Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





BEIJING – China membuka Jambatan Grand Canyon Huajiang yang tertinggi di dunia semalam, lapor portal berita VnExpress semalam.


Jambatan itu setinggi 625 meter bersamaan dengan ketinggian dua Menara Eiffel di Paris, Perancis.


Menurut portal berita Global Times, Jambatan yang menelan kos berbilion-bilion dolar merentasi Sungai Beipan di wilayah Guizhou itu sepanjang 2,890 meter.


Jambatan itu akan memendekkan masa perjalanan daripada dua jam kepada hanya dua minit, lapor Global Times.


Menurut akhbar Washington Post, jambatan itu bukan sahaja tertinggi, tetapi juga memiliki rentang terbesar iaitu bahagian tanpa struktur tiang yang pernah dibina di kawasan pergunungan.


Kerja pembinaan bermula pada awal 2022.


Kumpulan jurutera terpaksa berdepan dengan tebing curam, angin kencang dan ketinggian yang menggerunkan.


Pada bulan lalu, jambatan itu lulus ujian paling sukar, lapor agensi berita Xinhua.


Sebanyak 96 lori dengan jumlah berat 3,300 tan melintasi jambatan itu dalam ujian beban statik dan dinamik. – AGENSI


Sumber:- KOSMO! ONLINE
1593 Views
26 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


airfilterkotor Lv.15 2#

Gladiator | Credits 33216   
Boring la asyik banding dengan Eiffel Tower. 2 kali ketinggian, 3 kali ketinggian. So yesteryear.
Dengan tinggi  jambatan 625m tu, banding jer la dengan Menara 118.
Dah tentu-tentu awam buleh membayangkan dengan mudah.

prince_marhaen Lv.11 3#

Highlander | Credits 7598   
Seramnya... teringat Final Destination

adeqbun Lv.12 4#

Defender | Credits 10657   
uiiii.....ngilu tapak kaki wey tgk ke bawah....
Follow Us

Dejakerr Lv.3 5#

Senior | Credits 161   
Ni kalo org brtujuan nk trjun bundir ni, jenuh gk nk agak mana jatuhnya jasad tuh.. tinggi bebenor..

Tinot7 Lv.22 6#

Moderator | Credits 128385   
So ada lawatan ka takde?

nisako Lv.13 7#

Challenger | Credits 15249   
mak ai mesti gayat

ADVERTISEMENT


royaldanish Lv.12 8#

Defender | Credits 12514   
tinggi mungkin laluan ni traffic x banyak sangat kot

airfilterkotor Lv.15 9#

Gladiator | Credits 33216   
Edited by airfilterkotor at 30-9-2025 08:13 AM


*sky high cafe+observation area







*water curtain test 23 Sept 2025

hart_attack Lv.13 10#

Challenger | Credits 19173   
Mesti ada dokumentari psl pbinaan jambatan nikan. Rasa mcm nk tgk,3 tahun kot bina. Dr sbelah sana nk ke sebelah sinun pun 2 minit jah. Impresive

airfilterkotor Lv.15 11#

Gladiator | Credits 33216   
54m rendah dari jari telunjuk ni.


supernaturalee Lv.17 12#

Superior | Credits 55282   
tgk berita tv3 kelmarin (yes, iol tgk berita tv3 lps psg antenna indoor yg superb)

video tu tunjuk ada air dorg pasang kt bwh jambatan tu

air tu turun nmpk mcm air terjun

that's...really impressed me much

supernaturalee Lv.17 13#

Superior | Credits 55282   
Quote: prince_marhaen replied at 29-9-2025 10:22 AM
Seramnya... teringat Final Destination

the 1st one rite?

yaaa yaaaa


supernaturalee Lv.17 14#

Superior | Credits 55282   
Quote: nisako replied at 30-9-2025 07:40 AM
mak ai mesti gayat

kesian mak you



prince_marhaen Lv.11 15#

Highlander | Credits 7598   
Quote: supernaturalee replied at 30-9-2025 08:10 AM
the 1st one rite?

yaaa yaaaa

Yang no.5 , bridge scene sebelum diorang gi company retreat tu..



ADVERTISEMENT


airfilterkotor Lv.15 16#

Gladiator | Credits 33216   
  

A-Are Lv.9 17#

Adventurer | Credits 3470   
sedangkan jambatan rawang bypass tu pon iols ketarr kalau tengok bawah..inikan pulak yg ni..mmg parking tepi, balik naik grab la

cicicumel Lv.12 18#

Defender | Credits 13292   
Quote: airfilterkotor replied at 30-9-2025 08:23 AM

Water curtains test ni utk apa? Mmg method utk tgk QC jambatan dlm engineering ke?

ketambangkang Lv.8 19#

Honour | Credits 2473   
jgn ada yg kencing berak dr atas tu, almaklum la warga sana

airfilterkotor Lv.15 20#

Gladiator | Credits 33216   
Quote: cicicumel replied at 30-9-2025 08:49 AM
Water curtains test ni utk apa? Mmg method utk tgk QC jambatan dlm engineering ke?

Night+light show. Sebahagian dari event tarikan pelancongan dorang.
12Next