Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 908395   


BEIJING: Kementerian Perdagangan China pada Sabtu menyatakan  pendirian negara itu mengenai isu TikTok adalah jelas, dengan menegaskan bahawa Kerajaan China menghormati kehendak syarikat, lapor Xinhua.

Kementerian itu menegaskan yang China mengalu-alukan syarikat untuk menjalankan rundingan perniagaan selaras dengan peraturan pasaran bagi mencapai penyelesaian yang mematuhi undang-undang dan peraturan republik itu selain mengimbangi kepentingan semua pihak.

Kementerian turut menyatakan harapan agar Amerika Syarikat bergerak ke arah yang sama dan menunaikan komitmennya sepenuhnya, menyediakan persekitaran perniagaan yang terbuka, adil, saksama dan tidak mendiskriminasi syarikat China, termasuk TikTok, bagi meneruskan operasi mereka di AS serta memupuk pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang stabil, sihat dan mampan.


Sumber : Utusan Borneo
326 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch