Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 910081   


ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda barat Turkiye lewat Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) memaklumkan gempa berpusat di daerah Sindirgi, wilayah Balikesir dan gegaran dikesan pada kedalaman 11 kilometer.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya berkata seorang lelaki berusia 81 tahun meninggal dunia selepas diselamatkan dari bangunan yang runtuh.

Seramai 29 lagi mangsa cedera turut diselamatkan dan tiada yang berada dalam keadaan kritikal.

Penilaian awal menunjukkan 16 bangunan di 68 kejiranan runtuh akibat gempa dan gegaran susulan.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terjejas, sambil menegaskan beliau akan memantau rapat perkembangan selepas bencana itu.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
414 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch