Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 210920   





KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri, Rumah Yayasan Sabah, malam ini.


Kenderaan yang membawa rombongan Hajiji dilihat keluar daripada Istana Seri Kinabalu sekitar jam 6.30 petang tadi.


Terdahulu, Hajiji dilaporkan ke Istana Seri Kinabalu sekitar jam 5 petang.


Kenderaan rasmi Musa dilihat beredar meninggalkan Istana Seri Kinabalu menuju Rumah Yayasan Sabah, lima minit selepas rombongan Hajiji beredar.


Kira-kira 10 minit selepas itu, media yang berkumpul di hadapan pintu masuk Rumah Yayasan Sabah, diminta meninggalkan kawasan berkenaan


Difahamkan Istana Seri Kinabalu dan Jabatan Ketua Menteri Sabah tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan malam ini.


Pertemuan Hajiji dan Musa itu dipercayai ada kaitan keputusan dicapai dalam pertemuan tertutup Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya, semalam.


Antara yang hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee serta Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.


Hari ini, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan keanggotaan STAR dan SAPP dalam gabungan terbabit tamat selepas kedua-duanya menyatakan keputusan untuk bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Keputusan itu disuarakan presiden kedua-dua parti berkenaan dalam pertemuan yang dipengerusikan Hajiji yang juga Pengerusi GRS, di Sri Gaya di sini, semalam.


GRS dianggotai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah, PBS, STAR, SAPP, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Cinta Sabah (PCS).


Sumber:– Berita Harian
1684 Views
10 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


SalenaGomez Lv.13 2#

Challenger | Credits 15376   
TYT tu stand for apa ya?

BoongaKertas Lv.14 3#

Fighter | Credits 21963   
Quote: SalenaGomez replied at 3-10-2025 12:34 AM
TYT tu stand for apa ya?

tuan yang terutama

SalenaGomez Lv.13 4#

Challenger | Credits 15376   
Quote: BoongaKertas replied at 3-10-2025 08:54 AM
tuan yang terutama

Tq
Follow Us

nusaraya Lv.9 5#

Adventurer | Credits 4483   
Sudahlah segera AKHIRI  case KETIDAK PUASAN atas PENIPUAN MalayDesh kepada rakyat SABAH dan SARAWAK sejak bergabung di tahun 1963 dengan mengambil KEPUTUSAN TEGAS untuk segera KELUAR dari MalayDesh untuk menjadi negara MERDEKA  atau BERGABUNG dengan Indonesia ...

Itulah PILIHAN atau OPTION yang TERBAIK saat kini ... Jangan RAGU-RAGU lagi  karena MASA DEPAN Sabah dan Sarawak ada di TANGAN anda sendiri ... MERDEKA... MERDEKA ..MERDEKA








Straya Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4407   
Quote: nusaraya replied at 3-10-2025 04:27 AM
Sudahlah segera AKHIRI  case KETIDAK PUASAN atas PENIPUAN MalayDesh kepada rakyat SABAH dan SARAWAK  ...

Minum air kerum ke woi. Dari join indon,i rasa orang sabah sarawak lagi rela bunuh diri

nusaraya Lv.9 7#

Adventurer | Credits 4483   
Quote: Straya replied at 3-10-2025 03:04 PM
Minum air kerum ke woi. Dari join indon,i rasa orang sabah sarawak lagi rela bunuh diri

Kau pikirlah sendiri ... Apa kau kira Orang Sabah dan Sarawak masih MAHU terus HIDUP  bersama Bangsa MAHA PENIPU dan WAHAM ...?

ADVERTISEMENT


tupaiterbang Lv.13 8#

Challenger | Credits 19023   

Rakyat kau pun hidup merempat kat negara orang, ada hati nak jadi pembela rakyat Sabah & Sarawak

Straya Lv.9 9#

Adventurer | Credits 4407   
Quote: nusaraya replied at 3-10-2025 07:41 AM
Kau pikirlah sendiri ... Apa kau kira Orang Sabah dan Sarawak masih MAHU terus HIDUP  bersama Bang ...

Kalimantan punya daif,ada hati nak ambik sabah sarawak. Kau bawak balik dulu orang indon yang berjuta kerja sini baru boleh sembang

B40tastePosh Lv.13 10#

Challenger | Credits 16257   
Quote: nusaraya replied at 3-10-2025 03:41 PM
Kau pikirlah sendiri ... Apa kau kira Orang Sabah dan Sarawak masih MAHU terus HIDUP  bersama Bang ...

Negara Unitary macam Indonesia tu tak layak bercakap pasal Malaysia negara Federasi.

Rakyat ko pun miskin kerja di Malaysia, Saudi, dan Taiwan.

Kalau Gaza merdeka, nanti Indon kerja di Gaza juga.

bpbbppbp Lv.5 11#

Minder | Credits 721   
Moga yg baik utk sabah

All contents are displayed

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link