CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 1

[Jenayah] Mahkamah keluarkan warta pihak ketiga bagi pihak berkepentingan ke atas RM169 juta milik Ismail Sabri

[Copy link]
Post time 8-9-2025 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah keluarkan warta pihak ketiga bagi pihak berkepentingan ke atas RM169 juta milik Ismail Sabri
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - September 8, 2025 @ 6:08pm

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri. - Fail NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan warta pihak ketiga kepada mana-mana orang yang mempunyai kepentingan ke atas wang berjumlah RM169 juta didakwa milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hakim Suzana Hussin mengeluarkan warta pihak ketiga itu selepas mahkamah dimaklumkan Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, tidak berhasrat mencabar prosiding berkenaan.

Mahkamah mengeluarkan warta pihak ketiga terbabit mengikut Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009.

Dalam kes berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon perintah mahkamah untuk melucut hak wang yang disita daripada Mohammad Anuar kepada Kerajaan Malaysia.

Wang yang dimohon untuk dilucut hak oleh Pendakwa Raya itu terdiri daripada RM14,772,150; SG$6,132,350; US$1,461,400 dan CHF3 juta (Swiss Franc); EUR12,164,150; JPY363,000,000 (Yen); GBP£50,250; NZ$44,600; AED34,750,000 (Emirati Dirham) dan AUD352,850.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 selepas berpuas hati wang yang disimpan oleh Mohammad Anuar adalah milik Ismail Sabri dan berkait kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama.

Suzana dalam keputusannya berkata, mahkamah menerima maklum Mohammad Anuar selaku responden pertama dan Ismail Sabri selaku responden kedua tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan itu.

"Saya benarkan untuk kita mengeluarkan satu warta pihak ketiga sekiranya terdapat pihak ketiga ada kepentingan terhadap harta-harta yang disenaraikan itu.

"Saya kekalkan tarikh bicara (untuk pihak ketiga hadir di mahkamah) pada 1 Oktober ini," katanya.

Warta pihak ketiga merujuk kepada proses yang mana mahkamah mewartakan notis untuk memaklumkan kepada mana-mana pihak yang mungkin mempunyai hak atau kepentingan terhadap harta yang sedang disita atau dirampas oleh pihak berkuasa.

Pewartaan notis itu bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada tarikh ditetapkan kemudian, bagi memberi alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan kepada mahkamah, responden pertama dan kedua melalui peguam belanya menghantar surat kepada mahkamah pada 28 Ogos lalu.

Beliau berkata, kandungan surat itu menyatakan responden pertama dan kedua tidak berhasrat meneruskan mencabar permohonan yang difailkan pihaknya.

"Mereka juga menyatakan tidak berhasrat hadir ke mahkamah bagi tarikh sebutan yang ditetapkan.

"Saya mohon mahkamah mengesahkan kandungan surat itu kepada kedua-dua responden," katanya.

Sementara itu, peguam bela, Datuk Amer Hamzah Arshad, berkata responden telah memaklumkan mahkamah pada 22 Ogos lalu, pihaknya menghantar representasi kepada Pendakwa Raya.

Amer Hamzah berkata, susulan itu, pihaknya memaklumkan mahkamah melalui surat bertarikh 28 Ogos dan turut mengesahkan kandungan surat tidak berhasrat meneruskan atau mencabar permohonan Pendakwa Raya.

Sehubungan itu, Mahadi memohon mahkamah mengeluarkan warta itu dan menyatakan untuk cuba menyegerakan proses berkenaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2025 06:23 PM | Show all posts
Beliau berkata, kandungan surat itu menyatakan responden pertama dan kedua tidak berhasrat meneruskan mencabar permohonan yang difailkan pihaknya.
"Mereka juga menyatakan tidak berhasrat hadir ke mahkamah bagi tarikh sebutan yang ditetapkan.

- Memang bukan hard-earned money ko pun. Duduk kat umah mengaji lagi baik pada tarikh tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055047 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list