Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69765   






SEPANG – Tiga kapal dinaiki sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia dilaporkan masih berada pada status ‘hilang hubungan’ ketika ini, sekali gus tidak menunjukkan sebarang petunjuk terkini mengenai keadaan mereka.


Itu antara perkembangan terbaharu diterima Kosmo! berdasarkan paparan terkini yang dipaparkan pada sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara.


Ketika ini, tiga kapal yang masih terputus hubungan melibatkan kapal Estrella dinaiki Pencetus Ummah Rahmat, Norhelmi, Mohd. Asmawi dan Norazman.


Turut kekal berada pada status sama ialah kapal Mikeno dinaiki Ardell dan Inana disertai Razali Awang.


Dalam perkembangan sama, enam kapal GSF dinaiki sukarelawan Malaysia kekal berada pada satus ‘dipintas’ selepas ditahan Israel bermula awal pagi tadi.


Kapal itu melibatkan Alma, Sirius, Huga, Grande Blue, Hio dan Free Willy.


Antara sukarelawan yang berada di dalam kapal berkenaan termasuklah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Farah Lee, Zizi Kirana, Haroqs, Dr. Taufiq, Muaz Zainal dan Haikal Abdullah.


Sumber:– KOSMO! ONLINE
1550 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 16262   
Dah boleh buat solat jenazah ghaib la kan.

ninja boy Lv.16 3#

Conqueror | Credits 45496   
Edited by ninja boy at 4-10-2025 02:19 PM

Jgn le sebegitu, nnt tiba2 muncul balik rumah tengok laki/bini dah kawen lain spt film2

Decaffeinated Lv.18 4#

Master | Credits 63201   
Quote: B40tastePosh replied at 4-10-2025 12:42 PM
Dah boleh buat solat jenazah ghaib la kan.

Kalau adik angkat kau tutup hp pun dah boleh kot. Memang dah nak putus la tu.

All contents are displayed