CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20270|Reply: 284

[Tempatan] Ibu, anak mati dipercayai dibunuh di rumah sewa

[Copy link]
Post time 19-10-2025 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ibu, anak mati dipercayai dibunuh di rumah sewa
Oleh Malinda Abdul Malik - 18 October 2025


SEBERANG PERAI –  Seorang wanita dan anaknya ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman sewa mereka di Kampung Sekolah, Juru di sini hari ini.

Difahamkan, mayat wanita berumur 51 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun itu ditemui suaminya pukul 7.30 malam tadi.

Difahamkan mayat wanita itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus.

Manakala anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi kejadian mendapati polis dan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian.

Dalam perkembangan sama, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan itu baru menyewa rumah berkenaan dan anak perempuan itu merupakan anak tiri kepada suami mangsa.

“Kami tahu kejadian yang menimpa keluarga ini apabila lelaki berkenaan memaklumkan dalam grup aplikasi WhatsApp penduduk,” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2025 01:52 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Bunoh worang dewasa pong dah kira kejam... Ni kekanak pong boleh bunoh... Jelas ini lebih jahat dari Megatron...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Suspek utama yg polis soal dulu adalah org terdekat
Harap cepat keluar laporan  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa ni la kes yg viral kt thread tu kot. Voice note si suami ni gi ckp kt member dia esok tak dpt dtg pegi keje sbb anak bini kena bunuh. Harap bukan plot twist la
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 19-10-2025 07:20 AM
penmerah replied at 19-10-2025 02:39 AM
Salam takziah
Suspek utama yg polis soal dulu adalah org terdekat
Harap cepat keluar laporan


Sedih bila kejadian melibatkan bebudak juga
Apa la salah dia kena bunuh
Iols pun sus gak walau dah dengar voice note suami mangsa nangis2 balik kerja katanya jumpa anak bini kena bunuh.
Dalam berita sebut anak tu anak tiri kepada suami mangsa.

Melalui komen2 org yg kenal katanyaa arwah ni ada meniaga nasi lemak dan kuih
Katanya dia AJK persatuan penjaja kat PPinang
Sepatutnya malam tadi arwah join majlis makan malam tapi tak muncul2


Kat tt arwah banyak update gambar dia pakai baju korporat putih persatuan tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah sewa tu nmpk biasa je, bukan la tahap bebaloi nk rompak ke. Jarang sgt kes samun di era skrg ni. Kalau berlaku kes2 mcmni selalunya dendam, tak pun drug addict . Semua org yg mangsa kenal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami sebak beritahu jiran anak isteri mati dibunuh
Oleh Siti Aminah Mohd Yusof
Oktober 19, 2025 @ 2:37am

BUKIT MERTAJAM: "Suaminya datang ke rumah bagi salam dua kali dan beritahu isteri dan anaknya kena bunuh, saya tergamam, meremang bulu roma tak tahu nak cakap apa,". Itu reaksi Ida, jiran kepada dua beranak yang dipercayai dibunuh di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, di sini, malam ini.

Ida, 51, berkata suami kepada mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dalam keadaan cemas dan bertanya sama ada dia ternampak kereta atau apa-apa kenderaan mencurigakan masuk ke kawasan rumahnya.

"Ketika itu baru azan Maghrib, dia yang masih dalam pakaian kerja baru balik dengan menunggang motosikal. Air mukanya nampak sebak sebelum dia bergegas pergi.

"Saya memang tak perasan apa-apa yang pelik atau dengar bunyi bising atau suara orang menjerit jadi tak sangka langsung perkara malang ini berlaku," katanya.

Seorang lagi jiran mangsa, Ideris, 61, berkata mangsa berusia 51 tahun hanya dikenali dengan nama Su dan keluarganya menyewa di rumah tersebut kira-kira dua tahun lalu dan pernah mengadakan kenduri perkahwinan anak lelaki mereka awal tahun ini.


Katanya, kedua-dua suami isteri itu sekadar bertegur sapa atau berbalas senyum setiap kali terserempak kerana mereka biasanya bekerja pada awal pagi dan waktu pulang bekerja tidak menentu kerana dipercayai mengikut syif.

"Apa yang saya tahu, mangsa kerja sebagai tukang masak kantin, tapi tak tahu kantin apa, dulu dia berniaga nasi lemak. Mereka jenis orang bekerja dan tidak banyak bercakap.

