CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1899|Reply: 10

[Jenayah] Anak Askar Tak Menjadi:Sindiket penyeludupan DADAH didalangi Pegawai Kanan Tentera ATM lumpuh, 10 ditahan

[Copy link]
Post time 13-8-2025 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 13-8-2025 02:14 PM




Nasional
Sindiket penyeludupan didalangi Pegawai Kanan Tentera lumpuh, 10 ditahan



13 Ogos 2025, 12:29pm


Oleh: Ing Boon Seng


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan yang didalangi oleh pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beroperasi di selatan tanah air melalui Ops Sohor yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan, Ibu Pejabat SPRM dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS).


Lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam berusia lingkungan 30 sehingga 55 tahun itu ditangkap di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan.


Empat daripada pegawai kanan tentera itu terdiri daripada dua pegawai kanan dan dua bekas anggota perisikan ATM menjadi suspek utama dalam bersubahat dengan sindiket penyeludup.


Pegawai-pegawai kanan tersebut yang ditugaskan untuk memantau dan mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan di selatan tanah air itu dipercayai bersekongkol bersama sindiket penyeludupan tersebut sejak lima tahun yang lalu dan disyaki telah mengumpulkan hasil rasuah sebanyak lebih RM3 juta.


Menurut sumber, pegawai-pegawai kanan tentera tersebut dipercayai bersubahat dan membocorkan maklumat-maklumat operasi kepada sindiket penyeludupan bagi mengelakkan sindiket terbabit daripada dikenakan tindakan, dan rangkaian penglibatan pegawai-pegawai kanan tentera terbabit di dalam sindiket tersebut adalah besar dan kompleks.




Barang seludup yang dibawa masuk ke negara ini adalah terdiri daripada dadah, rokok, dan barang-barang lain dari negara-negara jiran, dan membabitkan nilai barangan yang diseludup sebanyak RM5 juta sebulan.


Melalui intipan yang dijalankan selama 12 bulan, bayaran rasuah yang diberikan kepada pegawai-pegawai kanan tentera itu dipercayai berjumlah di antara RM30,000.00 sehingga RM50,000.00 bagi setiap kali aktiviti penyeludupan dijalankan oleh sindiket.


Sejumlah wang tunai bernilai lebih RM63,200 beberapa bungkusan dipercayai dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras, dan senjata tiruan turut ditemukan di premis-premis serbuan dan disita.


Dalam pada itu, seorang wanita warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah turut ditangkap semasa serbuan dijalankan, dan dipercayai menjadi wanita simpanan kepada salah seorang pegawai kanan tentera yang disyaki.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Opetasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.


Kes katanya disiasat di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Beliau menegaskan bahawa tindakan ini wajar diambil serius oleh semua pihak kerana ianya melibatkan penyeludupan yang berupaya menjejaskan keselamatan negara. Walaupun kita mempunyai pelbagai agensi untuk memantau dan mengambil tindakan namun kegiatan penyeludupan tetap berlaku.


Kesemua saspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya deme
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2025 02:19 PM | Show all posts
memang benarlah anak2 askar tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la boleh kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 02:29 PM | Show all posts
Empat daripada pegawai kanan tentera itu terdiri daripada dua pegawai kanan dan dua bekas anggota perisikan ATM menjadi suspek utama dalam bersubahat dengan sindiket penyeludup.
5 taun khianat, tumbang di zaman madani 2 taun 9 bulan. Ini kenyataan bukan aku reka cerita.




Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 06:36 PM | Show all posts
SPRM nampak betul buat kerja semenjak dua menjak ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2025 06:36 PM | Show all posts
ifanonline replied at 13-8-2025 02:19 PM
memang benarlah anak2 askar tak menjadi

tapi yang kena tangkap ni bapa kepada anak askar

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya anak2 askar & anak2 pegawai pejabat tanah sedang bersaing dgn sengit utk merampas takhta utama carta anak tak menjadi
Siapakah pemenangnya?
Kita tunguuu di mahsyar nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2025 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pengkhianat negara. tu bru kes ddah. klau msuh nk serang Malaysia tabur duit je kt pngkhianat2 mcm ni senang2 je bleh msuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 09:56 PM | Show all posts
ifanonline replied at 13-8-2025 02:19 PM
memang benarlah anak2 askar tak menjadi

legasi Umngok
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 09:57 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-8-2025 06:36 PM
SPRM nampak betul buat kerja semenjak dua menjak ni.

kalo la ni Pee End or Umngok yag perintah negara..

kem salam ler nak banteras resuah tahap mcm ni

ni pon pensokong Pee End n Umngok maseh buta hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 2.839730 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list