Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1572066   
Okuhara 'ajar' Ling Ching

Oktober 19, 2025 @ 2:01pm





Ling Ching terpaksa akur dengan kehebatan Okuhara apabila tewas pada final Malaysia Super 100 hari ini.



KUALA LUMPUR: Hajat Wong Ling Ching untuk melakar kejutan menewaskan bekas juara dunia 2017 dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Nozomi Okuhara tidak kesampaian.

Sebaliknya, pemain badminton perseorangan wanita negara itu terpaksa akur apabila pengalaman jelas menjadi pemisah antaranya dengan pemain Jepun itu apabila dia tumpas 18-21, 11-21 pada aksi final Malaysia Super 100, sebentar tadi.

Kekalahan dalam aksi 39 minit di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri itu menyaksikan impian Ling Ching, 22, untuk merangkul kejuaraan pertamanya dalam saingan Jelajah Dunia BWF dan gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Terbuka Slovenia Mei lalu, musnah.

Bagaimanapun, Ling Ching yang menduduki ranking ke-70 dunia itu bermula baik pada set pertama apabila mendahului lawan 8-4, 9-6 dan 11-8.

Namun, beberapa kesilapan selepas aksi disambung menyaksikan Okuhara yang menduduki ranking ke-37 dunia berjaya menyamakan kedudukan 11-11 dan terus mendahului 14-13, 20-16 sebelum melengkapkan kemenangan 21-18.

Harapan menyaksikan Ling Ching bangkit untuk mengheret aksi ke set penentuan bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia ketinggalan 3-9, 5-12, 10-18 sebelum tunduk 11-21 di set kedua kepada pemain berusia 30 tahun itu.

Apapun, kemaraan ke final harus menjadi tonik dan pengalaman berharga buat pemain berasal dari Miri itu untuk meningkatkan lagi permainannya.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/10/1460850/okuhara-ajar-ling-ching





Rate
There are 1 People reward the building owner
161 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1572066   

All contents are displayed