Seorang pegawai Jabatan Imigresen dikesan menyimpan kira-kira RM1.5 juta dalam akaun miliknya serta keluarga hasil serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut hantaran menerusi akaun rasmi TikTok SPRM, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih RM1 juta dalam akaun Tabung Haji atas nama dirinya, isteri dan anak-anak, manakala lebih RM400,000 disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Selain itu, SPRM turut merampas barang kemas bernilai anggaran RM60,000 serta wang tunai RM13,900 daripada suspek berkenaan.
Dalam operasi sama, SPRM Kuala Lumpur merampas wang tunai berjumlah RM150,000, termasuk RM125,000 yang ditemukan di atas bumbung rumah seorang pegawai wanita, selain barangan kemas bernilai RM15,000.
Seorang lagi suspek wanita pula dikesan menyimpan barang kemas bernilai RM80,000 serta wang tunai RM41,470 dan 13,300 baht.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata ketiga-tiga suspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket counter setting, dan disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
“Op Rentas telah dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasa lepas,” katanya.
- Bernama
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Nak start business hotel tak reti. Buka private uni - education provider pun tak reti. Nak jadi developer tak reti, film producer pun tak reti, business shopping mall pun tak reti. Semua tak reti dan malas nak buat. Business audit firm tak reti, travel agent tak reti, buat franchise tak reti. Paling senang jual negara pada pati asia selatan. Paling sial.
Post time 15-9-2025 08:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 15-9-2025 08:28 PM
Aku baru tgk buletin utama tv3
Pegawai pompuan immigresen siap simpan brg kemas dan cash 400K atas bumbung rumah dia ya
Patutnya kene rompak by warga asing yg dia lepaskan ms counter setting tu..baru la kene cash
Apa2 pun smpi dh tahap simpan cash atas bumbung ni mmg dh lvl mcm mafia dlm sivaji the boss
Post time 15-9-2025 08:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pengecatbintang replied at 15-9-2025 05:56 PM
simpan RM1 juta duet haram dalam TH
duit utk bayar kos pi haji tu
Bleh le depa membongak konon2 dpt jemputan dr Tuhan dgn amik pakej yg plg mahal skali lvl2 vvip punya pakej walaupun guna duit haram
Yg penting, dpt impress meleis kampung bodoh yg selalu sembah org kaya dan x penah kisah sumber duit tu dr mana
Post time 16-9-2025 09:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by hart_attack at 16-9-2025 10:07 PM
Baru je kes kedai emas tu ada pulak kes lain. Ingt simpan duit dkt TH tu suci murni la. Boleh buat pergi haji lps tu ingat hapus dosa. ASB pulak sbb dpt dividen byk² Ats bumbung pun boleh, x de pulak sebut simpan dkt bank. Ataupun mmg takut