CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 1574|Reply: 68

[Tempatan] Saya harap kisah Palestin dimasukkan dalam silibus sekolah’

[Copy link]
Post time 9-10-2025 10:15 AM | Show all posts |Read mode


‘Saya harap kisah Palestin dimasukkan dalam silibus sekolah’Heliza mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin dijadikan sebahagian silibus pendidikan di sekolah sebagai usaha menanam kesedaran sejak usia muda. - SHIDDIEQIIN ZON
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin dijadikan sebahagian silibus pendidikan di sekolah sebagai usaha menanam kesedaran sejak usia muda.

Menurut Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 39, langkah itu bukan sahaja memberi pendedahan awal tentang erti kemanusiaan, malah mendidik generasi muda menghargai keamanan dan memahami perjuangan rakyat tertindas.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana terus konsisten mengangkat isu Palestin.
Saya berharap selepas ini kisah Palestin dapat dimasukkan dalam silibus pembelajaran anak-anak kita.
“Biar mereka faham sejak kecil apa makna perjuangan dan erti kemanusiaan sebenar,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Solidariti bersama Gaza, di sini, malam tadi.

Paling penting kata pelantun Jom Zikir itu, inisiatif sebegitu mampu membuka mata masyarakat seawal usia muda agar tidak leka dengan keselesaan sendiri.

Baginya, pendidikan adalah senjata paling kuat untuk menanam rasa empati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin.

Dalam ucapannya, Heliza turut berkongsi pengalaman menakutkan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bersama adiknya, Hazwani Helmi dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee.

Ucapan penuh emosi itu disambut laungan lantang ribuan hadirin ‘Free, free Palestine!’ yang bergema dalam dewan sebagai saksi solidariti rakyat Malaysia terhadap penderitaan bumi Gaza.

Turut tampil berkongsi pentas, beberapa aktivis GSF Malaysia antaranya Zizi Kirana, Ardell Aryana, PU Rahmat, Ustaz Mad Kecik, dan Nadir Al-Nuri.

Acara penuh bersejarah itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar, serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby. – KOSMO! ONLINE

Single Polls, Total 7 Users voted View Voters

Poll is finished

0.00% (0)
100.00% (7)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 11:25 AM | Show all posts
The usual question, Palestine sahaja ka? Banyak kan ummah yang menderita zaman Jepun akibat perang termasuk bangsa sendiri. Yang itu dah ajar anak2 ka belum. Ka ko sendiri pun tak berapa tau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya.. setuju 100%
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk masukkan dari aspek apa? Sejarah??

Sejarah dari perspektif Arab atau dua2 pihak termasuk perspektif Yahudi sekali?...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada pun sblm ni dlm sejarah form 5 kan
Maybe yg ada nama dia belumla ada
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Taiping, ada 33 binaan yang mana ianya merupakan yang PERTAMA di Msia.(tanah Malaya)
Aku jamin, ramai yang tak tahu baik yang muda mahupun yang tua.
Itu cerita sejarah dalam Msia.

So Heliza, tapayaa la gigih bagi idea bubuh kisah Palestin dalam silibus pendidikan negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2025 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 9-10-2025 11:46 AM
Dah ada pun sblm ni dlm sejarah form 5 kan
Maybe yg ada nama dia belumla ada

Hahahaa.. itu yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak diselitkan sekali nama sendiri dan Malaysian yg pi sana dlm buku sejarah ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 11:54 AM | Show all posts
Nampak macam aktivis lelaki tu bertanjak. Ada yang pandai baca apa yang tersirat eh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tujuan? Cukup la as general knowledge. Yg silibus sekolah skrg pun dah merapu merepek.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:30 PM | Show all posts
sejarah malaysia pun ramai fail..
jadah kau nak sibukkan negara orang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop la tukar silibus sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Subjek sejarah ni sukar nak lari dari bias. Akhirnya anak-anak akan belajar dari satu side sahaja kerana nak follow naratif puak tertentu yang ada kuasa dan pengaruh. Bila berfikir secara rasional mmg tak boleh justify apa yg hamas buat pada 7 oct. Pada waktu sama tindakan israel juga melampaui batas.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:52 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 9-10-2025 05:10 PM
Sependapat dengan anda ...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-10-2025 12:44 PM
Subjek sejarah ni sukar nak lari dari bias. Akhirnya anak-anak akan belajar dari satu side sahaja ke ...

Dah tentulah akam cerita naratif Arab saja, mana mungkin dicerita hal2 dari side Yahudi....

Betul, mmg melampau apa yg Zionist buat di West Bank, dan juga sekatan2 di Gaza, tp Tragedi Oktober 7 mmg x boleh nk dijustify, sbb HAMAS mmg buat apa yg Allah Taala larang Al Quran, berkenaan adab2 berperang....

Mmg kelaut dlm terus
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Supaya nama dia terpahat dalam buku Sejarah seperti nama Hang Tuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-10-2025 12:44 PM
Subjek sejarah ni sukar nak lari dari bias. Akhirnya anak-anak akan belajar dari satu side sahaja ke ...

Kena baca side dari Israel juga... Baru anak anak boleh berfikiran Kritis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 9-10-2025 11:50 AM
Dia nak diselitkan sekali nama sendiri dan Malaysian yg pi sana dlm buku sejarah ka

Memang itu lah tujuan dia pergi ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-10-2025 03:20 PM
Kena baca side dari Israel juga... Baru anak anak boleh berfikiran Kritis.

Jgn mimpi, sejarah yg kita nk anak2 kita tahu mesti manis2.... Yg pahit kita kena buang...

Contoh mcm kes kejatuhan Ottoman Empire, yg kita diberitahu semua salah Mustafa Kemal Attaturk, semua yg busuk dan buruk itu Kemal dpt....

X ada lamgsung salah khalifah......
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju....sedangkan..Angkor Wat pun msk buku sejarah kita.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2620 Replies : 1257
travell
lo.m.a.res.pi.otravell
Views : 0 Replies : 0
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 2929 Replies : 92
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3003 Replies : 1769
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
m.a.n.ichu.r644THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
m.a.n.ichu.r644THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
travell
lo.m.a.res.pi.otravell
Views : 0 Replies : 0
trrrrrvl
j.a.ineh.a.el.ntrrrrrvl
Views : 0 Replies : 0
travell
j.a.ineh.a.el.ntravell
Views : 0 Replies : 0
travell
ingri.d.p.e.r.mtravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074435 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list