|
Petaling Jaya: Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini, maut dipercayai ditikam pelajar lelaki dalam kejadian hari ini.
Polis buat sekarang masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek seorang pelajar lelaki tingkatan dua, dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah. Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Shamsudin Mamat ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian. Beliau memaklumkan siasatan sedang dilakukan.
|