Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





SHAH ALAM – Kamera perangkap had laju dicadangkan supaya dipasang di laluan menuju plaza tol susulan kes kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.


Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Selangor, Datuk Mohd. Yazid Sairi berkata, kebanyakan kamera hanya ditempatkan di lebuh raya, sedangkan insiden turut berlaku di kawasan tol.


“Persoalannya, mengapa pengguna tidak mematuhi had laju ketika menghampiri plaza tol walaupun papan tanda amaran sudah dipasang?


“Mungkin tiba masanya pihak berkaitan meneliti semula dan meletakkan kamera had laju sebelum plaza tol,”katanya selepas merasmikan penutupan Kursus Warden Trafik Sekolah (WTS) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Padang Jawa, di sini hari ini.


Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan lagi cedera dalam nahas membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori tiga tan membawa barangan lusuh di Plaza Tol Bukit Kajang dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi.


Kata Mohd. Yazid, penambahan garisan tebal kuning atau ‘speed breaker’ juga wajar dipertimbangkan sebagai langkah tambahan mengurangkan risiko kemalangan.


Tambah beliau, aspek penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan tidak boleh dipandang remeh terutama jika melibatkan kegagalan sistem brek lori.


“Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) wajib dijalankan secara berkala. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan pemilik kenderaan mematuhi arahan itu dan mewujudkan sistem automatik mengesan mereka yang tidak menjalani pemeriksaan lebih enam bulan,” ujarnya.


Sumber: – Kosmo
1546 Views
19 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


hart_attack Lv.13 2#

Challenger | Credits 19172   
Brek lori rosak

ultra78 Lv.18 3#

Master | Credits 79925   
Adakah dengan pasang kamera boleh hentikan lori yang ada kerosakan brek?

Runaway Truck Ramp






tahanie Lv.9 4#

Adventurer | Credits 3624   
Kau paham tak benda jadi bukan sebab tak slow down. Tapi sebab musibat tak maintain lori, tunggu masa nak barai
Follow Us

Itzy Lv.9 5#

Adventurer | Credits 3207   
Quote: ultra78: Adakah dengan pasang kamera bo ...


Inilah masanya kerajaan buat duit kaw kaw maaa hahahah dh tau dh taktik ni dr zaman madey dulu[em:3:][em:3:] kemalangan yg sama tetal akan terjadi[em:7:]

kucingitam Lv.14 6#

Fighter | Credits 23285   
cari root cause la. root cause bukan pandu laju tapi kenderaan tak diselenggara dengan baik.

Samerosie Lv.14 7#

Fighter | Credits 20118   
Buat apa membazir duit pasang camera speed trap. Bukan mencegah pun kalau dah jadi mcm haritu lori problem driver terjun bukannya camera tu ada laser shield terus activate tuk berentikan lori tu.

Dari dulu malaysia ni enforcement teruk.  Kalau dah nampak lori yg dah rupa mcm tu atas jalan, polis ke jpj ke terus sita on the spot la, driver balik jalan kaki.

ADVERTISEMENT


vanilacup Lv.14 8#

Fighter | Credits 28915   
Pasang pun tetap ada je org yg tak bersalah akan menjadi korban jalan raya. Kecuaian dan kelajuan pemandu lain yg menyebabkan org yg bawak cara selamat menjadi mangsa kepada mereka yg mementingkan diri sendiri..

white_musk Lv.12 9#

Defender | Credits 11128   
solusi untuk "MENAMBAH COST" ni mudah dan menarik bagi satu pihak saja.... kerana boleh bikin Uwanggg


TeropongThaico Lv.11 10#

Highlander | Credits 8315   
Apa kaitan dgn adanya kamera dan lori yg tak diselenggarakan dgn baik... Adakah bila kenderaan laju kamera tu akan keluarkan laser mcm otroman fire monster gitu??
Saje je tau nak plan buat side income

Skuau Lv.15 11#

Gladiator | Credits 33919   
solusinya sama dgn 'minyak dan warga asing'....tuan2,puan2...'marahkan warga asing...minyak 'dibakar'

Dejakerr Lv.3 12#

Senior | Credits 161   
Lori tu yg x fit nk duk atas jln, psg kamera pn, bkn bleh buat apa gk.. mcm la dgn adanya kamera tuh tetiba, bleh stop lori tuh.. isu skrg ni, cane nk make sure knderaan besor² lori bas nih, fit dn selamat nk sama² atas jln raya tuh..

SWORKS27 Lv.10 13#

Survivor | Credits 5293   
Quote: tahanie replied at 29-9-2025 03:51 AM
Kau paham tak benda jadi bukan sebab tak slow down. Tapi sebab musibat tak maintain lori, tunggu mas ...

kan..bazir duit je..nak bg kroni la tu...enforcement kena kerap..

yenil95 Lv.12 14#

Defender | Credits 11959   
brek lori rosak ni mcm mantra tiap kali lori sondol kenderaan lain..

Baik chek lori tu ada buat pemeriksaan puspakom dan siapa pegawai yg luluskan. Check jugak tiap kali pi puspakom, makhluk yg sama ke check lori tu..

Kalao berulang kali org yg sama, mungkin boleh report sprm.

ultra78 Lv.18 15#

Master | Credits 79925   
Penguatkuasaan dah buat (katanyalah)
Puspakom dah check (katanyalah)
Part regulation dan enforcement dah buat tapi masih terjadi. Sama ada pemilik lori menipu inspection atau lori bawa lebih muatan. Atau lori di malaysia ni mmg cap ayam? Dah tiba waktunya bina laluan kecemasan untuk lori tu berhenti apabila kegagalan brek.

Tapi yg anehnya dalam kes ni lori memecut dari lane kanan atau tengah. Bukan ke kenderaan berat patut berada di lane kiri? Kenapa tak himpit ke lane kiri

ADVERTISEMENT


AbukRokok Lv.17 16#

Superior | Credits 51633   
bodoh..bodoh bodoh bodoh
dakwa dan saman pemandu dan syarikat
sampai hari ni xde terakam wajah driver tu ye...xde yg spoil siapa pemandu tu

missmarvolo Lv.8 17#

Honour | Credits 2049   
sangatlah x bijaknye. sampai sekarang aku belum dengar lagi hukuman ketat pada company2 lori ni balik2 driver yg disalahkan. cube asal jadi je company terus kena beku dari buat bisnes 3 bulan effective immediately. sekejap je hilang terus masalah lori atas jalan ni. menghukum ikan bilis, yg jerung buat2 buta.

paanz Lv.7 18#

Revolutioner | Credits 1375   
sapa la bagi idea kat dia ni

pasang kamera kat tol, kalau brake tak function, boleh stop dari accident ke?

merrissa Lv.14 19#

Fighter | Credits 21817   
Quote: missmarvolo: sangatlah x bijaknye. sampai sekarang aku belum dengar lagi hukuman ketat pada company2 lori ni balik2 driver yg disalahkan. cube asal jadi je company ...


kan alih2 kite yg duk selenggara kete ikut time juga yg kene....
bagi jelah hukuman berat...lemah lembut sgt...cuba keras sikit...tkut hilg undi kottt

B40tastePosh Lv.13 20#

Challenger | Credits 16032   
Sebab tu aku tak suka orang buat kes.... Makin lama undang undang makin ketat. Polis semakin ramai di kawasan itu. ... Tak selesa

All contents are displayed

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link