Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287398   





Kuala Lumpur: Polis masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kekecohan dan mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, di sini, 11 September lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, semua kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dihantar kepada pihak AGC.


Menurutnya, pihaknya juga sudah mencadangkan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan


"Kita sudah proses semua bukti yang ada dan lengkapkan siasatan serta sudah dihantar kepada AGC.


"Jadi kita tunggu arahan selanjutnya sama ada kita akan tuduh mana-mana berkaitan mengikut seksyen berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Sebelum ini media melaporkan, polis membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 186, Seksyen 353 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan berhubung insiden itu.


Terdahulu dilaporkan, seramai lapan individu ditahan susulan insiden berkenaan yang turut mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaimanyang dibaling batu pada operasi berkenaan.


Pegawai kanan terbabit kemudian dikejarkan ke HKL untuk rawatan lanjut.


Operasi berkenaan susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan dengan diketuai oleh bailif mahkamah bersama beberapa agensi berkaitan.




Sumber: – Harian Metro
1389 Views
4 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 16257   
Sexy

Decaffeinated Lv.18 3#

Master | Credits 63201   
So apa perkembangan cerita ni? Go for max sentence please.

Samerosie Lv.14 4#

Fighter | Credits 20234   
Quote: Decaffeinated replied at 6-10-2025 01:52 PM
So apa perkembangan cerita ni? Go for max sentence please.

So far tak de.  Cuma yg sibuk tahan kata mahkamah ckp kosongkan bukan roboh tu, rayuan injuksi derang kalah 3hb hsritu depa still kena keluar and byr balik rm10k courts time.
Follow Us

Decaffeinated Lv.18 5#

Master | Credits 63201   
Quote: Samerosie replied at 6-10-2025 06:23 PM
So far tak de.  Cuma yg sibuk tahan kata mahkamah ckp kosongkan bukan roboh tu, rayuan injuksi der ...

fact remains - merusuh sampai hantam kepala polis. kasi rejam dia pula rasa sedap ka tak.

All contents are displayed