CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5016|Reply: 22

[Tempatan] Umat Islam berdepan cabaran besar jika AI tidak dikawal

[Copy link]
Post time 9-9-2025 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Umat Islam berdepan cabaran besar jika AI tidak dikawal
Asrol Awang
[email protected]



Kuantan: Teknologi kecerdasan buatan (AI) antara cabaran utama yang dihadapi umat Islam sekiranya teknologi berkenaan tidak dikawal sepenuhnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, masalah biasanya membabitkan etika penggunaan data dan keselamatan maklumat, selain krisis identiti dan akidah akibat manipulasi suara, wajah, dan realiti maya.

"Penyebaran maklumat palsu yang berpotensi mengelirukan masyarakat, termasuk terhadap ajaran Islam.

"Oleh itu, jika tidak dikawal, teknologi (AI) boleh menjadi alat yang meruntuhkan kepercayaan, bukannya mengukuhkannya," katanya ketika berucap sempena International Conference On Human Sciences And Civilisations (i-CONSCIENCE 2025) di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Sultan Pahang (UMPSA), Prof Dr Yatimah Alias.

Persidangan selama dua hari itu membabitkan 200 peserta dari dalam dan luar negara bagi membincangkan isu berkaitan hubungan teknologi dengan nilai kemanusiaan, khususnya cabaran etika, budaya dan masyarakat dalam era AI.

Dalam menghadapi cabaran itu, beliau berkata, pihak berkuasa agama Islam perlu menggubal garis panduan syariah bagi penggunaan AI.

Katanya, pada masa sama, memperkasa kesedaran digital umat Islam dengan kefahaman agama yang kukuh dan memperkukuh kerjasama antara institusi agama, universiti, pusat penyelidikan dan kerajaan.

"Dengan kerjasama ini, teknologi baharu bukan sekadar pemacu ekonomi tetapi juga medan dakwah, tarbiah dan pengukuhan islam.

"Saya yakin hasil perbincangan sepanjang persidangan ini akan menyumbang kepada perumusan dasar yang lebih bimbang antara kemajuan teknologi dan pemeliharaan nilai kemanusiaan, serta menitikberatkan kesucian agama," katanya.

Sementara itu, Dr Yatimah berkata, penganjuran i-CONSCIENCE 2025 membuktikan komitmen universiti dalam memperkukuh keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai kemanusiaan.

"Sebagai universiti teknikal, UMPSA bukan sahaja melahirkan graduan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi, malah insan yang beretika, manusiawi serta menyumbang kepada kemajuan sejagat," katanya.

Disiarkan pada: September 9, 2025 @ 4:09pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 9-9-2025 07:27 PM

Allah bagi 2 bijik mata & 1 otak.  Bila nampak perkare batil, perkare tak betol, Allah suroh kita pircaye ke??  Pegi ikot ke???  Sebijik macam bila masok Instagram.  Bijik mata ko dah nampak ramai pompuan pakai bikini dalam tu.  Ko pegi uninstall teros ke bhai??  Instagram salah ke engkau yang salah???  

ChatGPT tu suroh ko belajar agame dengan dia ke??
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 09:38 PM | Show all posts
Buat masa sekarang kalu tengok video yang AI generated aku boleh bezakan lagi dengan yang real. Taun 2027 nanti taktaulah kalu too real tak bleh beza langsung.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu bangkem dah ajar chatgpt mengucap
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 11:21 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Peliknya... AI pulak perlu dikawal padahal ilmu agama tu lah sepatotnya kena lebih kemas...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke chatgpt mengucap dan percaya Allah?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-9-2025 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 9-9-2025 07:24 PM
Allah bagi 2 bijik mata & 1 otak.  Bila nampak perkare batil, perkare tak betol, Allah suroh kita pi ...

Golongan agama risau apabila ramai golongan muda google sahaja permasalahan agamq, akan keluar AI result. Feature AI result sudah ada skrg in addition to website result. Pengguna tak perlu masuk chatgpt,gemini,etc secara direct kerana feature tu sudah integrated dalam search engine. Mereka risau bila orang refer kepada AI result tu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-9-2025 07:28 AM
Golongan agama risau apabila ramai golongan muda google sahaja permasalahan agamq, akan keluar AI  ...

