CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 407|Reply: 10

[Tempatan] Fasih bahasa Melayu syarat utama pemilikan tanah di Selangor

[Copy link]
Post time 15-10-2025 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Fasih bahasa Melayu syarat utama pemilikan tanah di Selangor
Saadiah Ismail
October 12, 2025 @ 2:11pm

Fasih bahasa Melayu syarat utama pemilikan tanah di Selangor


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen MPAJ. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
AMPANG: Kerajaan Selangor menetapkan keutamaan berbahasa dan melazimi bahasa Melayu sebagai syarat utama dalam pemilikan tanah, hak milik dan premis di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata syarat itu dilihat penting untuk memastikan seseorang itu layak ditakrifkan sebagai orang Melayu dan wajar memiliki kuota tanah di Selangor.


Katanya, itulah adalah tafsiran asas untuk memastikan seseorang itu Melayu atau Bumiputera selain mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam.

"Perkara ini sudah tertera dalam Perlembagaan, tertulis dalam peraturan-peraturan penting pemilikan tanah, hak kewarganegaraan sampailah kepada papan tanda.

"Ia merujuk betapa pentingnya bahasa Melayu yang akan membentuk perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan semua orang," katanya, di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 Peringkat Kebangsaan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri juga amat patuh kepada Akta Bahasa Kebangsaan apabila semua papan tanda, nama jalan dan tempat ditulis dengan pematuhan sepenuhnya terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Malahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menekankan penggunaan bahasa Melayu yang suatu ketika dulu timbul isu.

"Dan sekarang ia ditetapkan harus dalam tulisan jawi atau rumi dalam bahasa Melayu supaya kita memperkukuhkan dan mempertingkatkan pelaksanaan kepada seluruh masyarakat," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2025 01:25 AM | Show all posts
Bukankah jauh lebih bagis jika Negeri Selangor  menjadi pelopor kembalikan bahasa melayu menggunakan aksara Jawi  unuk menunjukkan asas   islami yang LEBIH KUKUH ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2025 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 16-10-2025 01:25 AM
Bukankah jauh lebih bagis jika Negeri Selangor  menjadi pelopor kembalikan bahasa melayu menggunakan ...

Memang  masih digunakan lagi tulisan Jawi di Selangor. Ko dah kenapa?

Alamat rumah aku pun guna tulisan Jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tahu camne fasih ke tak?

Kena ambil ujian bertulis ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 10:29 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 16-10-2025 04:24 PM
kemaruk replied at 16-10-2025 10:03 AM
Nak tahu camne fasih ke tak?

Kena ambil ujian bertulis ke

Lebih baik disuruh pidato di hadapan publik ... pakai BAHASA ROJAK pun bisa dinyatakan  FASIH dan LULUS ...

Ingat ...Takutnya  akan BANYAK atau Majority rakyat Selangor yang X LULUS  jika  menggunakan Bahasa Melayu sesuai dengan standar Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ...






Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-10-2025 09:39 AM
Memang  masih digunakan lagi tulisan Jawi di Selangor. Ko dah kenapa?

Alamat rumah aku pun guna  ...

Indon mmg terkenal dgn sifat dengki dia.
Tu sbb negara dia huru hara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2025 11:09 AM | Show all posts
krustykrab replied at 16-10-2025 10:34 AM
Indon mmg terkenal dgn sifat dengki dia.
Tu sbb negara dia huru hara.

indon xleh terima yg masyarakat diorg mundur dan x maju,
masih lagi berebut2, xleh letak barangan merata2 pasti lesap
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye?
Serious?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2025 04:28 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 16-10-2025 04:31 PM


Yup....  Bahasa Rojak adalah  sebuah REVOLUSI HASIL KARYA GENIUS dan juga  telah menjadi IDENTITY  BARU  Bahasa Kebangsaan MalayDesh yang Modern dan diterima oleh SEMUA  KAUM....



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-10-2025 10:03 AM
Nak tahu camne fasih ke tak?

Kena ambil ujian bertulis ke

Bukan ujian bertulis..ujian bertutur

Siapa hafal lagu negeri selangor, kira lulus

“Duli yang Maha Mulia..”

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 01:34 PM | Show all posts
Makin lama semakin lucu  ...Ketuanan Melayu yang sudah KEBABLASAN ....




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057635 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list