CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 392|Reply: 0

Banjir di Niger ragut 47 nyawa, lebih 56,000 hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 22-8-2025 09:38 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail Anadolu Ajansi

KIGALI: Sekurang-kurangnya 47 orang maut manakala lebih 56,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Niger, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa pada Rabu.

Menurut Direktorat Am Perlindungan Awam, banjir itu menjejaskan 7,754 isi rumah di 339 kawasan kejiranan dan kampung.

“Seramai 30 mangsa maut selepas rumah mereka runtuh, manakala 17 lagi lemas.

"Selain itu, banjir turut menyebabkan 70 orang cedera dan 257 ekor ternakan mati,” menurut kenyataan pengarah agensi itu.

Jawatankuasa kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap pencegahan banjir memaklumkan pihaknya telah mula mengagihkan bantuan makanan kepada 3,776 keluarga.

Pihak berkuasa turut berkata kerajaan memperuntukkan 12 bilion franc CFA (US$21.3 juta) untuk membantu keluarga dan individu yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Pada 2024, hujan lebat menjejaskan hampir 1.5 juta penduduk di lapan wilayah negara itu.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Sampai ganggu bayi tidur', penduduk gesa pihak masjid di Taman Sri Pulai turunkan bunyi 'speaker' mengaji sebelum subuh
tatod'Sampai ganggu bayi tidur', pend
Views : 21024 Replies : 10
U turn budaya kito:Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming kata  Kenyataan DAP Keluar Pakatan Jika UEC Tidak Diiktiraf Disalah Lapor
YgBenarU turn budaya kito:Ketua DAP Perak, Nga
Views : 158 Replies : 10
Kebakaran kondo Mont Kiara: Lelaki ditemui rentung di balkoni
AbahmungKebakaran kondo Mont Kiara: Lelaki ditem
Views : 951 Replies : 18
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 885 Replies : 88
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 334420 Replies : 3360
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1595 Replies : 783
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 44137 Replies : 809
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 651 Replies : 24
Gempar bumi:Jambatan penghubung antara Melaka dan Indonesia melalui Pengkalan Balak akan dibina.Anda teruja melancong ke Indon?
YgBenarGempar bumi:Jambatan penghubung antara M
Views : 330 Replies : 14
Update :Professor Solehah Yaacob PERTAHAN kenyataan Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Hasil kajian 20 tahun.Acik Forum pakar kapal sila sepatah 2 kata
YgBenarUpdate :Professor Solehah Yaacob PERTAHA
Views : 3913 Replies : 90

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059370 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list