|
View: 3320|Reply: 22
|
Berdosa ke pilih untuk diam, enggan 'post' isu Palestin di media sosial? Ini ulasan agamawan
[Copy link]
|
|
|
SEJAK penghujung tahun 2023, perang antara Israel dengan Hamas menyaksikan angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 65,000 orang, dengan lebih 167,000 dilaporkan cedera.
Meskipun selepas hampir dua tahun, Israel masih berterusan melakukan pencerobohan dan penindasan terhadap rakyat Palestin termasuklah menyukarkan penghantaran bantuan kemanusiaan oleh negara lain.
Keadaan ini mengundang keprihatinan seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia yang semakin sedar akan pentingnya menunjukkan solidariti terhadap saudara seagama dan sesama insan yang tertindas.
Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Syed berkata, wajib untuk umat Islam bersama-sama dengan saudara di Palestin dalam apa jua keadaan sama ada dengan doa, sokongan moral atau tindakan nyata seperti menyebarkan kesedaran mengenai kezaliman tentera Zionis.
" alestin dikenali juga sebagai bumi para nabi serta rasul dan di sana ada Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam.
" ernah dibebaskan dua kali pada zaman Saidina Umar RA dan oleh Sultan Salahudin Al Ayyubi. Ia menjadi tempat ketiga yang suci bagi umat Islam.
"Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat". (Hadis Riwayat Muslim).
Justeru ujar PU Syed, berdosa hukumnya jika seseorang Muslim langsung tidak mengambil peduli atau bersikap tidak kisah tentang isu di Palestin.
"Berdosa... kerana umat Islam seperti satu tubuh yang jika sakit satu daripada bahagian tubuh itu, maka akan sakit tubuh yang lain. Apatah lagi sesama saudara Islam," ujarnya.
Meskipun ada sesetengah pihak mengambil pendekatan untuk tidak menunjukkan sokongan atau solidariti secara terbuka di media sosial, menurut pendakwah ini lagi, dalam konteks zaman kini, ia perlu dizahirkan untuk menyebarkan kebenaran dan kebatilan kepada seluruh dunia.
"Solidirati yang terbaik adalah dengan memboikot produk-produk atau jenama yang terang menyokong Zionis.
"Dalam masa yang sama, terus membantu menyalurkan bantuan dalam bentuk memberi kesedaran kepada umat manusia agar ingat ini bukan satu genosid semata-mata tetapi ianya adalah melibatkan pertembungan agama.
"Kepada masyarakat yang merasakan ini 'bukan urusan mereka', sedarlah hidup ini ada kalanya kita berada di atas dan terkadang berada di bawah.
"Janganlah kita menjadi manusia yang sombong dengan tidak menghiraukan nasib orang lain," akhirinya.
Sumber: – mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah satu kewajipan untuk virtue signalling di media sosial mengenai semua isu? Ada org prefer jadi silent reader sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat hadis yang dia sendiri tepek tu kata adalah lebih baik je sissy, sampai kat dia terus tukar jadi berdosa kalau tak buat sissy. Haramjadah punya PU SHIT pandai2 jadi tuhan buat hukum sendiri sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mmg brand ambassador mmg susah la kot sbb itula rezeki depa kan
But post jelah news2 pasal palestin takkan tu pun x boleh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada kemungkaran kan cegah dgn 3 prkara. Kuasa, lisan, doa. Cuba jelah sekadar yg mampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hadis yang dia petik tu, Rasulullah saw bersabda tentang kelebihan melepaskan kesusahan mukmin lain serta memudahkan urusan orang lain. Kenapa kesimpulan ustad ni kalau tak post kat social media jadi berdosa? Kalau berdosa ertinya perkara ni wajib di sisi agama sedangkan dalil yang dia petik tak menyatakan wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 3-10-2025 02:19 PM
Dalam hadis yang dia petik tu, Rasulullah saw bersabda tentang kelebihan melepaskan kesusahan mukmin ...
Yang bodo pengikut PU SHIT la pergi percaya siap julang jadi pendakwah tersohor sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapannya apa? berdosa atau tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebiji macam perangai satu parti politik tu. Tak ikut cara yang dia suka ugut masuk neraka. Dalil kita boleh cari.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya memang susah nak percaya dengan lebai semejak sekian lama lagi kerana lama dahulu lebai pernah berkata adalah haram meniru sesatu kaum itu seperti menindik hidung seperti indian adalah dilarang didalam Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Org yg sokong tak semestinya post media sosial, mcm lah media sosial tu everything, pu dan lobai baru ni je kenal internet, org dah berzaman, byk lagi cara sokong. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tatau nak kesian ke dak kat retis influenza yg takde skill dan kena berharap endorsement daripada produk yg menyokong tmpt tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 5-10-2025 06:19 PM
Saya memang susah nak percaya dengan lebai semejak sekian lama lagi kerana lama dahulu lebai pernah ...
Narrated Abdullah ibn Umar:
The Prophet (ﷺ) said: He who copies any people is one of them.
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتٍ، حَدَّثَنَا حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ، عَنْ أَبِي مُنِيبٍ الْجُرَشِيِّ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ " .
Grade: Hasan Sahih (Al-Albani) حسن صحيح (الألباني) حكم :
Reference : Sunan Abi Dawud 4031 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
patut yg pi ni
bekas commando , paskal ke apa
bekas navy
tentera selempang merah, yg bole parang terbang masa 13 mei dlu
mana pi semua ni?
time ni la keluarkan ilmu
ni pi anta influenzaser bagai, cmnela nk tembus halangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di waktu itu internet belum ada jadi pengetahuan lebai tentang dunia luar belum ada jadi mereka fikir bertindik hidung adalah satu budaya bangsa India yang berugama hindu. Di Malaysia kan ramai Indian bertindik hidung.
Macamana pula dengan menutup aurat seperti berhijab dan berpurdah kerana agama christian dan judaism juga ada yang berhijab dan berpurdah?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan yang beriya2 tu nampak mencapub je banding yang silent derma n doa macam2
Pastu celaka nak kata orang tak peduli
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Puak zionis dah control tiktok. Larry Ellison tu kawan baik benjamin netanyahu.
Skrg ni semua socmed utama sudah dikawal oleh pro-zionis. Expect posting anti-israel dan pro-palestin akan ghosted bila dah tune algorithm. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yururi at 6-10-2025 01:28 PM
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat". (Hadis Riwayat Muslim).
Justeru ujar PU Syed, berdosa hukumnya jika seseorang Muslim langsung tidak mengambil peduli atau bersikap tidak kisah tentang isu di Palestin.
"Berdosa... kerana umat Islam seperti satu tubuh yang jika sakit satu daripada bahagian tubuh itu, maka akan sakit tubuh yang lain. Apatah lagi sesama saudara Islam," ujarnya.
Apa kena mengena? Ni salah sekor lowbai manipulative yg buat hukum ikut tekak natezen sbb takut kena cancel. Hidup penuh kebencian dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 5-10-2025 05:20 PM
Sebiji macam perangai satu parti politik tu. Tak ikut cara yang dia suka ugut masuk neraka. Dalil ki ...
Parti PAS okey done akak terangkan lagi bersuluh sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|