KUALA LUMPUR – Polemik pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini menjadi tumpuan hari ini.
Namun di sebalik kekecohan yang berlaku, Pengerusi Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru, Sanita Yunus tampil menjelaskan isu sebenar yang menurutnya jauh berbeza daripada gambaran tersebar di media sosial.
Menurutnya, projek pembangunan semula ini lahir daripada inisiatif penduduk sendiri bukan paksaan daripada mana-mana pihak luar.
“Persatuan kami ditubuhkan pada 2016 oleh generasi terdahulu yang melihat keadaan rumah semakin uzur manakala pajakan tanah pula semakin singkat.
“Majoriti penduduk pada waktu itu sedar mereka tidak mampu membaiki rumah sendiri maka diputuskan untuk mencari pemaju bagi membangunkan semula kampung ini.
“Jadi jangan salah faham, bukan pemaju yang datang cari kami tetapi kami yang keluar mencari pemaju,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Proses pengusiran dan kerja-kerja perobohan 15 buah rumah sedang dijalankan oleh pihak berwajib ketika di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2025.
Sanita mendedahkan, pampasan yang diberikan pemaju sangat munasabah dan tinggi malah ada yang mencecah sehingga RM1 juta hingga RM3.8 juta bagi satu unit rumah teres mengikut keluasan.
“Kalau ikut penilaian kerajaan, nilai asal sekitar RM400 sekaki persegi tapi pemaju bersetuju memberi pampasan RM850 sekaki persegi, hampir dua kali ganda lebih tinggi.
“Jadi sebenarnya ia tawaran yang sangat baik dan jarang berlaku dalam projek pembangunan semula,” katanya.
Jelasnya lagi, hampir semua penduduk menerima pampasan tersebut termasuk yang berpindah ke penempatan sementara.
Bagi pemilik rumah teres, selain pampasan mereka turut menerima bayaran sewa bulanan sebanyak RM2,500 selama lapan tahun.
“Penduduk yang dipindahkan ke flat transit juga tidak perlu bayar sewa kecuali kos utiliti asas. Pemaju menanggung segalanya. Jadi di mana lagi silapnya? Kebajikan mereka tetap dijaga sepanjang menunggu projek siap,” katanya.
Menyentuh mengenai penentangan yang masih berlarutan, Sanita mendedahkan, ia hanya melibatkan segelintir kecil penduduk khususnya pemilik rumah flat yang berdepan isu pembahagian faraid.
“Bila harta itu dibahagi sesama adik-beradik yang ramai, sudah tentu bahagian yang diterima lebih kecil. Mungkin sebab itu ada rasa tidak puas hati.
“Tetapi jangan pula perkara ini diputar belit seolah-olah keseluruhan projek ini menindas penduduk lain yang sememangnya mahukan pembangunan ini,” tegasnya.
Menurutnya, semua pampasan utama telah dibayar sejak 2023 malah difahamkan bagi mereka yang tidak bersetuju, isu tersebut dibawa ke mahkamah dan sedang melalui proses sewajarnya.
“Jangan kata penduduk tidak diberi pilihan. Hak mereka dijamin malah proses mahkamah membuktikan sistem ini telus. Jadi tidak timbul isu kononnya ada penindasan atau rampasan tanah,” katanya.
Dalam pada itu, Sanita turut mengakui perjalanan projek itu bukan mudah kerana berdepan pelbagai cabaran politik sejak beberapa tahun lalu.
“Kita lalui pelbagai Menteri Wilayah, ada yang menyokong, ada yang ragu-ragu tetapi akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada pembangunan ini.
“Menteri Wilayah yang ada sekarang, Dr. Zaliha (Mustafa) telah memberi sokongan padu dan memastikan semua berjalan ikut peraturan,” ujarnya.
Namun yang lebih merunsingkan, katanya, persepsi masyarakat luar yang mudah terpengaruh dengan naratif media sosial tanpa memahami fakta sebenar.
“Kebanyakan yang hadir buat kecoh ketika operasi pengosongan bukan penduduk. Kami di kampung ini semua kenal antara satu sama lain. Jadi jelas, orang luar yang tiada kena-mengena cuba ambil kesempatan,” dakwanya.
