Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 883045   


KESAN BENCANA: Lewis (kanan) memeriksa salah satu runtuhan tanah di Inanam.

KOTA KINABALU: Penduduk Inanam masih trauma dengan kejadian banjir dan tanah runtuh melanda daerah itu yang meragut nyawa tujuh sekeluarga di Kampung Cenderakasih lebih seminggu yang lalu.

Bencana alam terburuk melanda kebanyakan daerah di Pantai Barat ini menjejaskan lebih 100 keluarga di Inanam.

Daripada jumlah itu, 17 keluarga terjejas akibat tanah runtuh. Selain Cenderakasih belakang bukit apartment Country Height juga menyaksikan runtuhan tanah yang besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat Country Height minggu lalu berikrar membantu mangsa yang terjejas dan menggesa runtuhan di sana dibersihkan dengan segera.

Ketua Penggerak Parti Warisan Inanam, Lewis Wong, berkata mereka berdukacita dengan apa yang melanda mangsa di Inanam dan mereka sama-sama membantu dengan memberikan apa yang diperlukan dengan segera.

“Selepas kejadian kami menggerakkan pasukan segera ke tempat yang dilanda bencana. Kami menghantar bantuan makanan, air dan peralatan tidur seperti tilam dan bantal ke pusat perlindungan sementara.

“Saya harap mangsa bencana ini tabah dan sabar menghadapi dugaan ini,” katanya.

Selepas memantau keadaan, Lewis datang dengan beberapa cadangan untuk mencegah masalah banjir dan tanah runtuh bagi Inanam dan tindakan serta-merta yang dapat dilakukan jika berlaku lagi bencana itu.

Katanya, pendekatan bersepadu ketika berdepan dengan bencana banjir dan tanah runtuh diperlukan untuk jangka pendek, sederhana dan panjang,

Pelan jangka pendek ialah membersih dan memantau komuniti, jangka sederhana pula membabitkan infrastruktur dan peraturan manakala jangka panjang adalah pemulihan ekologi dan budaya pencegahan.

“Dengan kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti, ketahanan Inanam terhadap bencana musim hujan dapat ditingkatkan” katanya mencadangkan sungai Inanam dan anak sungai utama dibersihkan daripada lumpur, sampah sarap dan tumbuhan liar sebelum musim hujan untuk memastikan kapasiti aliran air.

Katanya, pihak berkuasa tempatan terutama Dewan Bandarahya Kuala Lumpur (DBKK) dan JKR mesti membersihkan longkang dan saluran air di bandar Inanam dan kawasan perumahan utama dengan segera.

“Bagi komuniti pula kita akan atur aktiviti bergotong-royong dengan penduduk di sini sebagai tanggungjawab bersama. Tiba masa penduduk membersihkan parit di sekitar rumah dan kawasan kejiranan.

“Jangan hanya mengharapkan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja membersih. Saya rayu penduduk sendiri membersihkan kawasan masing-masing untuk mengurangkan impak jika berlaku lagi bencana,” katanya.

Tindakan pencegahan mengelak berlaku tragedi dilakukan dengan menanda titik banjir kronik. Pihak kerajaan katanya mesti mamasang penanda aras dan papan amaran di lokasi yang sering banjir.

Ini katanya bagi memudahkan pemantauan mudah dilakukan. Pada masa yang sama menggalakkan orang ramai berkongsi maklumat banjir melalui media sosial dan grup  WhatsApp.

Sementara itu, perancangan dan langkah kejuruteraan jangka sederhana juga boleh dilakukan dengan meningkatkan kapasiti Sungai Inanam.
Ini dilakukan dengan melaras dan meluruskan bahagian sungai yang sempit atau berliku.

Pihak berkuasa juga katanya mesti mengukuhkan tebing sungai yang rapuh dengan bahan mesra alam dan menaik taraf infrastruktur saliran bandar serta stesen pam di kawasan rendah.

Menurut Lewis, sudah tiba masanya Sabah melaksanakan konsep "bandar span" di mana sesuatu bahan boleh ditembusi air dan kawasan tadahan boleh direka dalam pembangunan baharu di sesebuah bandar.

“Paling sukar diselesaikan di Sabah adalah masalah banjir di jalan-jalan raya. Jalan-jalan ini juga perlu dinaik taraf untuk memudahkan sistem saliran bergerak.

“Setiap kampung dan kawasan perumahan perlu tahu lokasi pusat pemindahan dan laluan menyelamat. Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan pengurusan logistik,” katanya.

Untuk mencegah tanah runtuh di Inanam, Lewis berkata pihak berkuasa perlu mengenal pasti, memantau dan memberi amaran segera jika ada potensi berlaku bencana.

Dengan apa yang berlaku di Kg Cenderakasih ini patut membuka mata semua pihak. Kerajaan mesti membuat pemeriksaan di cerun-cerun yang berisiko tinggi runtuh.

Secara spesifiknya Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sabah perlu memeriksa kawasan berisiko seperti kawasan perumahan di cerun dan sepanjang jalan utama.

“Jika didapati berisiko, penduduk di sana perlu diberi amaran untuk pindah. Ini saya rasa sudah dilakukan tetapi masih ada penduduk yang enggan mendengar dan dalam beberapa kejadian, hanya pindah selepas bencana berlaku.

“Bagi komuniti, kita akan melatih sukarelawan untuk mengenali tanda amaran tanah runtuh. Kita tubuhkan titik pemantauan mudah, contohnya, pita pengesan retakan. Ini membantu mereka menyelamatkan diri dan mengelak daripada tertimbus tanah.

“Saya cadangkan kita aktifkan lagi rawatan kejuruteraan dan pemulihan ekologi, kukuhkan keselamatan di cerun berbahaya, bina tembok penahan, parit saliran dan langkah kejuruteraan lain di cerun yang mengancam nyawa dan harta benda.

“Bagi pemulihan ekologi, kita hentikan penerokaan dan pembalakan haram di cerun curam. Kita mula menanam semula pokok berakar tunjang untuk menstabilkan cerun,” kata Lewis menambah menguatkuasakan perancangan guna tanah juga adalah perlu.

Dalam hal ini katanya, DBKK juga mesti mengawal selia pembangunan di kawasan cerun dengan ketat.

Bagi tindakan ketika kejadian, merancang pemindahan berperingkat untuk penduduk yang menduduki kawasan berisiko tinggi mesti diterapkan dengan prinsip ‘Hujan Lebat, Pindah Awal".

Di Inanam katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Inanam mesti ditubuhkan dengan pembabitan pemimpin komuniti, agensi kerajaan dan NGO. Latihan kebencanaan tahunan untuk melatih orang ramai tentang prosedur kecemasan perlu diadakan.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
50 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch