Insiden Myvi & Lori di Kamahang, Kelantan: Zip Pemuda Terbuka, Gadis Tak Berseluar, Minta Kain Tutup
30 September 2025
Sebentar tadi, rakaman menyaksikan insiden jalan raya membabitkan sebuah kereta jenis Myvi kelabu bersama sebuah lori ayam telah tular di media sosial. Berdasarkan klip yang beredar, pemandu lori tersebut dilihat memandu dengan berhemah sebelum kereta terbabit tiba-tiba memasuki laluannya dari arah bertentangan.
Kenderaan terbabit dipercayai kereta sewa yang digunakan oleh pelajar politeknik
Pertembungan yang kuat menyebabkan dua-dua kenderaan itu mengalami kerosakan hadapan yang agak teruk. Lalu lintas di kawasan kejadian agak sesak bila mana pihak bomba cuba mengendalikan keadaan sehabis baik. Berdasarkan maklumat yang beredar, katanya 2 individu yang berada di kereta berkenaan merupakan pelajar politeknik dan kenderaan itu merupakan kereta sewa.
Bila orang buka kereta, perempuan tak pakai seluar, lelaki dah terbuka zip
Saat pertama kali cuba diselamatkan, mereka berdua masih selamat namun didapati sedang berada dalam keadaan yang agak mencurigakan. Zip seluar pemandu lelaki didakwa sudah terbuka, manakala gadis di kerusi penumpang dikatakan sudah tidak berseluar. Mereka kemudiannya meminta kain untuk menutupi apa yang sepatutnya
Peluang kedua untuk berubah, panjang umur
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil meninggalkan komen masing-masing. Di satu sudut lain, mereka berpendapat hal ini wajar dijadikan pengajaran dan berharap kedua-dua dapat berubah ke arah kebaikan.