Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 883104   


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi membuka kenderaan mangsa yang terkunci.

KOTA MARUDU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di Pekan Goshen di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Debli Mamoi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 5.01 petang  memohon bantuan untuk membuka pintu sebuah kereta jenis sedan yang berkunci.

“Pasukan dari BBP Kota Marudu dengan kekuatan 10 anggota bersama satu jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti segera ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5.06 petang dan segera menjalankan operasi membuka pintu kenderaan berkenaan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berusia 56 tahun berada di dalam kenderaan terbabit.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan keadaan di kawasan kejadian selamat dan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 5.40 petang,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
48 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch