Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Decaffeinated Lv.18

Fav
Master | Credits 63606   
Edited by Decaffeinated at 29-9-2025 11:45 AM

Makanan Kucing Rupanya Ada Hati Babi, Halal Ke Nak Bagi Si Bulus Makan?
September 26, 2025
Aimi



Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna TikTok berkongsi penemuan mengejutkan. Rupa-rupanya, wetfood kucing yang dibelinya mengandungi hati babi sebagai bahan utama.

Katanya, dia membeli makanan itu dengan niat nak manjakan si bulus yang sedang sakit. Tapi selepas perasan label pada tin, terus rasa tak sedap hati. Malah, dia buang sekali makanan tersebut bersama mangkuk yang digunakan.

Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan

WETFOOD KUCING ADA BAHAN DARIPADA BABI, PERNAH DISARANKAN OLEH VETERINAR


Apabila baca ruangan komen, ternyata ramai pemilik kucing pernah mengalami situasi sama. Ada yang cerita mereka juga disarankan oleh doktor veterinar untuk beri makanan jenis itu kepada kucing sakit atau special need.


Ada juga yang kongsi tips untuk menggunakan wetfood tersebut. Jika risau, boleh guna bekas pakai buang dan sarung tangan supaya lebih yakin daripada segi kebersihan.

HUKUM DALAM ISLAM, BOLEHKAH BAGI KUCING MAKAN WETFOOD YANG ADA RAMUAN BABI?

Persoalan besar tentulah berkait hukum. Halal haram makanan untuk manusia memang jelas, tapi bagaimana pula dengan haiwan peliharaan?

Menurut penjelasan Jabatan Mufti Negeri Selangor, tiada masalah untuk memberi kucing makanan yang mengandungi babi kerana haiwan tidak tertakluk dengan hukum syariat.

Tapi jika pemilik tersentuh makanan tersebut, wajiblah menyucikan tangan atau anggota yang terkena dengan cara sertu iaitu basuh tujuh kali, termasuk sekali dengan air tanah.

Paling penting, tak perlu sertu jika hanya terpegang najis kucing selepas ia makan wetfood itu, selagi tak kelihatan zat (ain) najis yang jelas.

PANDANGAN USTAZ AZHAR IDRUS TENTANG WETFOOD KUCING YANG MENGANDUNGI BAHAN BERASASKAN BABI


Isu ini turut dijelaskan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Katanya, makanan kucing yang sudah diproses lazimnya tak lagi dalam bentuk asal.

Jika tumpah di lantai atau terkena pada peralatan, cukup sekadar dibasuh seperti biasa, tak perlu sertu. Sertu hanya wajib jika babi itu masih berjisim seperti daging, tulang atau organ yang masih jelas rupa bentuknya.

KENAPA WETFOOD ADA RAMUAN BABI DALAM FORMULANYA? INI PENJELASAN DOKTOR VETERINAR

Mungkin ada yang tertanya, kenapa pengeluar makanan haiwan pilih bahan daripada babi dan bukan sumber lain?

Menurut penerangan seorang doktor veterinar dari klinik Tuah Vet, ada sebab saintifik di sebaliknya. Protein babi digunakan untuk dapatkan enzim tertentu yang membantu pemulihan tisu rosak dan otot kucing sakit.

Selain itu:

- Gliserin daripada lemak berfungsi memberi tenaga.
- Gelatin membantu tekstur makanan jadi lebih menarik, sekaligus memujuk kucing untuk makan walaupun kurang selera.


Makanan jenis ini juga lebih mudah dihadam serta mengurangkan risiko muntah dan cirit-birit kepada kucing.

Secara ringkas, memberi wetfood yang ada kandungan babi kepada kucing tak menjadi masalah daripada sudut hukum, kerana ia tak termasuk syariat haiwan.

Cuma sebagai pemilik beragama Islam, perlu berjaga-jaga jika tersentuh bahan tersebut dan harus mengikut cara sertu seperti yang diajar.

Namun, pilihan tetap di tangan pemilik. Jika rasa kurang selesa, boleh cari alternatif makanan lain. Paling penting, pastikan kucing anda tetap mendapat nutrisi secukupnya.

Semoga bermanfaat!



Rate
There are 1 People reward the building owner
3588 Views

ADVERTISEMENT


nusaraya Lv.9 28#

Adventurer | Credits 4918   
Edited by nusaraya at 1-10-2025 09:45 AM
Quote: dubuk replied at 1-10-2025 08:34 AM
babi is everywhere.. kalau baling batu mesti kena babi yang dalam pelbagai bentuk contohnya ni la..

Mungkin lebih BAIK jika JAKIM dan LEMBAGA HALAL  segera mengeluarkan FATWA agar makanan kucing yang dijual di negara MalayDesh  diberikan LOGO HALAL  agar semua Kucing Islam yang ada di negara anda X dimasukkan ke NERAKA karena makan makanan HARAM ...

dubuk Lv.14 27#

Fighter | Credits 28997   
babi is everywhere.. kalau baling batu mesti kena babi yang dalam pelbagai bentuk contohnya ni la..

edayildiz Lv.14 26#

Fighter | Credits 24574   
Quote: Decaffeinated replied at 30-9-2025 03:18 PM
Nasib baik ko bukan vegetarian.

kalau tuan kuching vege..kucihingnya vege ke
Follow Us

kotakbaju Lv.10 25#

Survivor | Credits 6328   
Quote: Decaffeinated replied at 30-9-2025 03:18 PM
Apa maksud suci. suci dari apa?

Ntah la. Kat label ada logo tulis Suci dalam jawi. Agaknya ramuan tu takde guna unsur2 babi la kot.

Decaffeinated Author 24#

Master | Credits 63606   
Quote: edayildiz replied at 30-9-2025 02:01 PM
kucing i islam....tamo bg dia makan xhalal ...

Nasib baik ko bukan vegetarian.

Decaffeinated Author 23#

Master | Credits 63606   
Quote: kotakbaju replied at 30-9-2025 01:54 PM
Meols perasan ada wet food / dry food yg utk kucin tu kalau tengok kat label tu ada logo tulis Suci. ...

Apa maksud suci. suci dari apa?


ADVERTISEMENT


ninja boy Lv.16 22#

Conqueror | Credits 45632   
Daging kucing x boleh makan lantak dia termakan babi ka makan cicak ka makan tikus ka, abistu kalau ayam itik ikan korang bela itu jiran sebelah campak babi ular cicak

edayildiz Lv.14 21#

Fighter | Credits 24574   
brand apa...kalau rc ada syatu je wetfood dia xhalal...tp i lupa flavour apa...bobby i mkn wetpud rc..helokkk..
kucing i islam....tamo bg dia makan xhalal

kotakbaju Lv.10 20#

Survivor | Credits 6328   
Meols perasan ada wet food / dry food yg utk kucin tu kalau tengok kat label tu ada logo tulis Suci. Biasa utk pengilang tempatan la. Kalau prodiet tu produk thailand kan, takde tulis rasanya. Meols beli makanan kucin murah2 je. Dok belek tengok ramuan tu rasanya takde jumpa lagi pork ke apa.

Tinot7 Lv.22 19#

Moderator | Credits 134380   
Quote: ajinomotonosuga replied at 30-9-2025 07:41 AM
tuuu kucen from hell!!

Kecian tucen yg taktau apa2..

Suchi Lv.18 18#

Master | Credits 66551   
Kena tanya kucen la dia muslim ke idok
Makam babi ke idok

Decaffeinated Author 17#

Master | Credits 63606   
Quote: pooh~key replied at 30-9-2025 09:12 AM
Oyen dah sunat ke belum keldahnya sissy?

Kucing wanita.

nusaraya Lv.9 16#

Adventurer | Credits 4918   
Edited by nusaraya at 1-10-2025 08:47 AM
Quote: zuuu replied at 29-9-2025 12:19 PM
Halal haram ni untuk manusia ada akal ada otak,boleh fikir baik buruk betul salah  dosa pahala...hai ...

Woow..Saya baru tahu ternyata mucing di MalayDesh ada juga yang beragama Islam...


pooh~key Lv.12 15#

Defender | Credits 14883   
Quote: Decaffeinated replied at 29-9-2025 08:23 PM
Apa agama oyen dia?

Oyen dah sunat ke belum keldahnya sissy?

ADVERTISEMENT


Dwdrum Lv.14 14#

Fighter | Credits 23904   
Edited by Dwdrum at 29-9-2025 05:16 PM

Cat medicine and vaccine buat dari porcine... Even capsules shells di buat dari pork gelatin ...

zehra2 Lv.15 13#

Gladiator | Credits 33236   
Edited by zehra2 at 30-9-2025 07:47 AM

kalau utk force feeding. guna recovery Brit. kalo recovery RC mmg ada pork liver.kibble blackwood pun ok..
kibble RC mmg ada ekstrak pork

ajinomotonosuga Lv.19 12#

Emperor | Credits 81960   
Quote: Tinot7 replied at 30-9-2025 05:41 AM
Tucen tak patuh syariah hat rupa gelandangan tu ka?

tuuu kucen from hell!!

mehmet Lv.11 11#

Highlander | Credits 7952   
Janji sihat. Bangga kucing boleh buat ootd.

Tinot7 Lv.22 10#

Moderator | Credits 134380   
Quote: ajinomotonosuga replied at 29-9-2025 09:25 PM
kucen patuh syariah sme cumei tenot!

Tucen tak patuh syariah hat rupa gelandangan tu ka?
12Next