"Suaminya sesekali ada singgah solat Maghrib berjemaah di masjid selepas balik kerja," katanya.

"Pak cik ingat kalau ada pun kes pecah rumah, itu pun dah lama bertahun-tahun dulu jadi tiada ketakutan atau kerisauan apa pun kami tinggal di sini," katanya.

Sementara itu tinjauan mendapati pasukan perubatan termasuk dari Hospital Seberang Jaya dan unit forensik polis dilihat membawa keluar mayat dua beranak berkenaan kira-kira jam 1.50 pagi.

Terdahulu media melaporkan, mayat wanita berumur 51 bersama anak perempuannya berusia 11 tahun itu ditemui suaminya jam 7.30 malam tadi.

Difahamkan mayat wanita itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus manakala anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2025 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang I ol confused I ol duduk Malaysia ke Columbia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat pet kot..
Mat pet apa dia dulik kan .
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 19-10-2025 07:33 AM
Rumah sewa tu nmpk biasa je, bukan la tahap bebaloi nk rompak ke. Jarang sgt kes samun di era skrg n ...

Betul..bukan kategori rumah org ada2 pon...arwah pon peniaga kecil...ada plot twist ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 09:41 AM | Show all posts
kan statistik dh beritahu, mmg akan ada kes bunuh dlm seminggu ada 5 kes setiap tahun akan meningkat

skrg ni, klu rumah sewa pn apa, korang wajib beli 1 cctv cap ayam pn xpe, bwh rm50 letk la sorok dlm rumah, biar senang klu jadi apa2

dari beli ipon utang tiap bulan tu xde faedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh membunuh kacang je malaysia skrg...apa sudah jd...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 10:20 AM | Show all posts
Sementara itu tinjauan mendapati pasukan perubatan termasuk dari Hospital Seberang Jaya dan unit forensik polis dilihat membawa keluar mayat dua beranak berkenaan kira-kira jam 1.50 pagi.

Terdahulu media melaporkan, mayat wanita berumur 51 bersama anak perempuannya berusia 11 tahun itu ditemui suaminya jam 7.30 malam tadi.



6 jam 20 min masa yg diambil utk unit forensik polis secure perimeter

dptkan all the evidence di crime scene

hopefully betul2 secure tempat, mayat tak beralih

so that any details yg blh lead to the perpetrator/s berjaya diperolehi




btw, sape tau, based on tempoh forensics buat keje kt crime scene tu; indicate ape

dari segi; how the brutalnya jenayah tu (mayat & tempat kejadian), atau ada lead yg perlu extra secure, atau ape

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 10:22 AM | Show all posts
batmana replied at 19-10-2025 09:41 AM
kan statistik dh beritahu, mmg akan ada kes bunuh dlm seminggu ada 5 kes setiap tahun akan meningkat ...

bila negara semakin maju

jenayah pun akan makin meningkat

tgk us tu

jenayah mmg tinggi

sungguhpun mcm2 sop, seketat2 sop utk sabitkan penjenayah

still, masih ramai yg 'gila' buat heinous crime



Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2025 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Iols dgr voice note suami dia tu.
Mesti dia trauma tgk anak dan bini
berlumuran darah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 19-10-2025 10:20 AM
6 jam 20 min masa yg diambil utk unit forensik polis secure perimeter

dptkan all the evidence di ...

Bergantung pada betapa rumit kejadian tu
Ada 2 mayat di lokasi yang berbeza walau dalam satu rumah.Keluasan lokasi kejadian pun diambil kira kalau dah sampai nak putus kepala mestila merata   ada percikan darah sana sini.
Jadi  banyak bukti /petunjuk penting yang perlu dikutip/kumpul utk dipastikan tak rosak bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 952 Replies : 43
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2805 Replies : 1303
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3296 Replies : 1997
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 320191 Replies : 3253
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2442 Replies : 154
Lagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nordiana Terhadap Irama Malaysia
sugarBunnLagu ‘Ahai’ Jadi Bukti Cinta Siti Nord
Views : 281 Replies : 6
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1480 Replies : 19
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 420 Replies : 333
PMX Tawar Diri Jadi ‘Marketing Officer’ Perodua.
YgBenarPMX Tawar Diri Jadi ‘Marketing Officer
Views : 0 Replies : 0
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23477 Replies : 1244

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.098264 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list