CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 74|Reply: 1

[Perlis] Nissan GTR RM350,000 disita, ahli perniagaan culas bayar cukai jalan, insurans

[Copy link]
Post time 6-10-2025 09:11 PM | Show all posts |Read mode
NORAINI (kiri) menunjukkan kereta mewah jenis Nissan GTR R35 yang disita JPJ Perlis kerana tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans, hari ini.





Nissan GTR RM350,000 disita, ahli perniagaan culas bayar cukai jalan, insurans



  • Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR
  • 6 Oktober 2025, 6:41 pm




ARAU – Sebuah Nissan GTR R35 bernilai RM350,000 disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans di Jalan Padang Besar-Chuping, kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd. Nawi berkata, kereta milik seorang ahli perniagaan berusia lingkungan 40-an itu mempunyai enjin 3.8 liter dengan cukai jalan tahunan RM5,725.50 yang tamat sejak 17 Mei lalu.

“Pemilik kenderaan mewah perlu menjadi contoh dan tidak mengambil mudah tanggungjawab memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans. JPJ tidak akan berkompromi dengan alasan sedemikian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sejak 1 Januari lalu, sebanyak 80 kenderaan disita termasuk tujuh kenderaan mewah membabitkan dua Toyota Harrier, dua BMW, sebuah Alphard, Peugeot dan Nissan GTR R35.

Katanya, daripada jumlah itu, 32 kenderaan ialah motosikal, 33 motokar termasuk tujuh mewah, tujuh lori, tiga van, tiga pikap dan dua lain.

Jelasnya, kesalahan utama dikesan ialah LKM tamat tempoh, tiada insurans dan lesen memandu dengan alasan lupa atau tunggu kelulusan insurans. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/10/06/nissan-gtr-rm350000-disita-ahli-perniagaan-culas-bayar-cukai-jalan-insurans/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2025 02:07 PM | Show all posts
beli je mmpu tp kos menten tak mmpu bermaksud anda belum mmpu lg.. pdn muka kne sita kalau nk amk balik kne bawa geran & renew roadtax insurans..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
svbdjeks.h.skv@THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23477 Replies : 1244
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3197 Replies : 1930
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 491 Replies : 23
Ned ex Nora,  sindir siapa tu?  Nora tak ambil menyedari kewujudan hantaran Ned? update dari link thread
mrsLuckyNed ex Nora, sindir siapa tu? Nora tak
Views : 21809 Replies : 314
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 422 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319960 Replies : 3250
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1443 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 37163 Replies : 606
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2425 Replies : 153

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061842 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list