Post time 13-9-2025 06:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nfir replied at 13-9-2025 05:40 PM
Tepat sangat this observation.
60 tahun UMNO memerintah. Tak ada sekor Cina bangsat yang berani u ...
Begitulah.. kami sebagai penyokong bossku sentiasa berhujah dengan fakta dan bukti yang dah dibuat najib, bukan sekadar janji, akan, mungkin, bakal, potensi, sedang etc
Dan mereka juga asyik fitnah kerajaan najib masa tu cuma tawar rm400psft.. mungkin mereka sengaja putar belit, atau mereka memang benar2 bodoh tak tahu tawaran rm400psft tu untuk rumah flat pkns di sg baru tu.. harga tu memang dah tetap tak berubah sama ada zaman umno, ph atau pn..
Tapi yang jadi isu ialah rumah landed.. zaman najib, belum ada harga yang dipersetujui untuk rumah landed.. sebab tu ler dato joe terkejut bila dapat tahu penduduk senang2 lepaskan pada harga rm850psft selepas 2018..
Post time 14-9-2025 05:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
axl_bach replied at 13-9-2025 07:52 PM
Itu mmg kegopohan penduduk2. Tp kita hidup dlm negara demokrasi mmg itulah aturannya, yg minority ...
Bg aku kalo plat tuu ok laa ikut majoriti tp rumah landed big big no.. rumah dah elok nak pindah buat hape.. nak angkut pi sana sini sinun.. nak kemas lg.. kalo aku kat tmpt depa yg rumah landed laa.. aku pun bersilat.. romah plat yg gatei cari pemaju aku yg rumah elok indah kat klcc kena pindah plk.. mmg aku marah..
Satu lg plat tuu buruk sgt kee.. kalo repair balik cat balik tak boleh ke . Kalo nak tolonggg sgt depa tuu rumah yg buruk tuu ajelaa diruntuh.. ni semua nak runtuh buat hape..
Aku dengo penerangan datok jo.. aku yg tak berkaitan pun kecut perut.. ini rumah hoii.. bkn benda main main..
Post time 14-9-2025 07:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Buritan replied at 14-9-2025 05:57 AM
Bg aku kalo plat tuu ok laa ikut majoriti tp rumah landed big big no.. rumah dah elok nak pindah b ...
Hal ni bukan sekadar unit rumah, tp ko kena tgk aspek pengurusan pusaka.... Mcm kes Rafidah tu sendiri, ko bayangkan ayah dia ada satu unit flat, nk urus secara pusaka bagaimana???..... Ada 12 waris yg berhak, nk tgu cucu cicit?? Lagi kusut nnt...
Ya ada pemilik yg mmg fight for their land genuinely, tp ada yg fight for their dream of having KLCC-ish value of compansation......
Dorg nk nilai >RM1500 sekaki persegi, sedangkan penilaian sebenar RM400sft.....
Kalau ikut jumlah pampasan, pemilik flat dpt unit kondo baru yg lebih selesa, pemilik teres pula dpt 3-9 unit kondo, yg pada aku not bad lah kalau btol pemaju dpt deliver....
Isu andai pemaju gagal tu isu lain, tp isu pampasan tu pada aku dh berbaloi....
Post time 14-9-2025 09:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
axl_bach replied at 14-9-2025 07:15 AM
Hal ni bukan sekadar unit rumah, tp ko kena tgk aspek pengurusan pusaka.... Mcm kes Rafidah tu sen ...
Hal pusaka tuu bg aku.. adik beradik pakat pakat le nilai pas tu juai je la pd yg mampu.. kalo dah tamak aku no komenlaa..
Bab pampasan tu pun aku no komen.. sbb aku jenis tak hadap rumah kondo ka.. pampasan la . Aku jenis nak rumah aku dah selesa dan plg mls aku tarak mo pindah ke sini sinun semata nak dpt kondo yg tah dpt ke idak . Aku ni jenis tarak percaya kalo benda tuu takde dpn mata..
Satu lg aku ni jenis sentimental.value.. kalo mcm rumah landed hooii aku sayang sbb cthnya tok aku dah penat bina ujung ujung aku juai semata mata aku nak kondo 9 unit.. big big no. Ape ape pun lain org lain pemikirannya..
Post time 14-9-2025 09:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Buritan replied at 14-9-2025 09:06 AM
Hal pusaka tuu bg aku.. adik beradik pakat pakat le nilai pas tu juai je la pd yg mampu.. kalo dah ...
Kalau mudah nk urus pusaka xder lah sampai frozen 90 billion di Amanahraya.....
Adik beradik berparang pun sebab harta pusaka....
Sbb tu aku sokong kalau ada pihak yg berani nk empower qadi mahkamah syariah bagi kuasa pemutus utk kes pusaka ni, kalau semua waris gagal hadir selepas 3x, qadi ada kuasa utk buat keputusan.....
Dia nak dapat camno? Gatai sangat percaya kat temberang yang sungguh jahat & tak bertanggung jawab oleh Annuar Musa & Bossku Pok Jib dengan rege fantasy RM3k/sekaki persegi , pastu bila Annuar Musa jadik Menteri Wilayah .... ha ha ha ha , mamat Annuar Musa offer RM400 - RM450 /sekaki persegi aje & wartakan akta pengambilan tanah (July 2021) yang si Shahidan Kassim follow thru (ooooppppssss , depa ni pemimpin2 UMNO/BN)
Kalo dia ambil offer Khalid Samad , RM1000/sekaki persegi ... dapat a cool RM4mil. RM4 juta tak boleh beli rumah kat KL? Petik jari boleh dapat ....
Yang best dia mengaku :
Dalam pada itu Zainab berkata, sebuah rumah telah dibeli di Putrajaya yang mana dia perlu membayar hampir RM1.7 juta.
Bagaimanapun katanya, kawasan tersebut bukan tempat tinggal pilihannya.
"Saya tak nak duduk di Putrajaya. Kampung kelahiran saya di sini. Datuk nenek moyang saya di sini. Apa perlunya saya pindah tempat lain. Ini tanah tumpahnya darah saya. Tali pusat saya tanam di sini. Saya tak pandang duit pemaju bagi," ujarnya.
The truth of it , its all about money. Dah rembat duit pampasan beli rumah RM1.7 juta kat Putrajaya tapi tak puas hati pasal dia hanya terima pampasan RM400-RM450/sekaki persegi lepas dia tolak pampasan RM1000/sekaki persegi pasal percaya kat temberang yang sungguh jahat & tak bertanggung jawab oleh Annuar Musa & Bossku Pok Jib dengan rege fantasy RM3000/sekaki persegi
Orang tamak selalu rugi .....
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 14-9-2025 04:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sam1528 replied at 14-9-2025 02:33 PM
Lagi satu nak point out klaim Pengerusi Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru yang menafikan ...
Itulah dia, sbb dia lawan dan x terima tawaran pemaju, last2 kena ambil bawah akta, teruz dibayar harga pasaran semasa..... Dari elok2 dpt 3.4 juta last2 dpt 1.7 juta jer..... Maunyer x merintih bucu katil....
Post time 15-9-2025 10:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Samerosie at 15-9-2025 11:21 AM
Mana mau nya makcik jenab oi. Dah ambil pampasan mana nak lagi dapat rumah. Mmg lah makcik tak dapat 3.8mil, yg dpt tu org lain dah kenapa lak makcik yg terasa. Dalam news makcik sendiri dah kantoikan diri, tu kalau org bodoh cam some people mmg la x dpt tangkap sbb cannot do the maths. Rumah yg kelabu tu rumah makcik kan sewakan berpintu2, makcik sendiri duduk mana? Rumah tu 4000sqft katanya dlm news, kalau makcik salah sorang yg kalah tak dpt 800psqft yg developer mula2 offer, makcik dapat 450je ikut court order. Kalilah dgn 4000sqft rumah makcik yg pidah buat prop tu, dapat berapa acik? Tiba2 acik ckp beli rumah 1.7 mil kat putrajaya. Coincident ke? Acik kerja apa bank leh luluskan loan? Biznes import export? Lepas tu dgr lak org kata ada yg dpt 3.8 mil, acik mengelupur, tiba2 tali pusat tanam kat sana? Btw before anyone nak ckp iols, arwah nenek tok long semua duduk kg baru yg BENAR, mak iols membesar kat sana sebelum derang pindah bangsar duduk tanah tol. Mak iols kata kg sg baru tu tak exist masa derang kecil duduk sana main sg memancing. Mana de flat mana de rumah teres semua rumah kat kg baru tu kayu.
Author|Post time 15-9-2025 01:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kerajaan tak boleh cuci tangan isu Kampung Sungai Baru, walaupun puncanya dari PN
Oleh Zulhisham Isahak - 15 September 2025
JOHOR BAHRU – Kerajaan Madani perlu campur tangan dalam isu Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, selepas tanah mereka diambil pemaju, sebagai tanggungjawab moral dalam menyelesaikan kekusutan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan tidak boleh ‘cuci tangan’ dalam masalah tersebut walaupun puncanya daripada kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
“Kerajaan Madani sekarang pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai tanggungjawab moral dan legal untuk membantu penduduk-penduduk Kampung Sungai Baru yang kehilangan rumah mereka selepas tindakan perobohan dilakukan pada 11 September lalu.
“Tanggungjawab kerajaan bagi sebuah negara Malaysia tidak terputus-putus. Kerajaan yang ada sekarang terpaksa memikul tanggungjawab akibat daripada tindakan kerajaan yang terdahulu.
“Dalam hal ini daripada segi moral, Kerajaan Madani perlu mengambil tindakan proaktif membantu semua penduduk Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa pengambilan tanah tapak rumah mereka di bawah Akta Pengambilan Tanah,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, Kerajaan Persekutuan sekarang khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan boleh berbincang dengan pemaju dan bantuan perlu diberi walau dengan apa cara sekalipun sama ada mereka yang kehilangan rumah atau yang duduk di rumah transit dengan menyewa.
Menurutnya, daripada segi undang-undang pula kerajaan melalui Bahagian Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara perlu membantu penduduk-penduduk untuk mempastikan beberapa perkara.
“Pertama adakah sah daripada segi undang-undang bahawa pihak pemaju yang mendapat kerjasama bailif mahkamah menggunakan kekerasan merobohkan rumah penduduk hanya berdasarkan satu perintah ex-parte yang diberi oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah.
“Sedangkan satu permohonan rayuan difailkan penduduk di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah ditetapkan perbicaraan rayuan itu pada 3 Oktober ini.
“Kedua, Kerajaan Madani yang mendukung keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang tentu percaya bahawa isu yang berada di Kampung Sungai Baru ialah isu harta rakyat yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi harta rakyat,” ujarnya.
Justeru katanya, penduduk kampung itu perlu mendapat ruang secukupnya daripada segi undang-undang untuk mempertahankan rumah-rumah mereka.
Tegasnya, tindakan perobohan rumah mereka tidak boleh dilakukan selagi kes di mahkamah belum selesai.
Ketiga kata Hassan, keadaan itu bermakna terdapat kesilapan pihak mahkamah yang terlalu terburu-buru memberi izin kepada pihak pemaju merobohkan rumah milik sah penduduk kampung itu.
Sedangkan dalam pengetahuan pihak bailif katanya, rayuan telah dibuat di Mahkamah Tinggi dan ditetapkan perbicaraan rayuan itu tidak lama lagi.
Hassan berkata, keempat, adakah pihak pegawai mahkamah mempunyai hak menggunakan perintah mahkamah di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah untuk merobohkan rumah penduduk pada 11 September lalu.
“Adakah pegawai mahkamah tidak mengetahui bahawa Aturan 89 hanya boleh digunakan oleh mahkamah dalam kes-kes pendudukan setinggan yang didakwa menceroboh tanah pihak lain.
“Penduduk-Penduduk Kampung Sungai Baru bukannya setinggan. Rumah-rumah yang mereka duduki itu ada geran atau surat hak milik,” katanya.
Mereka ujar beliau, menduduki kampung berkenaan secara sah daripada segi undang-undang sejak bertahun-tahun.
Tegas beliau, tindakan dengan menggunakan kekerasan dengan memecah masuk serta merobohkan rumah-rumah mereka adalah bercanggah sama sekali dengan lunas-lunas keadilan.
“Penglibatan pegawai mahkamah dalam hal ini amat dikesali. Oleh itu sebagai seorang ahli Parlimen yang menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan maka saya menyeru supaya Perdana Menteri segera membantu rakyat biasa di Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa ketidakadilan,” katanya.- MalaysiaGazette
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register