Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 883208   


TIBA: Anwar, Hajiji dan tetamu kehormat lain disambut meriah penduduk Kampung Merotai, di sini.

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan Sabah perlu diperkukuh bagi memastikan kebajikan rakyat bawahan sentiasa terbela.

Beliau berkata, perjuangan politik harus berasaskan kepentingan rakyat, bukannya perbalahan kaum atau wilayah.

“Jangan kita bermusuh, Melayu lawan Cina, Dusun lawan Kadazan, Cina lawan India atau Sabah lawan Semenanjung.

“Kita pilih orang baik sama ada dari Sabah atau Semenanjung supaya kerajaan negeri dan Persekutuan dapat berpakat menjaga rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Rapat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Terbuka Dato Sri Najib, Kampung Merotai Besar, malam tadi.

Anwar berkata, antara inisiatif kerajaan termasuk pemberian STR dan i-SARA berjumlah RM15 bilion setahun, kenaikan gaji penjawat awam selepas 12 tahun, serta langkah penjimatan dengan memotong 20 peratus gaji menteri dan timbalan menteri.

Menurutnya, Sabah dan Sarawak turut diberi keutamaan dalam dasar kerajaan, antaranya mengekalkan harga diesel walaupun berlaku pelarasan di Semenanjung.

Beliau berkata, isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga terus diberi perhatian, termasuk bekalan air, projek tebatan banjir dijangka siap 2028 dan agihan pembangunan.

Pada majlis itu, Anwar turut memperkenalkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi, yang kini diberi amanah untuk kembali berkhidmat di Sabah.

Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka selewat-lewatnya November ini, beliau menegaskan pemilihan calon mestilah berdasarkan kemampuan memperjuangkan aspirasi rakyat.

“Kalau wakil itu dari Merotai, dia mesti ada semangat cinta kepada orang Merotai, namun tetap mewakili semangat rakyat Sabah dan Malaysia seluruhnya,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
64 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch