Murid Tahun Tiga maut jatuh dalam saluran kumbahan di sekolah
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
27 September 2025 01:13pm
SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Lenggeng di sini maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan dalam kejadian menyayat hati pada pagi Sabtu.
Difahamkan, mangsa berusia sembilan tahun yang juga anak kepada Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan terjatuh ketika memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah semasa program kejohanan sukan olahraga di sekolah tersebut sekitar jam 9 pagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin yang turut berada di lokasi ketika kejadian bagi perasmian majlis berkenaan berkata, turut bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan berhubung kejadian.
Mohd Asna berkata, ketika itu ramai murid berada di kawasan belakang sekolah kerana berlangsungnya Hari Sukan.
"Seorang murid perempuan memaklumkan ada budak terjatuh ke dalam lubang.
“Saya bersama beberapa yang lain terus ke lokasi, tetapi pada mulanya memang tak nampak apa-apa. Bila turun ke bawah, barulah nampak topi dan kasut sekolah terapung,” katanya.
Menurutnya, salah seorang penduduk bertindak menyelam ke dasar bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa segera dibawa naik ke atas. Difahamkan mangsa berada di dalam longkang itu selama kira-kira 10 minit sebelum berjaya dibawa naik.
“Usaha menyelamat diteruskan hampir 30 minit termasuk bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ketibaan ambulans. Namun pihak hospital kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Usaha menyelamat mangsa melalui CPR.
Mengulas lanjut, Mohd Asna berkata, bangunan sekolah tersebut baru sahaja dirasmikan pada tahun lalu dan sepatutnya telah memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CF) sebelum diserahkan.
“Namun, saya akan tunggu laporan lengkap terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah dikenal pasti,” ujarnya.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7902222.
Ringkasan AI
Murid lelaki 9 tahun maut terjatuh dalam saluran kumbahan di sekolahnya di Lenggeng, Seremban
Mangsa adalah anak kepada Yang Dipertua sekolah tersebut dan terjatuh ketika program sukan
Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng bersama-sama menyelamat namun mangsa meninggal dunia
Bangunan sekolah baru dirasmikan tahun lalu dan insiden berlaku akibat kemalangan
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dan nasihatkan orang ramai tidak buat spekulasi
Sekolah bisa digugat di pengadilan agar bisa jadi efek jera ke pihak sekolah jangan asal-asalan soal keamanan murid. Kalo saya sebagai ibu korban, bakalan saya gugat hingga jutaan ringgit!
Murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia ketika kecil kerana mahu terus masuk syurga.
'Arwah beritahu nak meninggal masa kecil, mahu terus masuk syurga' - Bapa
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
27 September 2025 06:29pm
REMBAU - Murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sebuah sekolah di Lenggeng pada Sabtu, pernah meluahkan hasrat untuk meninggal dunia ketika kecil kerana mahu terus masuk syurga.
Bapanya, Khairol Rizal Mustafar, 42 berkata, anak kedua daripada empat beradik itu telah beberapa kali menyuarakan hasrat tersebut namun beliau menganggap kata-kata anaknya itu sebagai perbualan kosong semata-mata.
"Dah lama juga dia tanya soalan ini, kalau meninggal dunia masa kecil boleh terus masuk syurga ke? Kalau macam tu dia mahu meninggal masa kecil. Bila dia kata begitu, saya tanya kenapa cakap macam tu. Saya tak mahu dia berfikir begitu.
"Bila saya tanya apa cita-cita apabila besar nanti, arwah jawab tidak tahu. Rupanya dia nak pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, Sabtu.
Khairol Rizal yang juga Imam 2 Masjid Khairiah berkata, beliau turut berada di sekolah berkenaan semasa kejadian kerana memegang jawatan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk program hari sukan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin
Khairol Rizal menunjukkan gambar kenangannya bersama arwah.
“Kemudian keadaan jadi kecoh, selepas dimaklumkan ada budak jatuh dalam lubang kumbahan.
"Bila dengar ada budak jatuh, saya tak terus ke tempat kejadian tapi saya pergi padang dulu nak tengok keadaan anak-anak saya.
"Jumpa anak ketiga, saya rasa lega tapi cari Abdul Fattah saya tak jumpa. Tanya kawan dia, Naufal. Dia kata ‘Ustaz, Abdul Fattah tak ada’. Masa saya dah mula rasa tak sedap hati,” ujarnya.
Katanya, tidak lama kemudian seorang guru memaklumkan bahawa anaknya adalah mangsa yang telah terjatuh ke dalam lubang dan sedang diberi bantuan kecemasan.
"Masa saya sampai, anak saya dah dibawa naik diberikan bantuan CPR dan dalam keadaan tak sedarkan diri. CPR dah dibuat dalam setengah jam. Doktor yang ada di situ cakap arwah dah tak ada.
"Tapi saya minta tunggu juga ambulans. Nak bawa ke hospital. Doktor kata ‘ok, terpulang’. Dalam ambulans pun mereka teruskan CPR. Sampai ke zon merah, doktor sambung lagi.
"Akhirnya mereka kata prosedur dah buat sepenuhnya, memang tak boleh selamatkan sebab air dah banyak masuk (dalam badan),” katanya.
Jenazah dibawa keluar dari unit forensik Hospital Rembau.
Bercerita lanjut, beliau berkata, arwah tidak menyertai sebarang acara balapan pada hari sukan tersebut kerana tidak terpilih dalam saringan sebaliknya ke sekolah untuk meramaikan program saja.
“Saya tidak mengetahui secara tepat bagaimana kejadian berlaku, namun dimaklumkan ada orang terdengar bunyi sesuatu jatuh.
"Saya pun tak tahu apa tujuan dia ke belakang bangunan, tak tahu kenapa dia berlari ke situ,” katanya lagi.
Meskipun sedih kehilangan anak lelaki tunggal dalam keluarga namun beliau tetap menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan.
Ringkasan AI
Abdul Fattah Khairul Rizal, murid Tahun Tiga, terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sebuah sekolah di Lenggeng dan maut
Abdul Fattah pernah berhasrat untuk meninggal dunia ketika kecil kerana mahu masuk syurga
Bapanya, Khairol Rizal Mustafar menganggap hasrat anaknya itu sebagai perbualan kosong
Khairol berada di sekolah semasa kejadian kerana memegang jawatan YDP PIBG
Abdul Fattah tidak menyertai acara balapan pada hari sukan kerana tidak terpilih dalam saringan
Post time 28-9-2025 01:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apesal teruk sangat material yg digunakan untuk lubang2 mcm ni seksrang? Siapa punya idea bodoh dan kenapa engineer2 makin bodoh? Manhole2 biasa tu mmg dicipta keras kuluh berat x boleh terbuka senang2 je. Biasa nak buka ada kunci dia tu pon jenuh nak angkat. Minta saman betul2 owner manhole and majlis semua lah!!
"Saya pun tak tahu apa tujuan dia ke belakang bangunan, tak tahu kenapa dia berlari ke situ,” katanya lagi.
Negligence satu hal, tapi bila dah sampai ajal mmg dia didorong utk ke tempat pengakhirannya..semoga cita2 anak ni nk duduk di taman syurga tercapai..sedih pulak baya anak iols ni