CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3558|Reply: 24

[Tempatan] Pemilik kondo kiciwa kos penyelenggaraan bulanan yang meningkat saban tahun, selain caj tambahan apabila fasiliti besar seperti lif,hidup di kondo tak seindah yang digambarkan

[Copy link]
Post time 1-10-2025 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-10-2025 08:07 PM

ramai pemilik mula mengaku hidup di kondo tak seindah poster iklan yang dijanjikan pemaju.



Antara keluhan utama ialah kos penyelenggaraan bulanan yang meningkat saban tahun, selain caj tambahan apabila fasiliti besar seperti lif, pam air atau bumbung perlu dibaiki. Apa yang pada mulanya kelihatan mudah dan praktikal, akhirnya bertukar menjadi beban kewangan berpanjangan.

Kos tersembunyi dan konflik komuniti
Selain caj bulanan, wujud pula sinking fund yang kadang kala tidak dijelaskan dengan telus oleh pihak pengurusan. Bagi kondo lama, fasiliti semakin lusuh tetapi caj tidak pula berkurang. Ada pemilik yang kecewa apabila kolam renang ditutup lama, gim rosak atau tempat letak kereta tidak mencukupi walaupun bayaran masih berjalan.

Konflik komuniti turut menjadi punca tekanan. Segala keputusan perlu melalui mesyuarat bersama dan tidak semua suara diterima. Ada pemilik mengeluh apabila cadangan membaiki fasiliti ditolak kerana majoriti enggan menanggung kos tambahan.

Lebih merugikan, nilai jualan semula unit kondo tidak selalu naik seperti dijangka. Jika bangunan sudah berusia lebih 10–15 tahun, harga boleh merosot, malah sukar dijual kerana pembeli baharu bimbang dengan caj penyelenggaraan tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2025 08:33 PM | Show all posts
begitulah realitasnya hidup di kediaman high rise
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 08:34 PM | Show all posts
begitulah realitasnya hidup di kediaman high rise
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg teringin sgt nk dok kondo yg floor paling atas. Tapi bila pikior kan byk la caj yg kena tanggung & akan naik saban tahun, hmmm tk pe lah. Biorle teman dok je rumah bawah ni wpun panas hangit setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau itu  pun nak merungut lg elok korang jadi gelandangan je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib beli rumah burung kat tempat yg okay2
Ada la penduduk lain perangai entah pape tapi mgmt strict
Takmau duduk non-strata
My parents malas nak maintain rumah
Tak lama lagi jadi zombie house la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ura tu dah kena bayar eh.. kazen iols kena patratus
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2025 11:41 PM | Show all posts
bukan high-rise je, even landed pun kena bayar maintenance / security fee.. kalau tak nak kena cari kawasan perumahan landed lama atau rumah kampung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 07:52 AM | Show all posts
tu belom lagi kalo ada problem lif...pastu ada time2 yg die akan hentikan lif sbb nak bagi cleaner carry sampah.. seb bek i dok umah landed.. even landed ada pros and cons tp pros die banyak lg dri dudok umah tinggi2 ni

kalo mana2 yg ada warga emas or org sakit on the wheelchair, etc ish memang dudok kat umah landed adalah satu nikmat yg x dpt didustakan lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:07 AM | Show all posts
Biasanya condo ada 3 4 5 lift. Sebab itu jika nak beli unit confo beli di kawasan high class seperti mont kiara, desa park city. Jika beli condo hanya untuk bumiputra habislah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
M vertica mcmana la ek kan .
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:25 AM | Show all posts
duduk condo for safety reason....org tak bole easily and directly access to our unit kalu compare dgn landed house...dia kena lalu security guard, kena naik lif seblum smp our unit.

Tapi skrg dah byk landed properties yg ada security, of coz ada fees. Biasalah kan, nak extra service, kena lah bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 10:38 AM | Show all posts
dia tengok yang run management tu macam mana..
kalau tak strict plus penakut, memang gini la jadinya..
kalau yang strict, kau tak bayar fee segala, terus block segala access..
kau bising-bising dia lempor je akta suruh baca..
dorang tak angkut kau naik court dah kira bagus la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:07 AM | Show all posts
Ada je apartment asal ada kolam renang dan boleh diguna tapi setelah bertahun lamanya sudah tiada diselenggara kolam renang dan tiada seorang pun penduduk dpt guna kolam renang tapi duit penyelenggaraan ada dikutip siap ada kenaikan lagi selepas beberapa tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
taknak la dok kondo. macam² kne bayar never ending pastu macam² kena share dengan berbagai ragam manusia yang ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 1-10-2025 11:41 PM
bukan high-rise je, even landed pun kena bayar maintenance / security fee.. kalau tak nak kena cari  ...

Betul. Kat taman aku dah start issue ni.. bagi aku RA taman aku ni bagus la, banyak buat improvement. Dorang buat semua in house, sampai setting access card system kat main gate, pasang lampu solar kat kawasan gelap, pasang cctv kat taman pon dorang buat. Dapat la cut cost. Pastu dorang pandai cari sponsor untuk event. Kalau ada emergency kat rumah pon pantas hantar wakil untuk tengok keadaan. Tapi start hujung last year ada puak baru pulak yg tuduh RA ni selek (pilih sesama dorang untuk jawatan). Bagi aku xde issue pon sebab undian dibuat masa grand meeting, pakai ballot lagi. Aku pon mesti la undi orang yg nampak aktif & boleh buat kerja. Puak musibat ni masing pakai kereta import & kerja professional tapi x nak bayar security fee. Boleh pulak bagi alasan xnak bayar selagi RA dikuasai orang yang sama. Bengong betul ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dekat TUTA pun liat nk byr bulan² ini kan lg yg dok kondo
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 03:22 PM | Show all posts
boleh start kemas kain baju pindah duk kampung
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 05:53 PM | Show all posts
Adat la duduk kondo atau landed house pun ada je duit nk kena keluar buat maintenance..yg duduk landed kena repair bumbung, cat semula dinding luar, bersihkan longkang, potong rumput etc..yg kondo kena byr maintenance...nak duduk rumah bersih dan well kept kena la labur sikit duit..unless uols x kisah duduk rumah berlumut dan berkarat sana sini...of course keadaan luar rumah mencerminkan dalamannya tak gitu


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 06:00 PM | Show all posts
Kalau management slow x repair lepas byk aduan dan warning, dah boleh call private investigator tolong siasat sebab ada kes pihak mgmt sakau duit maintenance..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060457 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list