kerana satu waktu popularity mereka meletop letop kebaboomzzz.

kalau di barat, antara celebrity2 yang tak boleh terima zaman nya dah tamat. Elvis Presley, Marilyn Monroe, Michael Jackson, whitney houston ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 11:15 AM | Show all posts
Silap artis lah Pak Nil..
Statement tu sesuai utk Tok Tie bukan Pak Wie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
la feeling ek bukan mawi je zaman dah tamat pak nil pun sama zaman dah berlalu..tolong la geli ok buat2 sedih dalam program tragedi tu..kalau betul thumawi ni masih relevan confirm la rating zayan tu mencanak tinggi tapi biasa je nyah silap haribulan org pun tak tahu dia dj radio..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkurun dah zaman mawi ni lepas. Celah mana masih belum tamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Paknil pun dah selevel dibaAA je sekarang. Apa masalahnya kalau zaman popularity dah berlalu? Biasalah adat jadi artis. Masa top simpan duit, kumpul asset, buat bisnes. Nanti dah tak popular, dah ada bisnes sendiri, rumah sewa ke, restoren ke, homestay ke.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawi boleh cuba genre nasyid , buat group nasyid/marhaban..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 12:59 PM | Show all posts
iols rasa kalau dia bagi Iman Tang uruskan, maybe better result lah. At least dapat margin keuntungan 10% gichew..Tapi mawi kena keluar modal lebih sikit la. Konsert ni pon promosi macam takda sangat, pastu Mawi pun fefeeling masih di zaman tsumawi ala2 orang berebut2 nak beli tiket persis rendang khairul aming 30saat dah sold out gitoh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
disebabkan statement toknil ni lah nnt si pakcik mawi ni bakalan semangat berkobar2 nak pulun buat konsert lagi

hujung2 nan hado je la..msg2 fefeeling masih popular masih relevan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 dah x relevan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 01:40 PM | Show all posts
hilang dah la ye aura mawi ni... heols patut buat gimik la ala2 konsert terakhir ke... penampilan istimewa rosmah mansor ke...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
delulu betul paknil ni. Sekarang kalau tanya orang kenal tak mawi, sohih 11/10 akan jawab tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman muda dah tamat, ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana iols baca konsert batal sbb peminat mawi ramai yg dah meninggal dunia? Adui gelak mengekek aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xnak zaman tamat, be active la mawi oiii. Ko bukan memanjang ada karya2 hebat mcm Wings, Search, KRU, Sheila Majid, tokti. Derang anytime blh buat konsert sbb gah n active for long time n banyak lagu meletup.
Org lain nk kena ada kontrovesi baru blh naik nama n buat performance kat shopping complex or performance jemputan kecik2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 07:54 PM | Show all posts
Delulu nya la Pak Nil…jauhhhh sangat terpesong tu…. awi is a commoner now, bukak kedai di Masjid Hijau Bangi…
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2025 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha… paknil pun dah x relevan… live TT pun hauk, podcast pun hauk. Kalau boleh semua program dia nak kaut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073811 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list