Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   






Pelakon Rita Nadira mengakui sedang mengenal hati budi seorang jejaka dan bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.


Rita atau Rita Nadira Mohd Ritamurni, 28, bagaimanapun enggan berkongsi terlalu terbuka tentang identiti jejaka tersebut, namun tidak menolak kemungkinan untuk menamatkan zaman bujang sekiranya berjodohan.


“Buat masa sekarang kami berkawan, dalam fasa mengenali hati budi dan sudah berkenalan sejak enam bulan lalu.


“Sekarang pun umur saya sudah mencecah 28 tahun. Kalau ada rezeki dan jodoh, kenapa tidak? Apa saya boleh kata, dia bukan orang industri seni.


“Ketika ini saya tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk kahwin. Kalau nak cakap sedia bergelar isteri, saya tiada jawapan sebab perlu melalui fasa itu dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media filem Qifarah di sini, hari ini.


  



Pernah didakwa bercinta dengan penyanyi rap Chubb-E, Rita berkata, mereka sudah membawa haluan sendiri ketika ini.


“Status kami sekarang sudah tak berkawan rapat seperti dulu tetapi masih saling hormat menghormati antara satu sama lain.


“Tak perlulah saya kongsi bila hubungan kami sudah tidak rapat,” katanya lagi.


Tambah Rita, dia kini lebih berhati-hati untuk berkongsi hal peribadi kepada umum kerana mahu menjaga privasi kehidupan peribadi.


“Sebelum ini, saya terbuka berkongsi dengan siapa saya berkawan tetapi sekarang tidak akan terlalu berkongsi.


“Mungkin juga sekarang sudah semakin matang dan pilih untuk menjaga privasi. Iyalah, kita pun tidak tahu orang suka atau tidak,” jelasnya.


Sebelum ini, Rita sebelum ini pernah digosipkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Chubb-E, namun dia menafikan dakwaan tersebut.


Terbaharu, perkongsian foto mesranya bersama seorang jejaka berjambang dalam media sosial mencuri perhatian ramai sehingga menimbulkan dakwaan kononnya mereka kini menjalin hubungan cinta.


Dalam perkembangan lain, Rita bakal tampil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.


Filem itu turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.


Sumber: – Kosmo
2224 Views
30 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Kancilkering Lv.12 2#

Defender | Credits 11124   
susah sungguh jodoh mu
moga temui yg baik baik

lasagna Lv.12 3#

Defender | Credits 13412   
haa baru nk tya, dia dgn chubb-e kan aritu?
tak mnjadi dgn bdk introvert laa ni.
moga yg baik2 utk mu rita, awk muda lagi.

HelgaPataki Lv.8 4#

Honour | Credits 2451   
Quote: lasagna replied at 29-9-2025 12:03 PM
haa baru nk tya, dia dgn chubb-e kan aritu?
tak mnjadi dgn bdk introvert laa ni.
moga yg baik2 utk m ...

She dgn chubb-e mcm lama jugak ek...walaupun katanya bff ajurrssss
Follow Us

Duta lover Lv.14 5#

Fighter | Credits 22150   
Ayah dia india ke. Nama muhd ritamurni

Hessa Lv.10 6#

Survivor | Credits 5986   
Suka tgk dia ni. Nampak cool je..pakej lengkap sbb nampak tinggi lampai.sesuai dalam industri.tk harap rupa je.

zuriey Lv.10 7#

Survivor | Credits 5585   
She ols cantik tapi berlakon agak kayu

ADVERTISEMENT


missbigrockstar Lv.12 8#

Defender | Credits 10533   
Tgk family dia semua rupa mamak. Tapi di rupa mamak yg cantik.

timah03 Lv.9 9#

Adventurer | Credits 3920   
Kalau dia berlakon awal sikit... Boleh la bergandingan dgn abang zul ariffin...
Time skrg... Limited pilihan hero yg boleh jadi boyfriend...

sfrnna Lv.10 10#

Survivor | Credits 5516   
Mat salleh kerrr

royaldanish Lv.12 11#

Defender | Credits 12532   
asalkan bahagia dek akak setuju

makadek Lv.12 12#

Defender | Credits 12151   
dia ni cantik tinggi lampai hero dia plak pendek dr dia...jenis tinggi lepas cemtu

pocongkiutss Lv.14 13#

Fighter | Credits 25559   
Quote: Hessa replied at 29-9-2025 01:34 PM
Suka tgk dia ni. Nampak cool je..pakej lengkap sbb nampak tinggi lampai.sesuai dalam industri.tk har ...

Kakak dia supermodel uols

Hrp dia berjodohan dgn org yg helok2 lah

Dulu x sangka dia leh dgn adik elbulus

lasagna Lv.12 14#

Defender | Credits 13412   
Quote: HelgaPataki replied at 29-9-2025 01:25 PM
She dgn chubb-e mcm lama jugak ek...walaupun katanya bff ajurrssss

teman tapi mesra laa ni dlu..

fattymah Lv.8 15#

Honour | Credits 2529   
Indahnya ciptaan Tuhan

ADVERTISEMENT


apedehal Lv.12 16#

Defender | Credits 14916   
Muka, body persona sesuai ngat wakil malaysia p miss universe..tu knp tutup muka boipren takut ain ke kak..tp mcm herlok je rupa tgk dr jambang

DeLuna85 Lv.10 17#

Survivor | Credits 6389   
Dia dgn chubb e mcm kakak dgn adik

DeLuna85 Lv.10 18#

Survivor | Credits 6389   
Dia dgn chubb e mcm kakak dgn adik

bambimo Lv.12 19#

Defender | Credits 11843   
Edited by bambimo at 30-9-2025 10:36 PM

Oh asapa yg selalu upload video dgn dia dkt tt..ingt kan gewe dia..rupanya bff..
Rita ni selalu dpt watak 2nd heroin sedangkan dia berlakon not bad kot..

Bila dia jd heroin meletop gak drama dia cth drama saat hilang cintamu

September14 Lv.14 20#

Fighter | Credits 28346   
Okla x sesuai lngsung dgn bdk tu.. nama pun dah x matured
12Next