CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

[Sabah] Ewon lancar dana RM100,000 untuk Tabung Bantuan Bencana UPKO

[Copy link]
Post time 17-9-2025 01:33 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Ewon bersama para tetamu kehormat dan hadirin merakamkan gambar bersama.

KOTA BELUD: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick melancarkan Tabung Bantuan Bencana UPKO dengan dana permulaan sebanyak RM100,000 sempena Konvensyen Rakyat Kadamaian di Dewan Terbuka Kadamaian Square, di sini, pada Isnin.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata,  pada majlis itu, UPKO sepatutnya melancarkan jentera pilihan raya Kadamaian, namun ditukar kepada pelancaran tabung bantuan sebagai tanda keprihatinan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah yang turut meragut nyawa.

“Selaku parti yang prihatin, kita tidak meneruskan pelancaran jentera pilihan raya sebaliknya melancarkan Tabung Bantuan Bencana UPKO dengan dana awal RM100,000.

“Dana ini akan diagihkan kepada bahagian UPKO di daerah terjejas untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menegaskan, tabung itu tidak melibatkan pungutan daripada orang ramai, sebaliknya dimulakan dengan sumbangan dalaman parti.

Konvensyen Rakyat Kadamaian yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia itu menghimpunkan lebih 3,000 orang.

Antara pengisiannya termasuk perkongsian kejayaan dan pembangunan yang telah dilaksanakan Ewon di Kadamaian sejak 2018.

Antara projek yang dilaksanakan ialah pembinaan Premis Tamu Desa, Program Penyukatan Tanah PANTAS, projek jalan perhubungan kampung, kemudahan infrastruktur sekolah, bantuan pendidikan, projek kemudahan kecil komuniti kampung, bantuan rumah ibadat serta pelbagai inisiatif dalam bidang keusahawanan dan koperasi.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.074647 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list