Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





PETALING JAYA – Kegagalan seorang lelaki melunaskan hutang pinjaman menyebabkan bekas isterinya pula menjadi sasaran ugutan along sejak pertengahan Ogos lalu.


Li berkata, bekas suaminya itu berhutang dengan pemberi pinjaman tidak berlesen sehingga dia dan keluarganya kini diganggu serta dipaksa untuk melangsaikan bayaran tersebut.


Katanya, dia telah bercerai dengan bekas suami sejak 18 tahun lalu dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengannya, namun tetap diganggu tanpa sebab munasabah.


“Pesanan ugutan yang diterima sangat samar, hanya menyebut mengenai tuntutan hutang tetapi tidak pernah menyatakan jumlah sebenar.


“Saya tidak pernah meminjam wang itu, namun dipaksa menerima ancaman sehingga hidup kami sekeluarga tidak tenteram,” katanya.


Tambahnya, rentetan insiden itu memberi tekanan emosi yang berat dan menjejaskan rutin harian ahli keluarganya termasuk anak perempuannya yang turut terpalit sama.


Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA, Michael Chong berkata, prinsip ‘hutang ada pemiutang, kesalahan ada pelakunya’ perlu dihormati dan along tidak sepatutnya mengheret bekas pasangan serta anak-anak yang tidak terlibat.


“Tindakan ugutan secara semberono ini jelas menyalahi undang-undang dan mengganggu ketenteraman masyarakat. Perkara ini amat membimbangkan,” ujarnya.


Susulan itu, Li telah menyerahkan semua bukti mesej ugutan kepada polis serta membuat laporan rasmi bagi melindungi keselamatan diri dan keluarganya.


Dia turut mengemukakan sijil perceraian sebagai bukti sudah lama tidak mempunyai kaitan dengan bekas suami.  


Sumber:-KOSMO! ONLINE
1571 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


SalenaGomez Lv.13 2#

Challenger | Credits 15365   
Along ni bkn setakat bekas isteri di attack, jiran2 peminjam pon kena attack. Kadang dah pindah pon, kena jugak… kesian kat jiran2 yg nk kena cover kerugian

ninja boy Lv.16 3#

Conqueror | Credits 45493   
Hujung2 cari mca

kemaruk Lv.16 4#

Conqueror | Credits 40296   
Quote: ninja boy replied at 29-9-2025 10:43 AM
Hujung2 cari mca

Orang cina kalu ada masalah sama melayu = cari DAP

Kalu ada masalah sesama cina = cari MCA
Follow Us

Purplehaz Lv.9 5#

Adventurer | Credits 3441   
Mesti bekas laki ada berhubung dgn ank2, jumpa mase cny ker, tu yg along masih tagih.

annehuda Lv.22 6#

Moderator | Credits 75881   
mcm ada sorg influencer cina ni la, dia ni lelaki. pastu dia agaknye geram sgt kot dia buat content pasal ayah dia lari camtu je tapi tinggalkan hutang kt family dia. pastu dia fleks dapat beli rumah sebab dulu ayah dia pun tak mampu sediakan rumah utk diorang

Dejakerr Lv.3 7#

Senior | Credits 163   
Ada sorg mamat cina ni, mmg brpuluh thn dh lost ctc dgn apaknya sbb parents dorg cerai ms kecik dn apak mmg x ambik peduli pn.. tiba dpt call apak ninggal.. apak ninggal hr ni, esok dh brtalu² along² mntk utang.. idup x bg manfaat, mati pn bg masalah...

ADVERTISEMENT


IzzahF Lv.11 8#

Highlander | Credits 8239   
Quote: SalenaGomez replied at 29-9-2025 09:23 AM
Along ni bkn setakat bekas isteri di attack, jiran2 peminjam pon kena attack. Kadang dah pindah pon, ...

sbb dia nk bg peminjam tu malu dan gelabah kan? mungkin ahlong2 ni jenis kalo dia buat loan rumah, tak bole bayar..dia suh jiran g bayar gamaknya

afie_m Lv.10 9#

Survivor | Credits 5574   
hutang along ni bahaya, dah 18tahun cerai pun bekas bini kena kacau, laki tu pinjam time masih lagi suami isteri ke atau macam mana

All contents are displayed