Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





PETALING JAYA – Kedutaan Malaysia di Tehran yang sebelum ini ditutup susulan konflik berdarah Iran–Israel pada Jun lalu kini kembali beroperasi seperti biasa.


Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar turut sudah kembali bertugas di Tehran.


“Penutupan sementara itu selesai. Duta besar kita sudah kembali ke Tehran dan operasi berjalan seperti biasa. Kita berharap tiada lagi konflik berlaku.


“Kalau ketidaktentuan di Asia Barat berulang, kesannya bukan saja dirasai Asia Tengah, malah seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 semalam.


Kedutaan Malaysia di Iran ditutup sementara selepas ketegangan memuncak apabila rejim Zionis melancarkan serangan udara tanpa provokasi ke atas republik itu pada Jun.


Sebagai tindak balas, Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel. Susulan keadaan genting itu, Wisma Putra membawa pulang semua rakyat Malaysia termasuk duta, kakitangan dan keluarga mereka menerusi laluan Ashgabat, Turkmenistan ke Bangkok, Thailand sebelum pulang ke tanah air.


Untuk rekod, Malaysia menubuhkan kedutaan di Tehran pada 1970, manakala Iran membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981.


Sumber:-KOSMO! ONLINE
1215 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch