Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





Penyanyi Dayang Nurfaizah menafikan tindakan melakukan ‘flying kiss’ sewaktu persembahan Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur malam tadi ditujukan buat komposer penyanyi, Hael Husaini yang selama ini digosipkan dengannya, sebaliknya untuk peminat.


Aksi Dayang melemparkan ‘flying kiss’ tersebut sempat dirakam dan ketika itu posisinya menghadap Hael Husaini yang berdiri di sudut pentas. Hael kemudian dilihat membuat aksi menerima ‘flying kiss’ tersebut dan ‘menyimpannya’ di dalam hati.


Video aksi romantis tersebut mendapat perhatian ramai netizen di mana rata-rata teruja melihat momen ‘bersemut’ tersebut.


“Sebenarnya ‘flying kiss’ itu untuk semua peminat sebagai tanda terima kasih untuk mereka,” kata Dayang menjelaskan situasi sebenar.


Bercerita lanjut tentang showcase Janji With Dayang yang merupakan ‘showcase’ kedua selepas Pulau Pinang, Dayang akui terpaksa membuat persembahan dalam keadaan menahan sakit.


Menurut Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, dia sebolehnya mahu merahsiakan perkara tersebut tetapi tak sangka ada pihak media yang tahu keadaan kesihatannya.


“Macam mana tahu ni? Siapa yang beritahu. Ya memang saya tidak sihat. Mungkin kerana sekarang musim orang demam. Telinga saya rasa berdengung. Tekak pun rasa berkeladak,” kongsinya.


Tambah pelantun lagu Lemah itu lagi, dia tidak akan membiarkan situasi tersebut melemahkan semangatnya untuk tetap memberikan persembahan terbaik.


“Saya tidak mahu menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak membuat persembahan dengan baik. Peminat sanggup datang berpanas, mendaki bukit untuk menonton persembahan saya.


“Macam biasa saya memang takkan kongsi tentang masalah kesihatan saya. Kerana pada saya itu adalah alasan. Tugas anda adalah untuk menghiburkan jadi anda perlu hiburan. Perkara-perkara lain letak di belakang.


“Yang penting peminat yang datang terhibur dengan persembahan saya. Itu sahaja yang saya nak tahu,” jelasnya.


Pada ‘showcase’ yang berlangsung selama hampir dua jam itu, Dayang menyampaikan kebanyakan lagu daripada album terbarunya iaitu Janji.


Antara lagu yang didendangkan adalah Lemah, Mungkin Ke, Tulus, Akhirnya Bahagia dan lagu-lagu hitsnya daripada album terdahulu, Mana Mungkin, Hakikat Cinta dan Dayang Sayang Kamu.


Sumber: – Kosmo
1289 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


mdmy Lv.11 2#

Highlander | Credits 9776   
Baju dan mekap di KL lagi lawa dari yg di Penang.
Tapi kat Penang lagi best meskipun panas lit-lit.

Dayang, your audience jenis posh-posh jadi next time pastikan semua seating ya. Tak payah nak berdiri tu, dorang sakit kaki.

Kalau konsert Hael, berdiri ramai pun tak apa sebab konsert Hael very fast pace. Tak terasa pun masa berlalu.

adeqbun Lv.12 3#

Defender | Credits 10660   
kurus sesgt die ni skang..

zehra2 Lv.15 4#

Gladiator | Credits 33166   
kot iya pun utk hael.. ok je
bukan laki org pun
Follow Us

mdmy Lv.11 5#

Highlander | Credits 9776   
Quote: zehra2 replied at 30-9-2025 12:32 PM
kot iya pun utk hael.. ok je
bukan laki org pun

haah, video pun dari penonton , nak nafikan apa lagi. Hael kan peminat no 1, balik dari Milan terus pergi konsert.

orang_kampong Lv.10 6#

Survivor | Credits 5089   
Kenapa orang masih gosipkan dayang dgn hael ye? Accept je yg dorang ni bff, yg support each other’s career…kalau bercinta, dh lama kawen kut, sbb rasanya dh bertahun cerita psl dorang…kalau betul serious, nk tunggu berapa lama, bukan umo 20an pon…dorang selesa berkawan…

aammyy Lv.9 7#

Adventurer | Credits 4961   
Mana video nyehhhhh

ADVERTISEMENT


sharlenetexas Lv.19 8#

Emperor | Credits 89823   
Tgk sengih mcm syaza sam.


noor2 Lv.20 9#

Legenderer | Credits 164215   
X lawa kurus sgt...mcm.nenek2 tua kurus

brainbiru Lv.14 10#

Fighter | Credits 23683   
Kurus mcm ni... nampak mcm someone pulak....

BoongaKertas Lv.14 11#

Fighter | Credits 21963   
ala xnaklah hael. geli plak bila imagine. dayang dizeb better. tibaaaa. hahaha!

kalchi Lv.15 12#

Gladiator | Credits 31851   
Kenapa maseh ada org ngeship mereka ni?? Hael tu sebatu pun da nampak kecenderungan heols??

rosmahisham Lv.13 13#

Challenger | Credits 15998   
Gambar ni dh mcm ziana zain 2.0

sharlenetexas Lv.19 14#

Emperor | Credits 89823   
Quote: rosmahisham replied at 1-10-2025 10:41 PM
Gambar ni dh mcm ziana zain 2.0

Zianazain2 tu pun dah kembali kepada keadaan asal. Dah tamat mode insofff.


orang_kampong Lv.10 15#

Survivor | Credits 5089   
Semoga terus sihat dayang…takmo kurus sangat…

All contents are displayed