Penduduk yang hadir bagi membantah perobohan untuk baki 15 rumah oleh syarikat pemaju ketika di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2025.
Sanita berkata, lebih 220 keluarga telah menandatangani perjanjian dengan pemaju dan akan kembali mendiami Kampung Sungai Baru setelah projek siap.
“Ini hasrat kami sejak sekian lama. Kami mahu melihat ekonomi bumiputera di bandar berkembang dan masyarakat Melayu di Kuala Lumpur menikmati kediaman yang lebih moden, lebih selesa tetapi tetap di tanah tumpah darah sendiri,” katanya.
Justeru beliau menyeru orang ramai untuk tidak lagi mempercayai fitnah atau provokasi yang berlegar di media sosial.
“Datanglah ke pejabat persatuan, bertanya terus kepada kami atau berbincang dengan pemaju. Jangan mudah terpedaya dengan cerita separuh benar. Projek ini adalah usaha penduduk sendiri demi masa depan anak cucu kami.
“Doakan projek ini berjalan lancar. Kami mahu kembali ke rumah baharu kami selepas lapan tahun menunggu. Jangan salah ertikan perjuangan kami, ini bukan isu politik bukan isu kaum tetapi soal kelangsungan hidup penduduk Kampung Sungai Baru,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kg.Sungai Baru kecoh berikutan kerja-kerja pengosongan baki penduduk.
utusan.com.my
11 September 2025, 11:01 am
POLIS sedang mengawal keadaan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur berikutan kerja-kerja pengosongan baki penduduk hari ini.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini berdepan tindakan pengosongan pagi ini selepas enggan berpindah daripada kediaman mereka.
Suasana tegang menyelubungi kawasan tersebut di mana sejak awal pagi tadi, polis telah memasang khemah kawalan dan mengetatkan sekatan di laluan masuk.
Namun, penduduk dilihat enggan berganjak dan keadaan masih terkawal. Pengamal media juga tidak dibenarkan mendekati kawasan operasi atas faktor keselamatan.
Beberapa aktivis termasuk Rafidah Ibrahim dilihat membuat siaran langsung (live) di media sosial dari lokasi.
Sejak 8 September, penduduk mengadakan solat hajat pada setiap malam bagi membantah tindakan meneruskan pengosongan, walaupun penduduk memfailkan saman di mahkamah.
Penduduk turut mendakwa, pihak pemaju cuba mencetuskan kekacauan dengan mengupah kumpulan tertentu menyusup masuk ke program bantahan dan menyamar sebagai penduduk.
Mereka turut membuat laporan polis mengenai pesanan WhatsApp yang tular, menawarkan bayaran RM100 kepada mana-mana individu kononnya bagi meramaikan bantahan pembangunan pada 11 September.
Bantahan penduduk terhadap pembangunan semula Kampung Sungai Baru bermula selepas kerajaan mewartakan pengambilan tanah pada 21 Jun 2021 di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.
Pewartaan itu melibatkan 410 unit kediaman termasuk 37 rumah teres, 72 unit flat dan selebihnya pangsapuri dengan anggaran lebih 2,000 penduduk yang terkesan.
Penduduk sebelum ini menampilkan dokumen dikeluarkan pada 1932 oleh Residen Selangor yang jelas mengenal pasti Kampung Sungai Baru sebagai sebahagian daripada Tanah Pertanian Melayu atau MAS, status di bawah pentadbiran kolonial British yang memberikannya perlindungan dan syarat ketat daripada sebarang pengambil alihan tanah
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Setakat tengahari tadi tak nampak ahli politik tunjuk muka melompat-lompat macam isu lain tu. Yang nampak lawyer Rafiq, Ustaz Sophian Youtubers dan yang lain aku tak kenal.
At least something la. Rumah pun tak jadi nak robohkan.
Post time 11-9-2025 06:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kampung Melayu bila takda nilai budaya tradisi jadilah macam Kampung Baru Kuala Lumpur ini.
Macam kampung kami di Sabak Bernam , masih ada Qasidah Al Burdoh, Marhabban, Berzanji, Tarannum, Tadarus.
