CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 15

[Tempatan] PM beri amaran keras kepada King Sing, MOTAC berhubung isu arak.MOTAC ambil iktibar, pastikan insiden tidak berulang

[Copy link]
Post time 7-10-2025 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 7-10-2025 06:06 PM

Sinar Harian
07 Oktober 2025 12:59pm




SEPANG - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, memberi amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta kementerian berkenaan agar memastikan bahawa kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.

Beliau berkata, penjelasan kementerian itu bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.




"Penjelasan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) ialah ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama.

"Kami telah berikan peringatan keras kepada Menteri dan Kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir tetapi tidak wajar sama sekali," katanya.


Perdana Menteri berkata demikian kepada Bernama dan RTM di Kompleks Bunga Raya di sini selepas menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan telah diingatkan supaya tidak cuai dalam menangani isu tersebut, dan perlu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang pada masa hadapan.


"Saya peringatkan Jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan supaya tidak cuai dalam masalah ini," kata Perdana Menteri.

Sebelum ini, tular gambar memaparkan minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam sempena program Global Travel Meet yang dihadiri Tiong.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidang arak: Motac ambil iktibar, pastikan tidak berulang
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
7 Oktober 2025, 4:44 pm




PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mengambil iktibar daripada kejadian menghidangkan minuman arak pada acara rasmi kerajaan dan akan memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Motac dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penganjuran majlis makan malam yang tular baru-baru ini.


“Motac dengan penuh rasa tanggungjawab dan takzim amat mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat.

“Motac juga akan memastikan setiap pelaksanaan program di bawah seliaannya mematuhi garis panduan dan etika yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.

Pada masa sama, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas nasihat, teguran membina serta sokongan berterusan terhadap usaha kementerian dalam memperkasa industri pelancongan, seni dan budaya negara.


“Motac akan terus memperkukuh serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan tanggungjawab kepada rakyat dan negara,” katanya.


Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan, majlis makan malam sempena pelancaran Global Travel Meet, baru-baru ini yang melibatkan hidangan arak dianjurkan oleh pihak swasta.

Menurutnya, memang pada awal kementeriannya merupakan penganjur utama majlis tersebut tetapi ada pihak swasta yang kemudiannya menyatakan hasrat untuk mengambil alih penganjurannya.

Beliau menjawab sindiran bekas menteri, Khairy Jamaluddin terhadap dirinya berhubung hidangan minuman alkohol dalam majlis itu. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2025 01:47 PM | Show all posts
Isu hidang arak: Persatuan pelancongan sokong Tiong
Oct 6, 2025




Tiga persatuan pelancongan menggesa dihentikan kenyataan yang mengkritik Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing serta Tourism Malaysia berhubung isu hidangan alkohol dalam majlis makan malam pada 1 Okt lalu anjuran pemain industri.

Persatuan Pelancongan dan Pelancongan India Malaysia (Mitta), Persatuan Inbound Cina Malaysia (Mica) dan Persatuan Konsultan Malaysia My Second Home (MM2HCA) berkata penjelasan itu dibuat susulan “kenyataan mengelirukan” mengenai majlis makan malam Global Travel Meet.

"Mitta, Mica dan MM2HCA memahami sepenuhnya kontroversi yang timbul daripada jamuan makan malam itu dan dengan ikhlas menyampaikan rasa kesal kepada Motac serta Tourism Malaysia, khususnya kepada Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mitta, Mica dan MM2HCA bagi menghentikan semua bentuk kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan yang disebarkan berhubung perkara ini," kata gabungan itu.


Terdahulu, pengkritik daripada parti pemerinah dan kerajaan menggambarkan hujah menteri bahawa acara tersebut telah diambil alih dan ditanggung kos oleh pemain industri sebagai usaha mengelak daripada bertanggungjawab.

Foto acara itu menunjukkan Tiong dan tetamu lain memegang gelas wain dan bir, yang mencetuskan kecaman meluas termasuk desakan supaya Tiong meletak jawatan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga persatuan itu menegaskan acara berkenaan dianjurkan dan ditanggung sepenuhnya oleh pemain industri pelancongan, bukan oleh Motac atau Tourism Malaysia.

Global Travel Meet, yang pertama kali diadakan di Malaysia, berjaya menarik lebih 600 pelanggan antarabangsa dan 100 wakil media, menghasilkan lebih RM420 juta impak ekonomi.


Persatuan-persatuan itu turut menonjolkan prestasi cemerlang pelancongan Malaysia, dengan mencatatkan lebih 38 juta kedatangan pelancong pada 2024 dan lebih 20 juta pada separuh pertama 2025.

“Kami akan terus bekerjasama dan berkolaborasi dengan Motac dan Tourism Malaysia bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan,” kata persatuan itu lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni la bangnon.. betul betul salah salah.. haa pengecat bintang aku dah puji bang non.. marah lg ke haku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu bideo dia menari dan nyanyii smbil mabuk dgn amoi cina tgh nyanyi.. ini program ini jgkke.

Aku sian tgk dia nari. Hahaha dgn perut buncitnya.. aku terimagine kote dia pun ikut goyang sama jgk
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-10-2025 02:11 PM
Ada satu bideo dia menari dan nyanyii smbil mabuk dgn amoi cina tgh nyanyi.. ini program ini jgkke.
...

"aku terimagine kote dia pun ikut goyang sama jgk"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini adalah final warning yang pertama
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 02:47 PM | Show all posts
ini olang haa siakap peluncuran jadi pelacuran dalam parlimen..bikin malu sama olang cina saja..kasi luku kapala satu kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2025 02:51 PM | Show all posts
muka pakcik ni mmg sentiasa nmpk mcm "tingtong" jer ke? ke mata iols dan hati hitam iols jer rasa mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apek King mmg powerr..jgn uoll x tau zaman kjaan tebok atap 22bulan dulu Abahcow siap lantik dia jadi Duta Khas PM ke China lagikk..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup keras bangnon.

Tak malu dgn Abim ker skg ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:18 PM | Show all posts
mamposssssssssssssssss!!! buat hal dorg nie ye.. muka kit sing nie pn muka licik
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-10-2025 02:11 PM
Ada satu bideo dia menari dan nyanyii smbil mabuk dgn amoi cina tgh nyanyi.. ini program ini jgkke.
...

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lu olang malah pung...PRU nanti pung undi kita juga lor...u olang manyak sinang baca maaaa-Wa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:56 PM | Show all posts
Orang lain yang minum arak, orang lain yang panas. Ini mesti arak power bukan level tapai pulut lah.

Amaran keras berbunyi, lain kali kalau nak minum sila tutup majlis dengan tasbih kifarah dulu and ofkos lepas tu jangan lupa kunci pintu. Tak kan itu pun PM nak kena ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm majlis yamseng kedai mkn kongsi gelap dibuatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.196051 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list