Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1646747   
Harimau Malaya mudah jinakkan Bangladesh

Mohd Rafi Mamat - September 22, 2025 @ 11:26pm




Skuad futsal negara meraikan kemenangan bersama penonton di Stadium Tertutup Sukpa. Foto: FB FAM



KUANTAN: Skuad Harimau Malaya menepati ramalan dengan membenam Bangladesh 7-1 dalam saingan kedua Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup Sukpa, hari ini.

Jaringan skuad bimbingan jurulatih, Rakphol Sainetngam disumbangkan Awalluddin Mat Nawi pada minit ketujuh, diikuti Danial Dain (16), Mahadir Harahap Khairuddin (18 dan 28), Syahir Iqbal Khan (23), Saad Sani (36) dan Faris Johan (36).

Jaringan sagu hati Bangladesh pula dijaringkan Fayed Azim pada minit kelapan.

Persembahan bertenaga barisan pemain kebangsaan menjadi kelebihan kemenangan besar dicatat dihadapan penyokong walaupun sedikit tergugat pada awal permainan babak pertama.

Saingan diberikan pasukan pelawat bimbingan Saeid Khodaromi seolah membangkitkan lagi semangat barisan pemain Harimau Selatan untuk terus memburu jaringan.

Selepas jaringan Awalluddin Mat pada minit ketujuh, permainan pasukan negara berubah menjadi lebih rancak hingga memaksa penjaga gol Bangladesh, Jahid Hassan Rabbi bekerja lebih keras.

Kemenangan itu meletakkan skuad futsal kebangsaan kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan G dengan enam mata di belakang Iran.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/09/1449237/harimau-malaya-mudah-jinakkan-bangladesh





Rate
There are 1 People reward the building owner
279 Views

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1646747   
tq @Vellfire  

All contents are displayed