Sepatutnya teruskan aktiviti bertarannum kalau di situ kawasan tapak Sakral dan Suci kampung Melayu.
Macam kampung aku, kitorang masih menyalakan lantera Pallawa keluarga kami kalau hendak pergi ke Masjid, Surau, Mengaji atau Pengajian...walaupun dah ada lampu kalimantang, led segala.
Lantera Pallawa atau Pelita Keluarga masih kami nyalakan.
Post time 11-9-2025 08:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Menteri nya sapa? Sapa jaga kawasan situ. Langsung xtnjuk muka ya. Bengong betol. Patut demo beramai2 p rumah yb kawasan xtrun padang langsung tgk keadaan tegang. Tu pasal cina naik kaduk. Sebab tgk pemimpin melayu pun lemah dan lembab.
Post time 11-9-2025 08:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Klau kuil yg betul2 haram tu, xde korg berani msk bulldozer runtuh terus..berani dgn org melayu je..
Mmg agenda dap, nak halau melayu keluar dr klang valley, melayu bodoh yg sokong dap pkr, tunggu bkt antarabangsa pulak kena lah..
Tak faham sgt kronologi. Cerita di atas takda siapa pun ckp gitu kat tt masa pakat2 buat live pagi.
Pemaju dah bagi rumah ganti tp penduduk ada yg tak mau sbb ckp kondo bahaya, anak2 takda tempat main etc. Org yg buat live tadi cakap dia tak nak byr maintainance duduk kondo tu.
Rasanya kondo kut. sbb dia tunjuk 1 bangunan yg penduduk dapat as pampasan. Seriusla rumah dah dapat. Tinggal byr maintenan jah tu pun x nak?
Post time 11-9-2025 09:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2025 09:21 PM
tumpanglalu74 replied at 11-9-2025 08:13 PM
Kampong engkau tu tanah tak laku jauh dari KLCC..
Tak laku takpe tapi Allah sentiasa jaga, KLCC tu bukan jaminan terjaga nya tanah leluhur...tapi acik suka snap gambar KLCC bila ke Kuala Lumpur...simbol kemegahan engko dan aku.
Acik bangga tanah leluhur acik masih Allah jaga berkat kami masih menyalakan Lantera Pallawa dan menyanyikan Qasidah Al Burdoh.
Dah macam Syair pula acik baca kena pulak kalau baca Taranum Maqom Hijaz...sangat beraroma tradisi Melayu.
Post time 11-9-2025 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2025 09:23 PM
Samerosie replied at 11-9-2025 07:39 PM
Bila last chuols pi kg baru? Chuols ingat kg baru tu mcm mana nok? Tak yah kg la org melayu kat su ...
Acik pernah dengar Rafizi cakap semasa melancarkan Rancangan Selangor -1...kampung melayu itu sumber ekonominya dalam kampung itu juga.
Contoh Kampung Melayu Tradisi Maritime.
Kampung Melayu Tradisi Agraria...ini lah Sabak Bernam.
Kalau Kampung Baru, Kuala Lumpur tu dia sedut juga pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, so tak boleh panggil kampung dah, kena masuk dalam struktur terancang perbandaran yang berfikiran kompleks dengan pelbagai fahaman liberalisme...sebab tu ada Town Planning di Universiti.
Post time 11-9-2025 09:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kampung yang layak dipanggil kampung, adalah Kampung yang ada tradisi menyalakan Lantera Pallawa dan ada tradisi bakar gaharu ....itu simbol leluhur jaga kesucian kampung itu.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 11-9-2025 09:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Samerosie replied at 11-9-2025 09:31 PM
Apa kau hisap ni, laincm wengnya. lain kali beli gred yg elok sikit. Baca balik iols jawab chuol ...
Kampung Baru KL tu just nama je Kampung....so tak payah la over sangat berteriak konon dengan nilai tradisi sejarah bagai, tak wujud pun....cuma darah diorang tu Melayu....patut dari darah dia tu berhubung dengan leluhur diorang...tapi tak buat pun...lepastu merintih sebut nenek moyang Melayu Melayu Melayu etc...
Semua tempat ada nilai sejarah termasuk jamban rumah.