Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Decaffeinated Lv.18

Fav
Master | Credits 63082   
Jambatan Monorel Terbengkalai Di Putrajaya Bakal Hidup Semula Sebagai Laluan Basikal
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan menaik taraf jambatan sepanjang 200 meter itu.

By Nany Rahman | 29 Sep 2025, 10:36 AM



Jambatan monorel Putrajaya yang terbengkalai lebih 20 tahun bakal diberi nafas baharu apabila akan dijadikan laluan pejalan kaki dan denai berbasikal bermula Januari depan

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, berkata sejak beliau memegang jawatan, pelbagai cadangan mengenai inisiatif itu telah diterima, lapor Bernama.

Menurutnya, selepas dua dekad, isu ini akhirnya dapat diselesaikan dan beliau berharap jambatan berkenaan akan menjadi tarikan baharu untuk pelancong menikmati panorama indah Tasik Putrajaya.

Ucapan beliau sempena Karnival Putrajaya 2025 baru-baru ini telah disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud.



Memperuntukkan RM15 juta bagi menaik taraf jambatan tersebut

Fadlun memaklumkan kepada media bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan menaik taraf jambatan berkenaan, yang bakal diubah suai menjadi laluan rekreasi khusus untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Katanya, projek tersebut kini berjalan lancar dan telah mencapai tahap separuh siap.

"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember. Hanya sambungan jambatan, pembinaan tanjakan serta sentuhan akhir yang masih dalam proses," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jambatan sepanjang 200 meter itu hanya akan dibuka kepada basikal memandangkan kapasiti asalnya direka untuk menampung sistem monorel.


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud.

Sementara itu, menyentuh mengenai Pavilion Maghribi di Taman Botani, Presint 1, Dr Zaliha berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama PPj untuk merangka idea baharu dalam meningkatkan fungsi pavilion tersebut tanpa mengubah struktur asalnya.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan konsep Baukultur (budaya binaan), yang diilhamkan daripada lawatan rasmi saya ke Itali baru-baru ini.

"Kami sedang melaksanakan usaha ini bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Putrajaya, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi setempat," katanya.

1290 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch