CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1568|Reply: 0

[Tempatan] Aplikasi MAE Maybank alami gangguan, pengguna dinasihat guna laman web

[Copy link]
Post time 8-9-2025 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Aplikasi MAE Maybank alami gangguan, pengguna dinasihat guna laman web

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Maybank hari ini mengesahkan terdapat gangguan pada aplikasi MAE namun berkata fungsi utamanya telah berjaya dipulihkan selepas mengalami gangguan teknikal sementara pada waktu pagi.

Dalam satu respon terhadap keluhan penggunaan dengan laman sosial rasminya, pihak bank memaklumkan pelanggan bahawa mereka boleh kembali menggunakan perkhidmatan teras aplikasi itu, sambil menasihatkan penggunaan laman web Maybank2u sebagai alternatif untuk urusan yang masih terjejas.

"Fungsi utama aplikasi MAE kini telah kembali tersedia.

"Anda juga boleh menggunakan laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi seperti biasa dengan menggunakan SMS TAC," kata bank berkenaan.

Maybank memberi jaminan bahawa pasukannya sedang giat berusaha untuk memulihkan sepenuhnya semua perkhidmatan secepat mungkin.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin. Kesabaran anda amat kami hargai," kata bank itu.

Gangguan pada pagi Isnin itu telah menjejaskan beberapa ciri pada aplikasi MAE, termasuk sebahagian fungsi pembayaran bil dan pindahan wang.

Bagaimanapun, perkhidmatan penting seperti semakan baki akaun, pemindahan dana kepada akaun sendiri atau pihak lain, DuitNow, serta transaksi Scan & Pay dilaporkan masih boleh diakses sepanjang tempoh berkenaan.

Pihak Maybank juga telah berkomunikasi secara proaktif kepada pengguna melalui notis dalam aplikasi MAE, memaklumkan tentang kemungkinan had transaksi sementara dikenakan sepanjang tempoh pemulihan.

Pengguna dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi Maybank untuk maklumat terkini dan menggunakan platform perbankan web sebagai sandaran sehingga semua perkhidmatan kembali beroperasi sepenuhnya.

Disiarkan pada: September 8, 2025 @ 4:22pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.475820 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list