CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Kedah] Wanita terselamat selepas jatuh longkang 3 meter akibat kemalangan

[Copy link]
Post time 6-10-2025 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Wanita terselamat selepas jatuh longkang 3 meter akibat kemalangan



Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Anggota Bomba menyelamatkan wanita yang terjatuh dalam longkang berkedalaman tiga meter selepas kemalangan di Tawar, Baling. FOTO Ihsan Bomba.




Baling: Penunggang motosikal wanita yang jatuh dalam longkang berkedalaman hampir tiga meter selepas kemalangan dengan kereta, hari ini dilapor selamat.

Kemalangan berlaku berhampiran stesen minyak di Tawar, di sini, difahamkan ketika wanita itu dalam perjalanan pulang dari kerja.

Insiden disedari orang awam yang kemudian menghubungi pasukan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.37 petang dan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulhelmi Baharu dikerah ke lokasi.

"Setibanya pasukan, didapati penunggang motosikal berusia 28 tahun masih berada dalam longkang berkenaan, selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan kereta yang turut dipandu wanita.

"Anggota mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa disebabkan permukaan tanah licin dan berair, serta mengelak kecederaan lebih serius.

"Mangsa dibawa naik dengan pengusung sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, operasi tamat pada jam 7.27 malam.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2025 @ 10:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1272364/wanita-terselamat-selepas-jatuh-longkang-3-meter-akibat-kemalangan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040536 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list