Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

YgBenar Lv.19

Fav
Emperor | Credits 82795   
Edited by YgBenar at 29-9-2025 02:13 PM

Pada saban tahun, negara kita sering kali ditimpa masalah jerebu yang serius susulan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh negara jiran.



Nampaknya, perkara ini dibangkitkan oleh seorang lelaki luar negara yang pernah menetap di sini yang mana tidak berpuas hati dengan fenomena tersebut.

Di dalam video yang dimuat naik di TikTok @@mikehelfmans_curiosity, dia mendedahkan satu perkara yang paling tidak digemari tentang Malaysia adalah jerebu namun mengakui ia berpunca dari negara jiran

“Benda teruk yang paling saya benci tentang Malaysia adalah jerebu. Masalahnya ini bukan datang dari Malaysia sendiri tetapi mereka dari Indonesia

Tolong selesaikan masalah kamu, dapatkan teknologi yang bagus, anda boleh belajar bagaimana nak membajak tanah dan bukannya bakar semua benda dan hasilkan bekas abu gergasi yang terpaksa kita hidup bersamanya,” tegasnya.

Dia menyarankan untuk rakyat di sana menggunakan traktor untuk membajak tanah di mana merupakan proses penting yang mengaktifkan dan meningkatkan ketersediaan baja dan nutrien sedia ada dalam tanah.


Jadi, tidak perlulah membakar hutan lagi untuk membersihkan kawasan serta mengharapkan ia menjadi baja dengan alasan murah namun membahayakan kesihatan sejagat.

Oleh sebab itu, dia menjelaskan sebab mengapa dia sering memakai pelitup muka walaupun sebelum berlakunya pandemik COVID-19 lagi.

“Kenapa saya pakai pelitup muka? Sebab asap yang datang dari Sumatra masuk ke Malaysia. Banyak tahun ada kalanya sampai tahap tidak bolel melihat bangunan di seberang jalan.  Ini satu perkara yang membuatkan saya mahu keluar dari sini dan tunggu sehingga reda,” keluhnya lagi.
Dia percaya masalah ini boleh dihindari jika kerajaan di sana mengambil tindakan proaktif bagi memastikan pencemaran persekitaran tidak berlaku lagi apatah lagi sampai menjejaskan negara lain.


Ada 'Rempah Lima Beradik' Dalam Trailer Wolverine PS5, Adakah Marvel Akan Tampilkan Malaysia?



Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
1682 Views
4 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


n3ar Lv.8 2#

Honour | Credits 2604   
nanti geng2 mat indog cakap yg membakar tu syarikat2 malaysia kt sana

kot mana pun salah orang lain juga

GummyBear123 Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1625   
Ada ke orang sana nak hantar Grabfood kat orang Malaysia yg sakit demam sebab jerebu?

bulalof Lv.12 4#

Defender | Credits 12368   
buat baik berpada pada.
Follow Us

royaldanish Lv.12 5#

Defender | Credits 12532   
Quote: GummyBear123 replied at 29-9-2025 06:38 AM
Ada ke orang sana nak hantar Grabfood kat orang Malaysia yg sakit demam sebab jerebu?

lambat lagi chuols
suruh nyanyi tepi jalan baru mereka no1

All contents are displayed