CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4643|Reply: 40

[Tempatan] Warga Sri Lanka tak faham BM, rupa lebih tua dari umur di surat beranak upah rakyat Malaysia menyamar ibu kandung untuk mohon pasport

[Copy link]
Post time 2-10-2025 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Warga Sri Lanka upah rakyat Malaysia menyamar ibu kandung untuk mohon pasport
Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]


WANITA tempatan dan remaja lelaki warga Sri Lanka ditahan JIM Kuala Lumpur cuba menipu mendapatkan pasport Malaysia. FOTO Ihsan JIM.

Kuala Lumpur: Cubaan remaja lelaki warga Sri Lanka menyamar sebagai rakyat Malaysia dan memohon pasport Malaysia dengan mengupah wanita tempat menyamar sebagai ibu kandung gagal selepas ditahan pegawai imigresen hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.15 pagi apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bersama 'ibunya' berurusan di kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu.

Menurutnya, pegawai imigresen meneliti surat beranak kanak-kanak berusia 10 tahun terbabit dan salinan kad pengenalan ibu, namun secara fizikalnya kanak-kanak ini lebih berusia dari usia asalnya.

"Pegawai cuba berkomunikasi Bahasa Melayu asas kepada suspek pertama dengan bertanyakan beberapa soalan asas dan umum, namun dia tidak dapat memberi maklum balas.

"Malah, dia juga tidak faham apabila diarahkan membuat pengesahan biometrik cap jari kanan dan kiri.

"Suspek kedua yang menyamar sebagai ibu kepada pemohon warga Sri Lanka ini disoal siasat oleh penyelia dan pegawai kanan bertugas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil keterangan mendapati, suspek diarahkan oleh satu sindiket yang membantu warga Sri Lanka memperoleh Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan modus operandi mengemukakan sijil kelahiran anak kandung suspek manakala warga Sri Lanka terbabit menyamar sebagai anak kandungnya.

"Bertindak atas arahan Ketua Imigresen UTC Pudu Sentral, mereka ditahan mengikut Akta Pasport 1966 (Akta 150) bagi penyiasatan lanjut dan merampas beberapa dokumen serta telefon bimbit yang digunakan sebagai medium perantara sindiket dan suspek.

"Tindakan menyamar sebagai warganegara Malaysia untuk memperoleh pasport adalah satu penipuan sistematik yang menjejaskan keselamatan negara.

"Warganegara yang dokumen mereka disalahgunakan berdepan risiko penyalahgunaan identiti, masalah undang-undang dan rekod jenayah palsu," katanya.

Katanya, pihak JIM Kuala Lumpur akan mengembangkan siasatan bagi mengesan ahli rangkaian sindiket terbabit yang cuba memperoleh dokumen pasport antarabangsa secara tidak sah.

"JIM ingin memberi jaminan prosedur pengeluaran pasport adalah ketat dan teliti termasuk penggunaan teknologi bagi memastikan dokumen tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba menyalahi undang-undang tanpa kompromi," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 1, 2025 @ 4:42pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarik kewarganegaraan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2025 06:21 PM | Show all posts
Sri Lanka ni ada 3 major 'ethnic' group - Sinhalese, Tamil, Muslim.
Just saying.


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 06:26 PM | Show all posts
Aku dah cakap banyak kali dah, halau semua asing worangs tu. Tada guna.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 06:27 PM | Show all posts
Jika melayu sri lanka menyamar seperti ini adakah mereka akan dapat passport Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-10-2025 06:27 PM
Jika melayu sri lanka menyamar seperti ini adakah mereka akan dapat passport Malaysia?

Boleh cuba......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2025 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara sebahagian porumer cari dapat warganegara
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena ikut style jepun awal2 lg dh protes immigrant India masuk sbb diorg dh study kes kt msia, silap2 gunung Fuji diorg claim 300 thn diorg yg punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tiap tahun derang cuba ie? Tahun lepas pun sama, hantar mamat dah berbulu kata umur 10 tahun gak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 2-10-2025 06:27 PM
Jika melayu sri lanka menyamar seperti ini adakah mereka akan dapat passport Malaysia?

Pi sri lanka, takde rupa melayu seingat iols
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa.. Mmg tiap tahun pun buat rupanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak pergi mana pulak dengan passport tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 2-10-2025 09:56 PM
Tinot7 replied at 2-10-2025 08:45 PM
Pi sri lanka, takde rupa melayu seingat iols


Melayu sri lanka mmg asal melayu , tapi tak pandai cakap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 10:21 PM | Show all posts
Tapi yg herannya

Si C
cakap melayu wa puk cetau lancau

boleh lepas -
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 2-10-2025 09:27 PM
Dia nak pergi mana pulak dengan passport tu?

us,uk kot...pastu vera,kincin...merata...nk bg Msia dpt nma buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 2-10-2025 08:41 PM
Nak kena ikut style jepun awal2 lg dh protes immigrant India masuk sbb diorg dh study kes kt msia, s ...

kat Aus bkn kena halau ke???Hanya  Msia vole....aman2 jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2025 01:41 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 2-10-2025 04:45 AM
Pi sri lanka, takde rupa melayu seingat iols

Baca komen tetiba terus ada kaki klim, dimana mana mesti ada kaki klim



Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 2-10-2025 09:53 PM
Melayu sri lanka mmg asal melayu , tapi tak pandai cakap melayu

Tatau la.. yg iols tau ada muslim kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-10-2025 01:41 AM
Baca komen tetiba terus ada kaki klim, dimana mana mesti ada kaki klim

Tak paham ankel fother habaq amender pasai kaki klim..

Iols pi sri lanka tahun lepaih, masa pi tour, takde pulak tour guide habaq pasai melayu sri lanka.. sbb tu iols pelik.. tapi makanan halal mmg ada.. deme habaq la makanan halal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 3-10-2025 07:02 AM
Tatau la.. yg iols tau ada muslim kat sana..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.238817 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list