Hat ni benar sbb maklumat kat tenet ni mcm2.. so AI akan bg maklumat berdasarkan maklumat kat tenet.. ada yg tak berlandaskan agama.. dan bebudak mebbe tak bijak nak bezakan mana betui mana salah..

Better pastikan setajah setad yg ngajaq semua baguih2.. bleh bg penerangan yg lebey baik.. so bebudak tak bergantung kpd AI..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2025 08:35 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 10-9-2025 07:58 AM
Hat ni benar sbb maklumat kat tenet ni mcm2.. so AI akan bg maklumat berdasarkan maklumat kat tene ...

minta maaf jugak...part ni....setad and setazah zaman sekarang ni pun susah nak percaya dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 09:29 AM | Show all posts
ultra78 replied at 10-9-2025 07:28 AM
Golongan agama risau apabila ramai golongan muda google sahaja permasalahan agamq, akan keluar AI  ...

Omputih ni cipta internet untuk kegunaan dorang.  Kita ni sekadar menumpang teknologi dorang je.  Ofkos la dia akan bubuh dakyah2 yang sesuai dengan dorang.  Kita ada quran.  Buatkan la sebagai panduan.  Bukan internet.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 10:07 AM | Show all posts
Laki aku dah update apps Nur AI
Islamic version of ChatGPT
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 9-9-2025 09:50 PM
Aritu bangkem dah ajar chatgpt mengucap

Kau pernah tanya AI tak macam mana nabi meninggal sissy? Apa jawapan AI sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 01:33 PM | Show all posts
Pertembunga epic antara yang benar dan yang batil. Yang benar pasti memang katanya. Kenapa takut?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau hukum2 asas tu boleh bljar kat skolah. Yg rumit2 tu kne rujuk ustaz juga. Ai mngkin bgitau yg surface. Maybe boleh buat satu database rasmi jakim ke mcm website hukum mufti wilayah tu senang utk rujukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 10-9-2025 07:58 AM
Hat ni benar sbb maklumat kat tenet ni mcm2.. so AI akan bg maklumat berdasarkan maklumat kat tene ...

Perasan tak di website mufti, orang tanya satu soalan dan biasanya dalam satu ayat sahaja. Jawapan daripada mufti pula esei 2000 patah perkataan kerana penjelasan terperinci mengenai sesuatu topik. Pembaca cuba skip ke perenggan terakhir tapi tak jumpa juga jawapan kerana jawapan tu ada di tengah-tengah. Bukan semua orang ada masa nak baca lebih-lebih yang nak buat decision on the spot.

Sebab itulah wujud feature summarize dalam AI tools. Semua text berjela tu dimasukkan ke dalam LLM dan pengguna query LLM tu. Masalah sekarang pula adalah apabila LLM tu generate result yang merapu, lebih-lebih lagi berkenaan hukum-hakam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x nak ckp psl soal agama
Tp aku nk ckp psl AI ni pun buat aku menyampah bilamana tgk peniaga makanan buat iklan guna AI, terus nampak x menyelerakan
Sbb takde originality...gitttuuhh komen aku sbg org yg suka JJCM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
AI selalu ajar kebaikan ye, siap quote source dari reliable source seperti JAKIM , Pejabat Mufti etc.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
AI ni memudah kerja untuk dapat sources yang tepat, tak payah nak terbelek belek.

Siap boleh ajar Ilmu Tasawuf lagi... ustaz bukan semua tahu Ilmu Tasawuf.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 10-9-2025 08:35 AM
minta maaf jugak...part ni....setad and setazah zaman sekarang ni pun susah nak percaya dah.....

Kena pilih hat baguih2 la utk jadi setad dan setajah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-9-2025 02:16 PM
Perasan tak di website mufti, orang tanya satu soalan dan biasanya dalam satu ayat sahaja. Jawapan ...

Sbb tu jgn tanya AI.. tapi bebudak tak paham ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.129315 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list