Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 908595   


Tangkap layar video menunjukkan pendaki meninggalkan khemah induk mereka ketika salji tebal dan hujan melanda di Himalaya pada Ahad. - Gambar Reuters

ANKARA: Sekurang-kurangnya seorang pendaki dilaporkan maut selepas ribut salji melanda Tibet dan Qinghai pada hujung minggu lalu manakala operasi menyelamat bagi memindahkan ratusan orang dari cerun timur Gunung Everest masih diteruskan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media China pada Isnin.

Penyiar rasmi China, CCTV melaporkan seorang pendaki meninggal dunia akibat hipotermia dan penyakit altitud pada Ahad di kawasan Laohugou di wilayah Qinghai.

Hampir 1,000 orang terkandas di kawasan itu selepas ribut salji secara tiba-tiba menutup laluan dan meruntuhkan khemah.

Setakat Isnin, seramai 137 individu yang terkandas telah berjaya dipindahkan dalam keadaan stabil, manakala 350 pendaki yang terkandas di khemah induk di cerun timur gunung tertinggi dunia itu telah selamat tiba di pusat penyelamat.

Pihak berkuasa tempatan berkata mereka juga telah berjaya menghubungi lebih 200 individu lain yang dijangka akan dibawa pulang dengan selamat.

Kira-kira 300 anggota penyelamat dengan bantuan dua dron sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan Laohugou, namun salji yang berterusan menjadikan usaha itu “amat mencabar”.

Laohugou terletak pada ketinggian lebih 4,000 meter dari paras laut.

Ratusan pendaki turut dilaporkan terkandas di cerun timur Gunung Everest di Tibet pada hujung minggu.


Sumber : Utusan Borneo
284 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch