Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa orang awam tidak bersenjata serta bekalan kemanusiaan penting untuk Gaza.


Beliau berkata, tindakan zalim rejim itu jelas menunjukkan sikap tidak hormat Israel bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap hati nurani dunia.


“Flotilla ini melambangkan solidariti, kasih sayang dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terkepung. Namun ia telah berdepan dengan intimidasi dan paksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Anwar, Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya dalam hal yang melibatkan rakyat Malaysia.


“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkan ia diperkotak-katikkan tanpa pembelaan,” katanya.


Tambahnya, selagi rakyat Palestin dinafikan hak asasi dan cita-cita mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka.


“Kita tidak akan berhenti menuntut keadilan dan menentang kezaliman serta perampasan hak yang menimpa Palestin sejak sekian lama,” katanya.


Sebelum ini, Kosmo! melaporkan lapan peserta GSF dari Malaysia yang berada di kapal Alma, Sirius dan Huga telah ditahan oleh tentera Israel.


Empat peserta yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.


Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama.


Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah ditahan zionis Israel.  


Sumber:– KOSMO! ONLINE
3569 Views
28 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


nusaraya Lv.9 2#

Adventurer | Credits 4481   
Woow.... PMX mahu tunjukkan KEHEBATAN MalayDesh  .kepada DUNIA.... Tetapi faktanya Omon-Omon doamg ... still  NO ACTION .. TALK ONLY....

Akalditipumata Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1153   
Hopefully he buat kje senyap2.. mcm dia bwk balik ank bini nadir dlu kn.. tahu2 dh smpai Malaysia.. nadir pn xthu.. mesti byk tekanan pmx dpt..

pinggan Lv.7 4#

Revolutioner | Credits 1984   
Sebelum kita boleh berlari, kita usaha untuk berjalan dulu. Mmg akan jatuh banyak kali. Tiada usaha yang sia2. Semuanya Allah kira. Tahniah atas keberanian anda.
Follow Us

Samerosie Lv.14 5#

Fighter | Credits 20234   
Quote: nusaraya replied at 2-10-2025 09:07 PM
Woow.... PMX mahu tunjukkan KEHEBATAN MalayDesh  .kepada DUNIA.... Tetapi faktanya Omon-Omon doamg . ...

Tak kisah la dia omon omon ke omin omin ka tak de kena mengena dgn hang yindon misekin pun.  Better la dr president jawo hang bila kena rempuh haritu baru nak keluarkan kepala kura2 turunkan elaun gaji buta menteri.

Dovahkiin Lv.8 6#

Honour | Credits 2660   
Diorang akan kena bicara & deport ke negara2 berhampiran. Kerajaan pegi amik je.

Nak amik tindakan apa? Telefon netanyahu bgtau mak kau hijau? Negara besar pun diorang x takut.

Samerosie Lv.14 7#

Fighter | Credits 20234   
Quote: Dovahkiin replied at 3-10-2025 07:39 AM
Diorang akan kena bicara & deport ke negara2 berhampiran. Kerajaan pegi amik je.

Nak amik tindakan ...

Sebenarnya isrel nak bicara pun x boleh sbb deoa yg breach international waters tahan kapal asing.  Boat semua bukan kat territory derang.  Sepatutnya derang yg patut didakwa illegally tangkap org kat intl waters.  Tp tulah negara mana yg berani nak buka mulut.  Dr dulu iols dah ckp, selagi bekap derang US and US pegang kuasa veto mmg yg lain just ngangga and tengok je la. Tu iols dicop porumers mcm2. Benda ni iols ikut dr umur 20an sekarang dah setengah abad, camtu je la, dr fatah ke plo ke hamas, sama jer.

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.14 8#

Fighter | Credits 20234   
Quote: gigahertz replied at 2-10-2025 11:43 PM
kalau kena tangkap dan di hantar balik kira gi sana makan angin kan ?

