CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 10

[Tempatan] Menantu Hadi ditahan, didakwa berkaitan isu Kg Sg Baru

[Copy link]
Post time 15-9-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Diterbitkan:  Sep 15, 2025




Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad ditahan awal pagi ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar mendakwa penahanan itu adalah atas alasan Zaharudin membela penduduk Kampung Sungai Baru membantah pengusiran, tetapi tidak jelas sebab sebenar sehingga menyebabkan penahanannya pada 1.30 pagi.

Sukri berkata penahanan Zaharuddin - yang juga menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang - bermotifkan politik, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Menangkap seorang pendakwah pada tengah malam kerana membela rakyat adalah satu bentuk intimidasi yang tidak boleh diterima,” katanya.


Malaysiakini sedang menghubungi polis untuk maklumat lanjut berhubung penahanan itu.

Zaharudin mengkritik kerajaan berhubung pengusiran 15 isi rumah di Kampung Sungai Baru bagi memberi laluan kepada pembangunan semula.

Khamis lalu - ketika pengusiran sedang dijalankan - dia telah menyiarkan video yang mengatakan pengambilan tanah itu tidak berbeza dengan apa yang berlaku di Gaza.

Sebelum itu pada 4 Sept, Zaharudin mendakwa banyak video TikToknya telah dialih keluar kerana mempertahankan Kampung Sungai Baru.

Perbincangan antara pemaju dan penduduk Kampung Sungai Baru mengenai pembangunan semula bermula pada 2016, dengan kerajaan kemudiannya memainkan peranan dalam merundingkan pembayaran pampasan.

Pengambilalihan di bawah Akta Pengambilan Tanah telah diwartakan pada Jun 2021 ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2025 06:00 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 15-9-2025 06:03 PM

kan Pee End (+PES) yg ambil tanah Kg Sg Baru tahun 2021

ko yg tindas penduduk Kg Sg Baru tahun 2021

la ni 2025..

ko plak yg kata gov madani tindas

orang PH takkan tertipu ngan ko

yg tertipu

netizen n porumer ci pensokong Pee End & Umngok yg dah tua tp bodo

dah tua pon bodoh



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 11:04 PM | Show all posts
Kann dah bagitau sebelum ni, ramai orang luar yang dok menyibuk isu ni.
Orang Ganu, duduk Selangor, tapi acah-acah terpaling prihatin dengan orang KL.
Orang KL pun tak sibuk macam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 16-9-2025 09:41 AM
airfilterkotor replied at 15-9-2025 11:04 PM
Kann dah bagitau sebelum ni, ramai orang luar yang dok menyibuk isu ni.
Orang Ganu, duduk Selangor,  ...


First main sentiment pampasan tak setimpal, gi court kalah.  Tp ambil gak duit tu. Then main sentiment tanah warisan melayu, rupanya tanah leasehold, owner sebenar kerajaan.  Now dia main sentiment makcik pakcik pemnerima bantuan baitulmal, zakat mana mampu byr maintenance fee yg tak kurang rm300 sebulan tu.  Bukan yg x setuju derang ambil duit ke yg ambil kondo tu derang dah setuju lah pandai2 la derang anak2 boleh tolong byrkan.

Gitulah pusing nya padahal ramai dah meninggal dlm transit sebab lama sgt tunggu rumah derang siap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Menantu hj ni yg kata pengambilan tnh d kg sg baru sama dgn rampasan tnh gaza oleh israel kan? Kalau betul, dia provok sakan ni, nk bagi huru hara, suka ke jadi camtu.

Kalau ramai org yg malas pikir, malas cari fakta menonong pecaya, haru. Sat lagi pakat bangun lwn pihak polis lwn pihak berkuasa konon jihad pd jln agama.

Ni pun niat nk hasut?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 16-9-2025 10:18 AM
Rdizz replied at 16-9-2025 10:06 AM
Menantu hj ni yg kata pengambilan tnh d kg sg baru sama dgn rampasan tnh gaza oleh israel kan? Kalau ...


Wow adik beradik sittah ni boleh predict the future.

Time pak mertua dia kes amanat pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2025 10:34 AM | Show all posts
Samerosie replied at 16-9-2025 09:36 AM
First main sentiment pampasan tak setimpal, gi court kalah.  Tp ambil gak duit tu. Then main senti ...

Sepengetahuan iols, bilamana gomen amik semula tanah dengan pampasan sekian sekian jumlah, andai kita tak berapa setuju dengan jumlah pampasan tu... kita tick jer kat borang PTG tu terima (pampasan) dengan bantahan.

Nanti PTG akan panggil untuk jumpa dorang bincang lagi jumlah yang nak ditambah (yang berpatutan la).
Kompem ada tambahan pampasan.

Yang dia seret masuk court bagai tu dah kenapa.

Samada status lease atau tak, kalau gomen campak sekeping kertas tertulis Pengambilan Semula Tanah depan pintu umah, tapayaa lawan laa.
Gomen bukan suka-suka guna akta ni untuk amik tanah orang.
Masalahnya akan timbul bila ada kutu-kutu politik ambil kesempatan macam kes sekarang ni la.

'Rampas tanah melayu' Itu yang dilaungkan.
Nampak naw depa ni tongong. Ambil semula tanah dengan pampasan dipanggil 'rampas'.
SPM bahasa melayu pun tah-tah paras tengkuk jer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-9-2025 10:34 AM
Sepengetahuan iols, bilamana gomen amik semula tanah dengan pampasan sekian sekian jumlah, andai k ...
Yang dia seret masuk court bagai tu dah kenapa

Kalau ikut cerita one of the tce hse owner, ptg evaluated at RM450-500psft.  Then derang nego dgn developer, developer offered 850psft.  Yg mana setuju terima, yg mana x setuju sbb derang percaya ada politican ckp value lagi tinggi sbb kat klcc, bawa ke court.  Kalah, court decided rm450 psft tu lah.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 16-9-2025 10:45 AM

Sekarang nak argue ada bukti dr london tanah tu termasuk dlm MAS.  Masalahnya while the other kamoungs existed and sprawled over since before merdeka  (mum's family lived there before the big banjir and my mum was borned in the 40s and grew up there), kg sg baru ni baru je lagi sbb pkns buat rumah atas tambakan sg. So camne lak dia termasuk kalau dia sendiri x exist before the 70s? Even kat geran derang pun tulis pajakan kerajaan. If so takan nak stop kan project ni dah dekat 8 tahun kena byr balik developer rumah kena bina balik etc etc mana nak cekau duit?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 10:50 AM | Show all posts
Samerosie replied at 16-9-2025 10:39 AM
Kalau ikut cerita one of the tce hse owner, ptg evaluated at RM450-500psft.  Then derang nego dgn ...

Buang karan jer masuk court.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-9-2025 10:50 AM
Buang karan jer masuk court.

Tamak kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2026 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064510 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list