Better la depa yg kena tangkap dan 'makan angin' dr chuols yg kat mesia main phone kat rumah ckp gini gitu overthink pasal janda anak 4 semua nak isi ron95.

zehra2 Lv.15 9#

Gladiator | Credits 33169   
kita rasa yg 1st wave ni.. israel pun tk tau nak buat apa.. antor balik melalui negara lain. turki la kot.
tp yg 2nd dengan 3rd wave nanti mmg  doktor perubatan dan wartawan. ramai doc melayu perempuan. itu  yg ditunggu kot.. bantuan profesional

Purplehaz Lv.9 10#

Adventurer | Credits 3448   
Aku pelik Dunia ni ttg solidariti itu ini..patut Pmx Dan negara2 Islam yg lain berkumpul meeting hantar kapal perang , sub marine , antar askar2 ke sana ..solidariti plus superb action.  
Ni antar flotila , sekali 'hembus' jer dh 'patah' balik.

TOPwind Lv.9 11#

Adventurer | Credits 3931   
Edited by TOPwind at 3-10-2025 11:28 PM

Ke kes cina kat Tanah Melayu pun takut nak halang

ni kononya nak halang Israel/Amerika?????

pooh~key Lv.12 12#

Defender | Credits 14800   
Quote: pinggan replied at 3-10-2025 07:17 AM
Sebelum kita boleh berlari, kita usaha untuk berjalan dulu. Mmg akan jatuh banyak kali. Tiada usaha  ...

Allah rahmati israel sampai sudah allah jaga israel sissy.

pooh~key Lv.12 13#

Defender | Credits 14800   
Quote: Purplehaz replied at 3-10-2025 02:26 PM
Aku pelik Dunia ni ttg solidariti itu ini..patut Pmx Dan negara2 Islam yg lain berkumpul meeting han ...

Lepas tu sekutu2 israel retaliate sissy. Rumah akak rumah ko rumah family ko musnah kena attack sissy. Puas hati kita semua sissy.

bpbbppbp Lv.5 14#

Minder | Credits 721   
Edited by bpbbppbp at 3-10-2025 10:22 PM

Hope dipermudahkan bntuan dari segi apa pun

nusaraya Lv.9 15#

Adventurer | Credits 4481   
Quote: Samerosie replied at 3-10-2025 07:31 AM
Tak kisah la dia omon omon ke omin omin ka tak de kena mengena dgn hang yindon misekin pun.  Bette ...





ADVERTISEMENT


cm_vungtau Lv.12 16#

Defender | Credits 11909   
Edited by cm_vungtau at 4-10-2025 10:17 AM

Hantar la askar. Baru la komando turun pakai tali hantar bantuan, senapang kat bahu. Dari dulu sampai sekarang pun style melayu berlawan main amok aje, takde strategi

Tengok Singapore Air Force punya strategi siap meeting dengan Jordan pastu lukis2 plan meeting sana sini, senyap aje takyah kompang tau2 barang dah selamat sampai, askar pun pulang dengan selamat

Friska Lv.13 17#

Challenger | Credits 15749   
Edited by Friska at 4-10-2025 11:14 AM

Ini baru benar, bukan sekedar berkoar-koar!

Indonesia continues to drop aid into Gaza, in cooperation with Jordan

Jordan, UAE, Germany, Indonesia airdrop 41 tons of aid into Gaza


Decaffeinated Lv.18 18#

Master | Credits 63200   
Quote: pinggan replied at 3-10-2025 07:17 AM
Sebelum kita boleh berlari, kita usaha untuk berjalan dulu. Mmg akan jatuh banyak kali. Tiada usaha  ...

Nak berjalan macam mana kalau kaki pun tak ada.



Decaffeinated Lv.18 19#

Master | Credits 63200   
Quote: Purplehaz replied at 3-10-2025 02:26 PM
Aku pelik Dunia ni ttg solidariti itu ini..patut Pmx Dan negara2 Islam yg lain berkumpul meeting han ...

Solidariti yang ditunjukkan barat itu atas dasar kemanusiaan. Sangat berbeza dengan unconditional support oleh sebahagian (yang kita tidak tau secara tepat sebesar mana) rakyat Malaysia. Jangan cepat sangat seronok merasa masyarakat barat sudah pro Palestine mahu hancurkan Israel. Far from it.

ninja boy Lv.16 20#

Conqueror | Credits 45496   
So lepas ni sesrail tunggu org luar sampai masuk darat baru boleh tahan dan ...... Kalau tahan kawasan international x boleh buat apa
12Next

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link